Bismillahirrahmanirrahim. Saya bukanlah ilmuan atau orang yang arif tentang kewangan/ bab hartanah. Hanya memastikan belanjawan keluarga di urus dengan baik dan elak daripada dapat hutang jahat! Kami suami isteri sangat pantang kalau bab kewangan silap, sebab pernah tersilap langkah juga ketika zaman muda , 20an ketika itu. Kini dah 30an , belajar daripada melakukan kesilapan lama. Dalam berfikir tentang Moratorium, ini sebab-sebab ianya boleh dipertimbangkan.
Biarpun hidup tak mewah, tak nampak berada tetapi cukup untuk kami hidup seadanya. Kami tak pentingkan kereta jenama H atau lain-lain jenama luar negara. Cukup kereta apa yang ada, asal boleh buat balik kampung dan bawa anak-anak keluar berjalan ketika bukan dalam situasi pandemik COVID19.
Ingat kita hidup bukan sebab orang, bukan nak tunjuk dekat orang, tapi nak bahagia, nak rasa tenang dengan apa yang dimiliki dan rasa berkat dengan rezeki yang dapat. Dapat , ada beri dan dapat. Pusingan roda yang sama.
Moratorium, nak ambil atau tidak?
Ini perspektif saya sebagai penjawat awam, yang hidup bukan lah kaya raya. Tapi memastikan semuanya dalam keadaan ada, cukup dan boleh merasai hidup. Kalau tanya sis , sis suka pakai kereta yang mampu milik, sebba sis tak mampu. Sebagai penjawat awam biasa, sis hanya mampu bayar kereta bawah nilai RM1000.00 , sebab pada masa yang sama sis dan suami perlu gunakan duit untuk besarkan anak-anak dengan pendidikan dan juga kehidupan normal.
Normal tu maknanya, masih boleh merasa makan fast foosd sekali sekala, dapat ilmu secara berterusan dan guide daripada guru-guru secara terus. Ini yang buatkan sis terus memilih tuisyen online dengan Fly High Training Centre untuk anak-anak. Kita yang tak kaya raya, ilmu sahaja dapat ubah hidup pada masa depan.
Moratorium, sebab perlu ambil?
Untuk pendapat sis , sis rasa ambil. Ini pendapat orang biasa ya. Bagi sis kenapa perlu ambil ?
- Sebagai satu simpanan. Moratorium adalah sebagai satu tabungan instant yang diberikan oleh kerajaan untuk orang macam sis. Kalau kami berdua ada hutang yang banyak, moratorium sebagai jalan untuk kumpul cash reserve.
- Cash yang ada untuk kegunaan ‘top up’ ilmu pada anak-anak. Sebab jika bergantung kepada PDPR sekolah, kami yang bekerja 5 hari seminggu tak mampu nak jadi guru pada anak-anak. Balik malam letih mana sempat atau cukup masa nak hadap 2-3 jam untuk ajar anak, lagi pula kami pun bukan pakar dalam nak didik anak.
- Moratorium untuk lengkapkan anak-anak dengan keperluan untuk PDPR.
- Moratorium sebagai medium untuk tukar cash kepada simpanan emas. Walaupun emas tidak dipakai secara harian, ini peluang simpan emas. Tengok mak kita dulu-dulu, beli emas masa tu puluhan ringgit sahaja, kini selepas 30 – 40 tahun , berapa harga emas? Dengan simpanan mereka adalah mereka (mak ayah UN ) besarkan kami dan beri pendidikan. Tahu dulu mereka bergadai untuk besarkan UN , jadi UN hanya belajar daripada cara orang dulu-dulu. So , kalau nak beli emas boleh beli di Kedai Emas Hajjah Halijah. Zaman PKP boleh beli secara online.
- Cara balas jasa emak ayah yang dah tua – Kita ni ada gaji , cukup makan , bila dapat moratorium sebagai medium nak happykan mak dan ayah jika masih ada. Ini masanya untuk beri mereka sejumlah wang yang besar , mungkin satu jumlah kita tak pernah bagi pun sepanjang kita hidup atau kerja. Bab interest, kalau you all 30an seperti saya, masih ada 25 – 30 tahun untuk kerja. Masih ada ruang untuk kumpul duit dan percayalah, takkan miskin bahagiankan mak ayah. Cuba buat.
- Moratorium bukan untuk kita, tapi mungkin untuk orang lain. Ini pendapat i okay! Mungkin dengan moratorium sebagai alat bantuan kepada mereka yang angkat bendera putih selain ahli keluarga kita sendiri.
- Jalan untuk selesaikan hutang piutang dengan orang atau yang penting. Bab ini tiada ulasan panjang. Kita tahu dimana kita berada. Tak mau ada yang tersentuh jiwa dan raga kerana penulisan i, bab hutang superb sensitif.
- Moratorium jika tak penting juga pada kalian, mungkin selain no.1 sebagai cash reserve, ini masanya nak hadiahkan suami, anak dan diri sendiri dengan sesuatu yang mungkin mereka perlukan sebagai tanda kasih dan sayang.
Konsep Moratorium
Konsep asas moratorium ni ialah tangguh atau kurangkan bayaran bulanan. Maksudnya, anda dibenarkan secara undang-undang untuk tak bayar pinjaman untuk tempoh masa tertentu. Terubat la sikit tekanan ekonomi yang mencabar ni. Jadi , apapun keadaan, mungkin alasan diatas boleh dipertimbangkan untuk kesejahteraan semua.
Jadi jika anda peminjam individu tanpa mengira anda B40, M40 atau T20, perusahaan kecil dan sederhana (PKS) dan perusahaan mikro yang terjejas kerana COVID-19, anda boleh memohon moratorium pinjaman selama ENAM bulan. Jom sama-sama kita perhalusi sejauh mana keperluan moratorium untuk kita dan keluarga. Pada akhirnya nak ambil atau tidak , pada diri sendiri. Jika rasa ambil mora, anda berjimba sakan, so tak perlu. 🙂
Permohonan :
Kita hanya perlu memohon dengan bank masing-masing dan kelulusan permohonan diberikan secara automatik. Kalau nak , mohon sekarang sebelum apa-apa perubahan terkini oleh kerajaan. Pelaung datang , ada pihak untung ada yang rugi. Apapun kita semua ada pilihan masing-masing. Sebagai orang gomen, nanti pencen dapat lagi duit pencen dan juga duit gratuity. So , moratorium masih boleh dipertimbangkan.
Selamat memilih untuk pilih atau tidak – Moratorium ini.