resepi nasi hujan panas dan masak merah ayam

Selamat Hari Raya bagi yang meraikan hari raya puasa 6 hari ini. Un hari ini masak special sebab sambut suami balik dari bekerja yang dia dah pergi dalam tempoh sebulan, ada juga balik kerumah, tapi kali ini habis secara official bagi sebulan. Next bulan 7 pula pergi 2 minggu, bergantung kepada perubahan. Maka apa yang UN masak hari ini, UN nak share. Iaitu resepi Resepi nasi hujan panas dengan masak merah ayam.

Resepi Nasi Hujan Panas

Resepi nasi hujan panas

Resepi :

4 cawan nasi

3 3/4 cawan air

1 sudu besar minyak sapi

4 sekawan- pelaga/cengkih/kayu manis/pelaga

4 bawang merah

2 ulas bawang putih

halia 2 inci

dan sedikit garam

Cara-caranya:

Panaskan minyak sapi dan tumis bawang merah/bawang putih/halia dan 4 sekawan. Bila dah kuning – masukkan air dan beras. Tambah sedikit garam dan bila dah masukkan semua bahan, masak nasi seperti biasa.

Tips nasi gebu : UN guna pressure cooker Rusell Taylors, rasanya sama je dengan jenama lain. Bagi PC RT- UN Masak guna mode steam hanya 4 minit sahaja siap nasi UN.

Setelah nasi masak, titiskan pewarna atas nasi dan tutup seketika. Elok ada warna hijau, merah dan kuning. Warna lain pun boleh je gunakan, tapi kalau ada hijau lagi menarik. Nasi UN hijau kurang, tak berapa lawa.

Video : Ada di fb cara titik pewarna

Resepi nasi hujan panas dan masak merah ayam

Masak merah ayam

setengah ekor ayam

4 batang serai

2 cm halia

3 senduk cili kering yang telah di blend ( ikut cili yang digunakan dan tahap kepedasan).

1 biji bawang holland dan 4 biji bawang merah

4 ulas bawang putih

1 kotak santan (apa2 jenama okay je).

sedikit gula, serbuk perasa Knorrs dan garam

Cara masak :

Tumiskan semua bahan sekali gus (UN guna pressure cooker), masukkan semua bahan dan masak dengan mode BAKE selama 10 minit..lepas tu masukkan ayam yang telah digoreng separuh masak kedalam sambal tadi. Sekali lagi ulang guna mode Bake 15 minit bagi tujuan sambal betul-betul sebati dan masak. Selepas itu kalau masih cair, tekan bake lagi (10minit) sampai kuah agak kering dan melekat dengan ayam. Siap.

Kaedah biasa : Tumis bahan-bahan tumis, bawang,bawang putih, halia dan 4 sekawan. Lepas dah masak semua bahan tumis tu, jadi kuning, masukkan cili kering blender dan masukkan santan. Biarkan kuah masak dan pekat, masukkan ayam yang telah dogoreng separuh tadi. JAGA api dapur, masak slow sahaja supaya semua dalam kuali sebati dan masak sehingga ayam masak dan kuah pekat. Masukkan garam dan sedikit gula serta perasa. Siap!

Jelatah atau acar mentah

Un buat yang simple je. Kalau kami orang utara panggil acar mentah, tapi ada yang panggil jelatah di Malaysia ni. Kaedah sama je..UN gunakan bahan yang ada sahaja, jadi tak berapa meriah pun, rasa okay.

Un potong nenas, timun, carrot dan cili padi. Lepas tu letak sikit gula dan juga UN masukkan Apple Cider Vinegar sebagai pengganti cuka. Siap..tak ada bawang pun, boleh kalau nak letak. Ini as simple as i want…gitu.

Sotong Goreng Tepung

Sebenarnya ini hasil tak berapa menarik kerana goreng guna minyak ikan dan baki tepung yang dalam fridge. Nanti UN share cara gorengan yang betul supaya jadi crunchy..UN guna tepung bestari, kaedah sama dengan goreng pop corn ayam.

Tips Goreng Ikan Tak Melekat

Kali ini alang-alang menulis, Un nak share tips goreng ikan tak melekat. Kalau guna kuali non stick mungkin tiada masalah, tapi ini kaedah biasa guna kuala biasa. Untuk elakkan ikan melekat dan kulit ikan terkopek, maka apa yang UN buat adalah dengan meletakkan asam keping ketika goreng. Asam keping membantu memastikan ikan tidak melekat pada kuali dan hasil gorengan jadi ranggup dan kemas serta cantik je.

Sebenarnya, ikan yang di goreng melekat mungkin kerana ikan dimasukkan terlalu awal, yang mana mungkin minyak dalam kuali belum lagi panas. Itu yang buatkan ikan yang digoreng melekat. Kalau terjadi, ingat ya, ambil asam keping dan letak dalam ikan tadi.. buat dengan cermat dan bersabar. Ikan yang digoreng akan jadi cantik. Tidak perlu nak alihkan ikan tersebut jika masih melekat, tetapi slowkan api dapur dan biarkan ikan tersebut betul-betul boleh dialihkan dengan sempurna setelah dimasukkan asam keping.

Semoga apa yang Un SHARE ini bermanfaat dan boleh dicuba untuk jamuan keluarga. Biasanya kalau raya UN masak makanan macam ni juga untuk open house, kena pandai adunkan bahan dan portion untuk masak dalam kuantiti yang banyak. OKAY, selamat mencuba. Bye

21 thoughts on “Resepi nasi hujan panas dengan masak merah ayam”
  1. sedapnyaaa lama tak buat nasi hujan panas nih …biasa makan ngan ayam masak merah acar mentah cukup dah …kalau rajin buat kari kentang jugak …

    1. aah kak, kari kentang pun regu best.. cuma anak2 un suka ayam masak merah ..tu yang ulang menu sama je

    1. share la resepi nasi arab mandy..mcm best jer tau ayam dia kalau tgk ..share yer share ntn bgtau un resepi

    1. elcome dp..try buat untuk anak2 mesti depa sukatapi untuk kesihatan tak boleh la selalu, nasi ni pakai pewarna kan…sesekali okay la

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *