Orang yang stress sebab dia tak tahu. Lihat anak kita. Yang boleh baca laju, yang cekap matematik, hidup dia macamana? Stress atau bahagia?Lihat sorang lagi, yang masih merangkak membaca. Buat salah, lambat sebut kena marah. Dia jadi stress secara tak langsung. Dalam penulisan kali ni kita nak tahu, kenapa aku stress?
Begitu juga orang dewasa, yang stress tu sebab dia tak tahu. Contoh, awak akan hadapi ujian. Jika awak tidak tahu jawapan. Awak stress.
“Adui apa pulak aku nak kena buat!!”
“Soalan ni… apalah lecturer ni.. bla blaa..”
Orang semua salah.
3 jam diperuntukkan tidak tahu nak buat apa..masa berlalu begitu sahaja.
Sebenarnya dia salah atau aku ?
Cuba tengok kawan yang dari awal sem dia belajar, dia slow² baca dan faham. Masuk exam, masa 3 jam , 1jam dia luahkan semua, dengan pantas dan cepat serta tepat. Perhatikan selangkah dia keluar pintu exam, dia stress ke bahagia?
Jadi, renung diri kalau kita stress. Kita stress sebab orang lain atau sebab diri sendiri. Kita tak boleh ubah orang lain, tapi boleh ubah diri sendiri. Apa sebenarnya aku cari?
Kenapa aku stress , kita belajar daripada roda.
Keluar rumah, lihat roda basikal.
Andai kayuh perlahan lahan, roda bergerak atas dan bawah akhirnya sampai destinasi walaupun perlahan.Tetapi jika roda tersebut ‘maintain’ tempat yang sama, samada atas atau bawah, ia tidak bawa perubahan kemana-mana sebab tidak ada pergerakkan berlaku.
Jadi, pointnya hidup ini perjalanan. Semakin ditekan semakin kita bergerak kita sedang menuju ke destinasi, walaupun dalam perjalanan terpijak ‘tahi kucing’ ,tayar pancit dan lain-lain lagi.Jadi hadapi setiap cabaran dan dugaan dengan redha.
Perbaharui niat , untuk capai kefahaman dan tenang dalam redha
Perbaharui niat, niat nak beri , nak bantu orang lain, niat untuk tujuan akhir untuk dapat redha dia yang Maha Berkuasa.InsyaAllah, perlahan-lahan jiwa yang tersakiti akan mula redha. Jiwa kan semakin tenang, hidup semakin membahagiakan.
Kerjaya semakin berkembang dan hidup semakin mendekati kejayaan serta kebahagiaan. InsyaAllah mereka yang bersyukur akan ditambahkan rezeki kepada mereka. Bersyukur dan redha , sentiasa berlari untuk capai kejayaan. INSYAAllah – Jom sama-sama sertai kelas mengubah hidup dengan refleksi diri untuk capai bahagia – PMC+6
Wahh… berfalsafah betul ni
Ingatan utk diri sendiri juga kak
Dalam hidup ni jangan terlalu nak membandingkan dengan orang lain. Memang punca-punca stress.
Kita stress tu sebab diri kita sendiri. Kita yang bertanggungjawab atas diri kita sendiri, samada kita pilih untuk happy atau untuk sedih. Semua orang ada UJIAN, tak ada orang dalam dunia ni yang tak lari dari Ujian. So, banyakkan istigfar agar kita sentiasa berada atas landasan yang betul dan sentiasa teguh iman kita.
Sedangkan bahagia pun kita yang rasa inikan pula stress. Rasa bahagia dan rasa stress tak akan pernah jauh dari kehidupan kita. Cuma masing-masing punya cara yang berbeza untuk mengatasinya.