Wed. Aug 4th, 2021
ROJAK KING BDR TEKNOLOGI

Rojak King Bdr Teknologi – resepi turun temurun, masakan rojak dan mee Melayu. Sedap dimakan waktu tea time atau buat makan malam.

Rojak King Bdr Teknologi

Rojak King Bdr Teknologi – Antara Menu-menu yang ada disini

1. ROJAK (MEE, AYAM)

2. MEE REBUS (AYAM)

3. LAKSA

4. TAUHU BEGEDIL

5. CENDOL ( KACANG, JAGUNG, PULUT, CAMPUR)

6. A.B.C

Mee Rojak King Bdr Teknologi

Kalau anda beli mee , memang banyak sebungkus pun. Makan sebungkus ini memang kenyang, biasanya kena kongsi 2 orang. Kuantiti sebungkus tu, puas makan la orang kata. Kiranya puas hati membeli.

Ini pula rojak. Pun sepinggan rojak ni memang banyak. Sekali makan tak habis pun, kena kongsi juga baru sedap perut. Kiranya tak overload la makan.

Rojak King Bdr Teknologi

Boleh hidang sebagai menu makan petang vs dinner terus. So kalau balik kerja tu, tak tahu nak masak apa, boleh la singgah kesini , bungkus dan bawa balik kerumah untuk dinner. Kuah rojak pedas sikit compare dengan kuah mee.

Mee Rebus – favourite anak

Kalau sepanjang duduk rumah ni, anak-anak dah jemu dengan nasi, ini mungkin jadi pilihan mereka, makan mee rebus masakan sesedap masakan mak. Cewah, kalau korang sempat buat boleh buat sendiri, tapi untuk UN yang bekerja ni, memang beli senang. Sesekali la masak sedap-sedap. 🙂 Kalau anak-anak UN depa suka roti, tu yang selalu buat roti, ini nak kelainan itu yang beli mee dan rojak pula.

Kuah tak pedas sangat pun, kalau makan 1 set atau sebungkus tu memang pedas, sebab ada cili potong yang hijau-hijuan dan merah tu. Overall memang Rojak King Bandar Teknologi terbaik. Sedap. Boleh tempah untuk buat jamuan.

Rojak King Bdr Teknologi

Rojak King Bdr Teknologi – Perniagaan makanan Rojak dan Cendol diusahakan oleh orang melayu menggunakan food truck di Bandar Teknologi Kajang..(berdekatan pasaraya Billion). Kalau anda dari Lekas – dekat je daripada turn highway , kalau dari Tol Bukit Kajang tu, dalam 5 minit je dah sampai. Memang mudah nak cari.

Rojak King akan mula berniaga hari ini jam 3.30 ptg – 6.30 ptg. ( 013-256 8654 )

Okay, kalau tak ada idea boleh la mencari atau buat sendiri . Kalau nak buat ikut resepi ini – Resepi Mee Rebus Nina Mirza. Kena cuba beli yang ni dulu, baru puas. Cewah! Selamat menjamu selerea. 🙂

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge