Nak share pengalaman buat roti simple but nice menggunakan Russell taylors bread maker. Atau kalau korang mencari bread maker dengan harga marhein, bukan harga kayangan untuk buat roti dirumah, maka ini jenama yang UN suggestkan.KALI INI nak share buat donut gebu guna BM.
Buat pelbagai jenis roti hanya dirumah – Russell taylors bread maker
Kalau nak buat roti atau dounut gebu atau pizza, ini UN share ingredientsnya :
RESEPI :
500GM TEPUNG DIAMOND310gm
air + 2biji telur (air sejuk dari Cuckoo – blh ambil servis cuckoo dr @myapilot ).
1 paket yis @ 11gm yis
1 sudu kecil bread improver
1 sudu kecil garam
Gula castor 100gm
Majerin/butter 100gm
Cara penyediaan roti guna bread maker :

1/4 Cawan gula perang
1/2 cawan whipping cream
2 sudu besar butter / minyak masak
1/4 cawan susu cair@ fresh milk
Gunakan bahan di atas ini , lepas tu angkat doh dari BM. Rounding ikut kesesuaian samada berat doh, 40gm/45gm atau 30 gm pun boleh. Cuma bezanya nanti saiz akan jadi kecil atau besar. Saya guna 40 – 45 gm, sebab tak rajin nak buat kecil-kecil. Heheheh.

Daripada satu adunan boleh hasilkan pelbagai jenis roti. Cuma bezanya adalah topping dan juga inti didalam serta sos nya.
Donut gebu gebas!

Bila doh dah angkat daripada BM, rounding atau buat bulat-bulat. Lepas 20-30minit, kembang doh tu boleh la tekap. Tekap dengan acuan, donut jadi cantik. Beli acuan di Shopee pun ada, mudah kan zaman la ni. Semua hujung jari sahaja.
Goreng api slow².Lepas tu reka topping ikut kesukaan ya. Alas purple tu silicone baking sheet baru beli. Pernah beli di shopee tak kena di hati tapi yang ni best.. masa rounding tu, sedap je doh² berjoget. Beli di Pasaraya Rakan Semenyih.
Nak tengok cara goreng donut. gaya UN dengan Version berlagu klik sini – https://www.instagram.com/reel/CPwj_TjHRm-/…
Selamat mencuba ya. Wajib ada BM untuk memudahkan kerja dan kurangkan tenaga! Selamat meroti dan mendonut.