Skip to content

Umminani

Lifestyles

Menu
  • Home
  • PENULIS
    • Umminani /Lifestyles
    • Rencah Hidup
    • Cuti/Travel
  • KBBA9
    • Review/Isu
    • Makanan/Resepi
  • Penafian
Menu
beli emas online di kehh

Beli emas online di Kedai Emas Hajjah Halijah ; Halijah Jewels

Posted on 02/02/202107/21/2021 by umminani

Bismillahirrahmanirrahim , ingat lagi tentang bagaimana kegilaan ramai wanita dengan emas. Semasa akhir tahun 2020, harga emas turun.Ramai yang memborong emas. Sampaikan kalau tengok di kedai-kedai emas, orang beratur panjang, walaupun dalam keadaan PKP. Tetapi ramai juga yang beli emas online. Ini termasuklah UN sendiri yang memang dah percaya dengan Kedai Emas Hajjah Halijah. Sejak 12 tahun lepas, inilah kedai emas pilihan UN dan Azam.

beli emas online di KEHH KANGAR
Kalau nak belajar tentang emas boleh ke website mereka atau ikuti facebook Kedai Emas Hajjah Halijah.

Beli emas online – secara menabung / ansuran

Selain beli beg tangan secara ansuran, emas pun boleh beli secara ansuran mengikut pakej yang disediakan. Cuma untuk belian emas, cukup duit barang emas akan di beri kepada mereka yang ambil pakej yang disediakan.

Terma dan syarat menabung dengan Kedai Emas Hajjah Halijah ( Halijah Jewels)

beli emas online di kedai emas hajjah halijah
Buat tabungan untuk miliki barangan yang berkenan dihati. Sikit-sikit lama-lama jadi bukit.
  1. Yuran penyertaan adalah sebanyak RM50 untuk ahli tabungan yang baru.
  2. Tempoh menabung hanyalah selama 6 bulan sahaja.
  3. Pilihan pakej yang disediakan adalah:
    ❤️ Pakej Gold : RM200/bulan
    ❤️ Pakej Diamond : RM500/bulan
    ❤️ Pakej Platinum : RM1000/bulan
  4. Layak mendapat diskaun pemotongan harga sebanyak RM10 daripada harga pasaran semasa mendaftar pakej menabung.
  5. Barang yang hendak ditebus, tidak boleh lebih atau kurang dari jumlah tabungan.
  6. Jika barang yang hendak ditebus adalah melebihi jumlah tabungan, berat selebihnya akan mengikut harga semasa.
  7. Barang “hanya boleh ditebus” setelah tamat tempoh pakej menabung.
  8. Bayaran wajib dilakukan setiap bulan, jika ada bulan yang terlepas untuk membuat pembayaran, automatik harga akan dikira seperti biasa.
  9. Jumlah tabungan tidak boleh ditukar dengan wang tunai.
  10. Cik/Puan/Tuan dibenarkan untuk menyertai lebih daripada satu pakej.
  11. Sebarang perubahan adalah tertakluk kepada pihak Kedai Emas Hajjah Halijah Sdn Bhd

5 Elmu Tentang Emas

(1) Emas adalah alat penyimpan nilai wang anda, nilainya adalah fleksible. Walau ada masanya nilai emas menurun, namun tidak selamanya ia akan terus menurun sebaliknya bila tiba masa nilainya akan kembali naik dah kukuh.

(2) Atasi masalah inflasi, dengan kepelbagaian kos hidup yang semakin meningkat, nilai yg ada pada wang akan mengalami pengecilan pada nilainya kerana kuasa beli pengguna yg semakin hari semakin jatuh.

(3) Emas merupakan pelaburan yang terbaik utk masa depan seperti pendidikan, perniagaan, perkahwinan, umrah & haji. Kerana nilai Emas adalah seiring dengan perubahan masa dan zaman (kalis inflasi).

(4) Mudah utk dicairkan menjadi wang pada bila-bila masa terutama bila mengalami waktu kecemasan dan nilainya mengikut harga semasa pasaran emas seluruh dunia.

(5) Aset yang mudah utk diselamatkan terutama apabila berlaku bencana alam. Dari sifat fizikal emas yang tahan lasak dan tidak mudah dileburkan oleh suhu.

Pengalaman Beli Emas Dengan Kedai Emas Hajjah Halijah

beli emas online dengan selamat
beli emas online di halijah jewels
beli emas online dengan harga berpatutan

Inilah Cik Kila yang sentiasa memudahkan urusan jual beli emas secara online. Emas yang dibeli selamat sampai insyaAllah. Ada caranya bagaiman emas dihantar dengan selamat.

Emas perhiasan sememangnya perhiasan yang wanita suka:)

Kenapa beli emas? Pernah melihat kembali slip belian barang kemas, yang buat tersedar adalah apabila tengok dengan mata sendiri bukan daripada website, emas tahun 2010 baru berharga RM120.00/gm. Sekarang mencecah RM230.00-275.00/pergm. Terasa sangat kebodohan lepas, tapi itu allah dah tetapkan rezeki setakat tu. Jangan tamak jika bukan hak kita. Cewah.

