Stress Free InspektorMama

Cabaran Seorang “Lady Boss” ; Bos Perempuan Memang Emosi!

“Kecohlah perempuan ini!” “Inilah boss perempuan, emo!”
“Makhluk asing ada disini!” Its okay dear. 😍


InspektorMama ; Seorang yang tegas

Un seorang yang tegas dan kalau yang kenal tahu dalam tegas saya cuba beri yang terbaik untuk anak buah.

Tegas demi tanggungjawab. Tegas sebab sayang. Tegas sebab nak pastikan yang tak betul jadi lebih sempurna.

Bagi yang tak kenali Un, pasti akan kata Un garang. Memang garang! Sekiranya Un lembik dan tidak ada prinsip dalam laksanakan tugas, bukan Un sahaja susah, pastinya kepimpinan lain juga susah. Jadi, redhalah jika di tegur. Bukan kerana tak sayang.

Persediaan Hadapi IPCMC

Seminar IPCMC semalam, pesanan YDH Dato Azman, “Apa juga tindakan Tuan/Puan, pastikan bertulis dan berekod”. Un pegang kata-kata tersebut sebagai cabaran menghadapai IPCMC dan cabaran hadapi anak buah 😄.

Cabaran wanita sebagai boss

Jadi “Lady Boss” mind kena kena kuat. Kita akan di “tembak” dari pelbagai sudut. Aduan, rayuan dan pelbagai lagi isu pastikan akan dibawa untuk pengetahuan kita.

Tapi tak semua. Ada kadang tu kita tak tahu. Ala, membawang tu biasa. Tambahan lagi, di pejabat ada pelbagai jenis  kepala dan sikap. Kena bijak tangani permasalah. Cool and relax. Selain itu, berhemah dan pada masa yang sama kebajikan anak buah tetap di ambil kita.

Anak buah,

Ketahuilah tiada ketua atau superior ingin lihat anak buah atau staff sengsara. Kami sebenarnya nak didik dan hanya ingin pastikan semuanya  baik-baik sahaja.

Jika tidak ditegur kesalahan seseorang, dikatakan bias. Jika tegur, dikatakan garang ,tak berperi kemanusiaan dan lagi teruk, boss tidak layak dihormati.

Macam-macam keranah dihadapi. Tapi, apa juga badai melanda, sikap dan dan integriti tetap menjadi keutamaan.

Manusia, buat salah memanglah sah salah, tapi buat baik pun kalau Allah swt telah takdirkan tertulis bahawa bakal dipersalahkan, kenalah redha.🤣. Cabaran wanita sebagai boss😂😅 Apa yang mendatang, ku senyum sahaja.

Doakan Inspektor Mama maju dalam tugas dan dapat keberkatan dalam hidup

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *