Waktu PKP ni ramai sahaja yang bekerja dari rumah. Pada hari biasa, mungkin ramai anak-anak yang melalui saat tekanan menghadapi PDPR. Sama je situasi anak-anak Sis dan anak-anak orang lain di luar sana. Jadi apa yang sis cuba lakukan adalah dengan buat roti comel untuk ‘membeli’ jiwa raga mereka pada hujung minggu dengan melakukan aktiviti hanya dirumah.
Sis bekerja 5 hari seminggu, seawal 630pagi dah keluar pergi kerja macam biasa. Kami dalam badan uniform masih bekerja seperti biasa, tiada istilah WFH. Jadi pengurusan rumah, anak-anak ambil alih sepenuhnya. ALONG orang paling penting untuk uruskan makan minum serta PDPR anak-anak. Besar tanggungjawab anak diusia 11tahun yang mungkin tak semua anak-anak diluar sana hadapi.
Jadi, antara pointnya disini janganlah hujung minggu pun kita mak ayah nak bekerja lagi. Melupakan seketika perihal tempat kerja antara perkara utama yang perlu diambil kitra, demi menjaga emosi anak-anak dan keluarga. Kerja takkan habis, dan dari sudur psikologi pekerja, perbezaan usia ada perbezaan tanggungjawab. Jika mereka yang berada di level atas, mungkin tumpuan hanya untuk kerjaya dan akhirat, tetapi untuk staff macam kami antara golongan belia, masih ada anak-anak yang perlu di jaga dari sudut fizikal dan juga emosi.
Back to story…
Roti comel homemade, antara cara beli jiwa anak-anak
Setiap items/ benda atau makanan yes, boleh dibeli di pasaran. Tapi hasil daripada kasih sayang ibu ayah takkan sama dengan benda yang didapatkan di pasaran. JADI , memahami situasi anak-anak yang sedang membesar dan tekanan yang mereka hadapi sepanjang PDPR, hujung minggu adalah saat atau situasi genting yang harus dipenuhi dengan perkara yang berfaedah dan bermanfaat. Tambahan dalam keadaan sekarang tak boleh bervuti atau beriadah diluar, jadi aktivit indoor memainkan peranan penting.
Buat roti mudah. Tidak bersepah mana pun rumah atau dapur kesayangan mummy. Jadi ini antara aktiviti yang boleh dilakukan bersama anak-anak. Buat bentuk roti atau kek comel boleh menarik perhatian dan menggembirakan mereka. Ini ibarat bermain bersama la juga. Biarkan mereka explore dan menikmati suasana dan asah motor skill mereka.
Dengan proses rounding dan melukis , boleh beri anak-anak kemahiran dan meningkatkan motor skill mereka dengan menghasilakn roti comel dana pelbagai bentuk dan warna. Ibu ayah , apa lagi? LAKUKAN .. Kita tak banyak masa, anak membesar dengan begitu cepat. Jadi masa-masa yang singkat perlu kita masukkan suasana yang boleh buat mereka ingat sehingga dewasa kelak.
Roti comel – comel ini bagi anak happy dan seronok
Teori Ekologi yang diutarakan oleh Bronfenbrenner
Sejak zaman kanak-kanak saya telah lalui satu zaman yang berwarna-warni. Saya bersosialisi dengan kelompok masyarakat dikalangan keluarga, rakan-rakan, guru, jiran dan suadara mara. Signifikan proses pembesaran dan perkembangan saya ketika zaman kanak-kanak telah melalui suatu pengalaman atau tindakan dalam Teori Teori Ekologi yang diutarakan oleh Bronfenbrenner.
Oleh yang demikian, berdasarkan Teori Ekologi yang diutarakan oleh Bronfenbrenner, penekanan bahawa individu yang melalui proses pertumbuhan dan perkembangan itu terangkum di dalam sistem persekitaran yang mementingkan interaksi diantara satu sama lain. Interaksi antara kanak-kanak dengan persekitaran kanak-kanak itu boleh mempengaruhi proses perkembangan dan pertumbuhan kanak-kanak. Merujuk kepada konsep teori ini, kanak-kanak merupakan individu yang berada dalam ruang lingkup mikro (berpusat di tengah) boleh dipengaruhi oleh faktor persekitaran.
MIKROSISTEM
Mikrosistem melibatkan persekitaran yang terdekat di mana kanak-kanak mempunyai interaksi secara langsung dan menghabiskan paling banyak masa bersama. Lingkungan sosialisasi adalah dikalangan keluarga, guru, individu, rakan sebaya, sekolah dan persekitaran. Komunikasi secara langsung dengan kanak-kanak. Ibu bapa merupakan agen sosialisasi paling penting dalam kehidupan seseorang kanak-kanak dan sebagai individu terdekat atau berhampiran dengan kanak-kanak, mereka mempunyai pengaruh besar ke atas tingkah laku kanak-kanak.
Persekitaran keluarga ini telah membentuk saya menjadi seorang yang kuat dan boleh lakukan apa sahaja kerja rumah. Ini kerana, ketika zaman kanak-kanak lagi, emak dan ayah telah mengajar saya untuk melakukannya tanpa rasa kekok.
MESOSISTEM
Mesosistem merupakan perhubungan antara mikrosistem dengan mikrosistem yang lain. Peristiwa yang berlaku dalam mikrosistem dapat mempengaruhi interaksi dengan mikrosistem yang lain. Antaranya hubungan antara rakan, hubungan antara pengalaman sekolah dengan pengalaman keluarga, pengalaman sekolah dengan pengalaman rakan sebaya. Contohnya , seorang pelajar yang merasa dirinya dihargai oleh guru, akan menjalinkan hubungan baik dengan guru-gurunya.
Aminah Ayob (2009) menyatakan bahawa persekitaran yang paling penting untuk kanak-kanak adalah keluarganya. Hal ini kerana kanak-kanak banyak meluangkan masa bersama keluarganya dan keluarga ini mempengaruhi atau kesan kepada emosi kanak-kanak tersebut. Tambahan pula, perkembangan kanak-kanak akan ditentukan oleh pengalaman mereka di persekitaran ini.
Jadi daripada perbincangan diatas, maka penting kita sebagai mak ayah untuk jadikan suasana PKP ini sebagai satu medan untuk membentuk suasana positif dalam rumah.
Aktiviti dari hobi kepada menjana duit
Ketika musim PKP ini yang tak habis-habis dan tak tahu di mana penghujung, antara lain aktiviti meroti dan buat roti comel boleh dijadikan aktiviti keluarga disamping menjana pendapatan yang mungkin terjejas. Percaya atau tidak , jika dilakukan secara bersungguh-sungguh hanya dengan menjual roti boleh menjana duit poket antara RM50-RM100 setiap hari dengan mudah. Ini boleh dilakukan secara santai. Cuma nak atau tidak. Aktiviti seperti ini bukan sahaja mengeratkan hubungan keluarga tetapi memberi keluasan rezeki dalam menjana pendapatan sampingan. Boleh la cuba.
Dah itu sahaja perkongsian untuk hari ini, semoga ada manfaat yang anda dapat untuk meneruskan kehidupan di zaman PKP ini. Tak susah, cuma kena bangkit dan usaha. Untuk membahagiakan anak-anak dan kurangkan tekanan pun tak susah, cuma kita kena kreatif dan tahu caranya. Selamat mencuba dan selamat berbusiness 🙂