Tergerak hati suami untuk belikan mak gerek baru. Gerek bahasa Perlis. Kami pun tak rancang, ikutkan sebelum ini dah tanya tapi mak kata tak perlu. Mak pun dah dapat hadiah birthday hari tu, dapat hadiah spek mata dari Eye Pro Vision. Thank William. . Dan bila adik pun offer nak bagi gerek mak tak nak, katanya ada lagi basikal lama dia dan masih elok. Tapi kami belikan juga basikal untuk mak.
( Tiap-tiap hari birthday, tiap-tiap hari hari Ibu).Hari tu pun mak dapat hadiah dah, kami buatkan spek di Eye Pro Vision . Ini pun mak happy, sebak dia ada orang belanja. Thank you Allah, thank.you William Chai too for the service. Boleh buat sini, recomended.
Cuma kami pikir, kita yang muda ni pun kalau boleh nak upgrade kereta, nak upgrade motor dll, jadi kami pun decide untuk belikan juga mak basikal baru.
Kedai Basikal Ulu Pauh, Perlis
Kedai ini memang kedai lama. Sejak dulu pun beli basikal disini. Masa tu beli basikal Along yang kecil, tahun 2011 kalau tak silap. Dah aim kedai yang sama, sebab setakat yang tahu kedai ini paling murah dan harga basikal pun masih berbaloi untuk di beli.
Setelah kami tengok dan kami decide untuk belikan yang 24inci, lebih besar tayar dan rim basikal ini. Try naik, okay la, untuk kegunaan mak pergi balik kedai. Mak orang kampung, tak reti naik motor, dulu arwah ayah bawa la mak naik motor. Sejak mak duduk sorang ni, mak hanya berharap bantuan jiran dan sedara mara mak.
Yer la kami anak-anak jauh di perantauan. Dan basikal pula adalah alat pengangkutan utama mak pergi kedai untuk beli barang keperluan harian. Kedai pun tak jauh, dalam 100-150 meter.
Kami survey kedai sebelah SMK Dato Sheikh Ahmad. Basikal mini dah harga RM320.00. Itupun sebelum kami beredar uncle nak bagi RM300.00. Kami bandingkan harga dengan di Shopee, jauh benar beza harga. Jadi kami pun beredar dan menuju ke kedai yang biasa kami beli.
Harga asal basikal 24inci ini RM378.00, uncle bagi kami diskaun RM355.00. Syukur sangat dapat basikal yang upgraded la sikit. Basikal lama mak pun dah berusia hampir 30 tahun. Lamakan. Mak cakap basikal yang sama mak guna hantar aku ke tadika dulu. Allah sedih juga. Aku tahu mak jenis tak nak susahkan anak-anak dia. So, kita ada kita bagi je.
Kami sayang mak, tok. Kami tak minta apa-apa cuma doakan kebahagiaan dan kejayaan kami.
Sungguh kami rasa seronok walaupun beri mak sebuah basikal je. Orang lain kebahagiaan mereka mungkin lain, tapi bagi UN sendiri orang yang lahir dari kampung dan memang orang kampung, sungguh bersyukur sentiasa dapat beri sesuatu pada mak. Dulu masa arwah ayah, tak sempat berbakti dengan baik. Masa tu baru nak mulakan hidup. Alhamdulillah, Allah bagi peluang untuk berbakti pada mak selagi masih ada.
Basikal Tua Mak- hampir 30 tahun berjasa
Sekarnag mak dah ada basikal baru, basikal lama masih boleh pakai. Dan kalau balik kampung, anak-anak yang seronok. Basikal tok jadi mainan depa. 🙂
Alhamdulillah, semoga hadiah basikal baru untuk mak sentiasa buat mak lebih happy dan lebih banyak mendoakan kesejahteraan kepada kami sekeluarga. Malah, semoga apa yang kami tunjukkan pada anak-anak akan mereka contohi ketika dewasa kelak. InsyaAllah. 🙂
Lets Enjoy The Video
Gagah lagi mak naik basikal ye. Terbaik UN
Masih kuat lagi mak UN nak mengayuh. Alhamdulillah.