canopy walk perlis

Canopy Walk di Perlis ini hanya terletak 25minit dari bandar Kangar. Terletak tidak jauh dari Gua Kelam. Jika anda ingin pergi ke Padang Besar, ianya berada dalam jarak lebih kurang 10km sahaja dari FRIM ( Kebun Jati) ke Padang Besar. Mudah untuk kesini dengan hanya anda waze FRIM Perlis.

Canopy Walk @ Titian Kanopi – Kos Lawatan

Pengembaraan di Titian Kanopi

Bagi menaiki Titian Canopy ini, pengunjung hanya perlu bermodalkan kos masuk seperti berikut ; Dewasa Rm5 : Kanak-kanak Rm3. Tiket bayaran boleh didapati di kaunter / pejabat FRIM.

Setelah pengunjung park kereta, pengunjung boleh mula mendaki bukit sejauh lebih kurang 100 meter dan menaiki tangga untuk ke stesen pertama.

Bermula pengembaraan di Canopy Walk @ Titian Kanopi akan membuatkan anda terjua menikmati suasana dalam kebun pokok jati ini. Anda pasti akan merasa teruja apabila dapat berdiri sama tinggi dengan pokok kayu jati yang antaranya berusia lebih 40tahun.

Canopy Walk – ada 6 pit stop bagi yang gayat di tempat tinggi

Jangan risau, bagi anda yang mungkin gayat dengan ketinggian, anda boleh berhenti di pit stop yang disediakan. Setelah mencuba, Un dan keluarga amat suka suasana dan “adventure” disini. Boleh datang berkali-kali untuk menikmati pemandangan yang cantik ini dengan berjalan disini.

Canopy Walk atau di Perlis dikenali sebagai titian kanopi

Ini adalah antara tarikan menarik pengunjung ke Perlis. Jika anda masih belum mencuba wajib untuk merasainya. Rasai sendiri dan cuba menikmati suasana serta keindahan dari pandangan tempat tinggi kawasan kebun jati ini. Canopy Walk ini selamat untuk semua peringkat umur. Boleh juga bergambar dan mengabadikan suasana di Canopy Walk ini bersama teman dan keluarga tersayang.

Waktu lawatan :

Canopy Walk  dan masa lawatan

Waktu lawatan adalah dari 9.00 pagi sehingga 4.00 petang. Manakala, jika anda memerlukan lawatan pada hujung minggu, tempat ini akan dibuka mengikut permintaan pengunjung.

CANOPY WALK
Mak Un berusia 67 tahun juga mencabar diri melakikan aktiviti lasak ini. Jika anda orsmg muda, apa lagi…mesti boleh.

Kalau mai jalan ke Perlis korang boleh la ke sini. Cuma kawasan dia agak tersembunyi. Jadi better datang awal pagi atau petang. Jangan pula maghrib, Frim ini pun dah tutup agaknya. Okay, perjalanan kalau dari Kangar lebih kurang 30minit, kalau dari Beseri, dalam 15 minit. Manakala jika korang dari Arau, campur tolak dalam 40minit macam tu. Itu dengan kelajuan biasalah.

Tempat ini dulu orang panggil Kebun Jati. Pernah sekali masa zaman sekolah kami camping kat sini. Masa tu aku join pengakap. Syok duduk dalam hutan,sejuk. Kini sejak comersilkan Canopy Walk ini , aku harap Perlis melangkah untuk lebih maju lagi 2030. InsyaAllah.

Ingat mai Perlis singgah la Padang Besar, Kuala Perlis dan sekitar perkampungan yang cantik. Jika kena musim padi baru membesar, pastinya terpesona dengan kecanntikkan pemandangan menghijau. InsyaAllah.

Selamat menikmati indahnya PERLIS.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *