PDPR datang lagi, kali ini fasa seterusnya daripada. Ini dah fasa ke (ntah tak ingat) PDPR. Fasa PDPR terkini: 13/14Jun – 16/17 Julai 2021, 25 hari PDPR. Sebenarnya semua orang boleh lakukan. Ada terbaca dalam satu posting, cikgu jangan dipersalahkan. Cikgu juga ada tanggungjawab untuk ajar anak mereka, ada kelas yang banyak dan sebagainya.

Cuma yang jadi persoalannya, susah ke.. ? Maybe susah kalau ada anak kecil. Ya kesian cikgu kan. Tapi kalau kelas banyak, sama je macam kami yang belajar secara online (last year la masa un fully class online masa belajar dengan UM). Memang penat. Tapi mengajar pun amanah , macam kerja juga!
So, apapun keadaan kena laluinya juga. Yang penting siapa pun kita kena berusaha, top up ilmu dan kekalkan momentum. Kalau cikgu-cikgu rasa seronok mengajar face to face, percayalah seronok juga lalui kelas PDPR, cikgu tak perlu panjat bangunan 3 tingkat, baju lawa-lawa dirumah lagi selesa. kan?

Cuma, apapun mungkin sedikit cabaran bila tiada kemudahan komputer dan lain-lain alat elektronik. Cuma, apapun kena cuba , atleast dapatkan satu. Kalau nak bandingkan apa juga pekerjaan, kami pun sama. Kertas kadang tu beli sendiri, komputer , printer beli sendiri pun ada. Nak selesa nak mudahkan kerja. Asalkan kerja dapat dilaksanakan dengan baik.

Duit? Kita sama-sama makan gaji, duit ada, tapi cara kita manage duit. Mungkin tahap kewangan berbeza, tapi percayalah kalau ada pulut dakap, panadol’ atau sauh yang tersimpan tu , kita berani gadaikan sementara untuk memudahkan kerja, mana tau allah gantikan sesuatu dengan yang lebih baik pada masa akan datang. Macam sedekah la juga. Eh ni pandangan peribadi UN k.
Apapun doakan pandemik Covid 19 INI berakhir dengan sebaiknya dan kita semua dapat kembali meneruskan hidup macam biasa. Dan anak-anak dapat merasai suasana membesar dengan baik seperti mana kita semua lalui pada zaman kita kecil dahulu.

Minta maaf andai ada yang tersinggung, sama-sama kita doa dan berusaha untuk pastikan PDPR dapat dilaksanakan dengan sebaiknya. – Pembelajaran secara online dengan Fly High Training Centre berjaya menggantikan pembelajaran di sekolah yang masih samar-samar.
🙂