MyCar3.0 ganti Aplikasi MyCar SuperApp

mycar3.0 aplikasi baharu gantu mycar superapp

Semalam adalah sejarah juga kepada MyCar kerana telah berjaya melancarkan MyCar3.0. MyCar bakal menarik semula applikasi MyCar SuperApps dan akan di gantikan dengan MyCar 3.0. MyCar3.0 ganti Aplikasi MyCar SuperApp.

MyCar adalah syarikat e-hailing kedua terbesar selepas Grab, bakal menarik sepenuhnya Aplikasi MyCar SuperApps yang mereka lancarkan pada Ogos 2020 yang lepas. Ini adalah berikutan beberapa masalah fungsi utama di dalam aplikasi MyCar Superapps itu .

MyCar3.0 Versi Terbaru MyCar Apps :

Aplikasi SuperApps itu akan di gantikan dengan MyCar 3.0 yang di reka dan bangunkan sendiri oleh MyCar, dengan menggunakan 100% kemahiran graduan kejuruteraan perisian tempatan. Malahan dengan kejayaan terciptanya aplikasi MyCar 3.0 ini, MyCar mensasarkanuntuk menjadi UNICORN gig ekonomi pertama dari Malaysia untuk Rantau Asia Tenggara.

Malahan, dengan kebolehan MyCar sebelum ini yang mampu mengendalikan 60000 tempahan dalam satu hari sebelum ini, di jangkakan akan memberikan satu persaingan yang sihat dengan pencabar yang lebih besar namanya, seperti Grab.

MyCar3.0 Fokus pada ehailing

mycar3 aplikasi baharu yang lebih canggih

MyCar juga memaklumkan fokus utama perkhidmatan mereka adalah e-hailing dan penghantaran barangan sahaja dalam tempoh 6 bulan awal, dan mempelbagaikan jenis modul perkhidmatan terutama e-hailing untuk pelajar sekolah dan korporat, yang di kenali sebagai MyCar For School dan MyCar For Business.

Antara kelebihan-kelebihan yang ada dalam MyCar 3.0 adalah tawaran hadiah kepada pengguna yang mempromosikan aplikasi MyCar 3.0 kepada rakan-rakan mereka.

MyCar 3.0 juga akan memberikan lebih banyak cara bayaran melalui e-wallet dan tanpa tunai. MyCar 3.0 ini juga mudah di gunakan dan mampu menarik lebih ramai pemandu untuk memberikan perkhidmatan mereka serta komisin yang rendah untuk pemandu.

Dengan membangunkan logik algoritma yang di bina oleh MyCar sendiri, di jangkakan MyCar mampu menawarkan lebih banyak tawaran yang lebih menarik di dalam aplikasi (in-app) dan boleh di tebus terus dengan hadiah-hadiah yang menarik di restoran makanan segera, kedai pelbagai guna, farmasi dan pusat membeli belah yang terkenal dengan menggunakan app 3.0 ini.

Win-win situation : MyCar User dan Driver

Antara sebab pengguna beralih ke MyCar adalah kerana tambangnya lebih murah dan komisen untuk pemandu juga lebih rendah.

mycar3  aplikasi terbaharu mycar apps

Pada 3.3.2021 bertempat di Restoran Rebung milik Dato Chef Ismail & Datuk Dr Sheikh Muszapharaplikasi terbaru MyCar 3.0 telah di lancarkan dengan tema 3.3.3 oleh Timbalan Menteri Sains,Teknologi Dan Inovasi, YB DATUK HAJI AHMAD AMZAD BIN MOHAMED @ HASHIM.

MYCAR3  ganti mycar superapp

Dengan membangunkan logik algoritma yang di bina oleh MyCar sendiri, di jangkakan MyCar mampu menawarkan lebih banyak tawaran yang lebih menarik di dalam aplikasi (in-app) dan boleh di tebus terus dengan hadiah-hadiah yang menarik di restoran makanan segera, kedai pelbagai guna, farmasi dan pusat membeli belah yang terkenal dengan menggunakan app 3.0 ini.

MyCar3.0 GANTI MyCar SuperApp

Orang ramai di minta untuk menyahturun (uninstall) aplikasi MyCar 1.0 dan MyCar SuperApp (2.0) sebelum ini dan download semula (re-install) semula MyCar 3.0 yang baru ini. MyCar3.0 ganti Aplikasi MyCar SuperApp

sumber : Saidila.Com

Website : mycaraasia
FB : MyCar
IG : @official_mycar

7 thoughts on “MyCar3.0 ganti Aplikasi MyCar SuperApp”

  1. Ooo.. Dah upgrade! Bagus bagus. Dulu memang Nina guna MyCar setiap kali pi event. Ni dah lama terperap dok rumah, dah lama tak tengok apps MyCar. Ok nak download yg baru, senang laa nak pi event lepas ni.

    1. Kan, yang penting UN suka sebab secara tidak langsung membantu orang kita menjana pendapatan.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge