• rumah kampung lama yang mempunyai kenangan atau nostalgia lama
    Umminani

    RUMAH KAMPUNG ; Nostalgia Zaman Kanak-Kanak

    Rumah ini rumah arwah tok dan wan. Tempat mak aku membesar. Sejak kecil inilah rumah kampung kami. Ayah selalu bawa aku dan adik beradik balik kampung. Kat sinilah, di rumah kampung ini tempat saudara mara berkumpul sehingga sekarang. Kami main, kami buat makan-makan, sangat nostalgia. Sampai hari ini, rumah ni jadi milik mak saudara aku. Aku panggil Jang, anak-anak panggil tok jang. Sini jugalah tempat kami balik untuk memancing dan bermesra dengan saudara mara. Sungguh nostalgia. Rumah kampung ; struktur yang masih utuh Ini adalah pandangan bahagian dapur dari bawah. Ini ruang tamu utama yang dijadikan tempat untuk sebarang majlis. Biasanya kalau kenduri kendara atau majlis bertunang dan sebagainya, rumah…