Hidup kita ada masa dan manis, mana mungkin hidup ini sentiasa langinya biru. Begitu juga kehidupan. Ada masa lkita diatas ada masa kita berada dibawah, ibarat pusingan roda yang sentiada berubah pada setiap kayuhan kedepan. Tetapi jika tidak melakukan kayuhan ibarat hidup ini berada pada level yang sama, samada berada di atas atau dibawah.
Dalam kehidupan seharian ini kita cuma kena pegang pada asas, iaitu apa niat sebenar hidup. Sentiasa tanya apa tujuan aku hidup hari ini. Samada nak penuhi impian sendiri yang membawa ke syurga pada akhirnya atau hanya impian yang fokus dan tujuannya hanya untuk mendapat penghargaan manusia.
Cuba duduk, tenang dan fikirkan, sebab hidup ini setiap hari ada tujuan. Orang yang hebat adalah orang yang setiap hari cuba untuk mendapatkan ilmu bagi menaikkan taraf diri sendiri untuk manfaat diri, keluarga dan orang sekeliling kita.
Jika hidup hampir terpesong, perbaharui niat. Niat yang betul akan memandu kehidupan kita kearah yang betul. Jika niat salah, waze perjalanan salah, maka kita memilih jalan salah yang destinasi tiba juga salah. Tetapi jika niat kita betul, pasang waze atau halu tuju yang betul fokus untuk mendapatkan sesuatu kerana redha Allah, walau badai dan hujan melanda pasti semua perkara dapat ditempuhi dengan fikiran yang baik, respon yang baik dan hasil kehidupan yang baik.
Cerita …
Pada suatu hari, seorang lelaki seperti biasa menuju ke tempat kerjanya dengan tujuan ‘bekerja’. Pastinya bekerja untuk tujuan dapatkan gaji untuk hidup dan untuk keluarga. Di tempat kerja, dia bekerja dengan fokus kepada tugas dia semata-mata. Jika di suruh melakukan lebih daripada ‘file’ meja, dia mula merungut. Mula menyalahkan bos yang tidak faham dengan bebanan tugas dia.
Bukan hanya bos yang perhatikan kita, tetapi..
Sebenarnya, dia tidak sedar dalam 8 jam tugas bukan sahaja bos memerhatikan dia. Tetapi ada penilai dan pemerhati sebenar iaitu Allah swt melalui malaikat yang mencatit setiap tindakan dan respon yang dilakukan sepanjang berada di pejabat. Dia mula stress, kerja tak habis-habis, lepas satu kerja datang lagi satu kerja.
Sebenarnya disinilah mengajar untuk belajar mengurus masa, jadual dan meletakkan kepentingan tugas secara hirakki. Yang mana ‘urgent’ didahulukan, yang mana masih punya masa boleh di lakukan diketepikan seketika.
Apakah tekanan?
Tekanan sebenarnya sedang mengajar bagaimana selarasnya pikiran dan emosi. Setiap respon kepada cara fikie menentukan emosi dan tindakan dia. Jika responnya positif iaitu ini amanah aku (wpun bos kadang kala bekerja luar daripada batasan tugas, insyaALLAH kita akan hadapi dengan tenang.
Dengan ilmu kita akan tenang dan bahagia – boleh belajar untuk upgrade diri disini – PMC+6 bersama dengan bonda dan circle yang sangat supportive, InsyaALLAH