Skip to content

Umminani

Lifestyles

Menu
  • Home
  • PENULIS
    • Umminani /Lifestyles
    • Rencah Hidup
    • Cuti/Travel
  • KBBA9
    • Review/Isu
    • Makanan/Resepi
  • Penafian
Menu
cara buat donut lembut

Cara buat donat lembut guna mixer 15 minit sahaja

Posted on 05/29/202005/29/2020 by umminani

Salam hari raya ke5. Masih lagi dalam mood Syawal. Tetapi anak-anak dah request nak makan makanan selain daripada rendang. Katanya rindu nak makan donut coklat. Alang-alang dah buat kita simpan kat sini gambar-gambar dan kongsikan cara buat donut lembut bercoklat dan berkrim.

cara buat donut frozen

Adunan – 500gm tepung gandum atau tepung roti, 1 sudu besar yis, 100 gm planta( boleh je nak pakai puteri ke atau apa-apa jenama lain), 1 sudu kecil garam, telur 2 biji dan air sejuk 200gm. UN buat doh dalam mixer, jadi campak je semuanya dan biar mixer pukul doh dalam kelajuan tinggi selama 15 minit.

Doh dah siap, sebab nak cepat tak adalah nak canai bagai. UN buat rounding dalam 40gm dan lepas tu buat lubang guna penutup botol minyak zaitun (sebab dia macam tin, senang putus lubang yang nak dibuat atau bahagian tengah yang nak dikeluarkan ).

goreng donut dengan api perlahan

500gm tepung dapat dalam 26 biji , ada kecil besar lah saiz. Nak makan je pun so kira okaylah kan. Masa menggoreng mestilah menggunakan api yang slow sangat. Tidak boleh gunakan api yang kuat, nanti luar masak tetapi kat dalam tak masak. Rugilah kan. So, nak buat lawa-lawa kena banyak sabar masa menggoreng, inicalah cara buat donut coklat lembut yang terbaik, mesti bersabar.

Cara buat topping coklat

cara buat topping coklat

Cara UN buat topping coklat mudah sahaja : Bahan 4 sudu makan susu pekat, 2 sudu besar serbuk coklat, 2 sudu besar milo dan minyak masak. Minyak adalah secukupnya bagi bahan-bahan kat atas digaulkan dengan sekata.

Bila donut dah siap digoreng, sejukkan seketika, dan selepas tu bolehlah tekap pada topping coklat yang dah disediakan. Lepas dah letak coklat, dalam mangkuk satu lagi letakkan coklat rice, tekap donut bersalut coklat atas coklat rice..dah siap.

Cara buat donut frozen :

cara buat donut lembut

Kalau nak jimat masa buatlah donut frozen. Maka, donut yang dah di goreng tu sejukkan dan masukkan dalam plastik untuk di frozenkan. Goreng separuh masak sahaja. Ini sebab camera punya lighting, maka donut nampak garang sikit. Actually, masak sikit je..bagi half cooked. Mudah je, bila nak makan keluarkan atau defrost lepas tu goreng macam biasa.

Mudah untuk sediakannya tetapi ada pelbagai cara. Ini cara moden buat donut, sebab guna mixer, boleh juga uli pakai tangan ya. – Cara buat donut lembut pakai uli tangan .

Tapi yang UN uli tangan tu rasanya biasa je.. boleh try resepi yang kali ini. Lagi sedap,cewah gitu pula. Dulu tak berapa pandai , tapi tulis la juga kan. Ini dah pandai lagi sedap dan lagi best donutnya. Thank you yang memberikan komen pada posting donut UN .:)

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badgeShow more posts

Kelab Blogger Ben Ashaari

POST TERKINI

  • Happy Birthday Along
  • 15 Tahun sebagai pegawai polis
  • Jalan-jalan ke Hatyai 2023
  • PERKEP Masak Bubur Asyura 2023
  • Jalan-jalan di Alor Setar , Kedah

UMMINANI

BLOG KAWAN MAYA

  • Sambal ikan bilis belimbing buluh
    Published on 2023-09-26 By Ana Jingga
  • 9 Kelebihan Celtic Sea Salt (Lebih Baik Daripada Himalayan Salt!)
    Published on 2023-09-26 By Dr Rizal Abu Bakar
  • Bila ada anak dan rumah sentiasa bersepah
    Published on 2023-09-26 By cikguzim
  • ORDER NASI GANJA SECARA ONLINE, MUDAH DAN SENANG
    Published on 2023-09-25 By Nadia Johari
  • 15 Hotel Near KLIA (Kuala Lumpur International Airport) Sepang
    Published on 2023-09-25 By dorsett pink
  • Telefilem Auta (TV9)
    Published on 2023-09-25 By Azhafizah MN
  • Style with Waist Trainers – The Perfect Solution for Workouts
    Published on 2023-09-25 By Ana Suhana
  • Travelog Thailand 7 : Cerita Sambung Konvoi Kelab Aruzr ke Hatyai
    Published on 2023-09-25 By Marina Bashah
  • Pengalaman Sertai Larian FITMALAYSIA Kuala Lumpur 2023
    Published on 2023-09-24 By Bro Framestone
May 2020
M T W T F S S
 123
45678910
11121314151617
18192021222324
25262728293031
« Apr   Jun »

Meta

  • Log in
  • Entries feed
  • Comments feed
  • WordPress.org

Meta

  • Log in
  • Entries feed
  • Comments feed
  • WordPress.org
May 2020
M T W T F S S
 123
45678910
11121314151617
18192021222324
25262728293031
« Apr   Jun »

Carian

Arkib

© 2023 Umminani | Powered by Superbs Personal Blog theme