Kenapa beli emas hiasan bukan beli syiling? Ini pun persoalan yang sering kali di tanya, tetapi bagi orang biasa yang kurang lagi ilmu, saya sendiri selesa dengan emas hiasan. Samada nak simpan nak jual nak gadai di ar- rahnu ke, emas mudah dicairkan.

Pengalaman sendiri – Un ada buat refinance rumah, ambil masa hampir 8 bulan pun belum selesai. Bayangkan, jika saat kita memerlukan duit yang segera, bagaimana mahu dicairkan. Ini bukan sahaja menyusahkan tetapi mendesak jiwa jika benar-benar memerlukan duit. Berbeza dengan emas, boleh dicairkan pada bila-bila masa dan dimana-mana dengan kadar segera, wpun ada sedikit susut nilai. Apapun pandangan orang berbeza, hormati sesama kita, yang penting menyimpan untuk masa depan. Elak kebocoran dalam rezeki yang kita ada.

Pesan bonda Prof Muhaya ; we have much , we want more.. bila ada beri dapat. Jadi kalau kaya , minta kaya lagi, supaya ada caranya kita boleh beri banyak lagi dengan pelbagai jalan yang terbuka luas. Samada sedekah mahupun zakat. Insyallah, selamat menabung dan menyimpan emas. Ingat Emas – Ingat Kedai Emas Hajjah Halijah 🙂

11 thoughts on “Beli emas online di Kedai Emas Hajjah Halijah ; Halijah Jewels”

  1. Salina Johari says:
    02/02/2021 at 5:33 pm

    best bila ada tabungan nak beli emas macam ni .. kalau nak tunggu simpan duit memang jenuh la asyik terguna je

    Reply
  2. Farah Wahida says:
    02/02/2021 at 5:44 pm

    Mmg suka buat tabung klu beli emas. Menariknya simpan sikit2 xterasa sgt

    Reply
  3. Yaya Azura says:
    02/03/2021 at 9:46 am

    Menarik juga menabung terus kat kedai emas. Baru berdisiplin. Teringat masa pertama kali beli sendiri emas tahun 2009..harga RM114 per gram.

    Reply
  4. Nina Mirza says:
    02/03/2021 at 10:44 pm

    Suka design KEHH, skin tabung pun menarik sekali. Dah plan nak join

    Reply
  5. Ann Noura says:
    02/04/2021 at 7:09 am

    Bestnyaa emas! Kumpul duit sikit2 nanti boleh beli

    Reply
  6. hafiza Aizzawa says:
    02/04/2021 at 8:53 am

    Fiza pun suka share dan baca pasal beli emas nie.. hari2 kalau rajin tgk jugak harga emas harian.. bagus UN teruskan kumpul emas, kalau dah ada kedai yang dah bonding dgn kita mcm UN dgn Emas Hajjah Halijah lagi senang, trusted kalau beli online pun

    Reply
  7. Tati Mansur says:
    02/04/2021 at 1:09 pm

    Bila ada sistem tabungan macam tu mudah bagi mereka yang berhajat nakbeli emas tapi belum berkemampuan untuk beli secara lump sum

    Reply
  8. Lya says:
    02/04/2021 at 2:29 pm

    Bestnya beli emas. Beli untuk pelaburan masa depan..

    Reply
  9. Sunshine Kelly says:
    02/05/2021 at 2:27 pm

    I also this emas is more stabil and juga alat penyimpan nilai wang yang semakin kukuh.

    Reply
  10. Ai says:
    02/16/2021 at 12:40 pm

    Sejak-sejak dah susah nak bercuti ni, tabung bercuti dah bahagi dua dengan tabung emas.

    Reply
  11. Darcy James says:
    05/11/2022 at 3:00 pm

    This is a really awesome and helpful article for me. I really appreciate your work for providing such useful information, thank you so much!

    Reply

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badgeShow more posts

Kelab Blogger Ben Ashaari

POST TERKINI

  • Drama air mata berakhir – AJER
  • Surat untuk Along
  • Surat untuk Along
  • Kieslect Lady Calling Watch Lora
  • Konvokesyen Tahun 6 2022 Raudhah Islamic School

UMMINANI

BLOG KAWAN MAYA

  • Drama Bukan Hanya Sekadar Cinta Di TV3
    Published on 2023-05-24 By Azhafizah MN
  • Cuaca panas terik satu hal , gajet satu hal lagi !
    Published on 2023-05-24 By Ben Ashaari
  • KEMPEN DERMA DARAH ANJURAN RENORA CLINIC DI AEON MALURI
    Published on 2023-05-24 By Nadia Johari
  • Bilik dan breakfast kami di HIG Hotel, Langkawi.
    Published on 2023-05-23 By Azian Elias
  • Pemanis Tiruan Sucralose Bagus Ke? Ini Perkongsian Dr Rizal
    Published on 2023-05-23 By Dr Rizal Abu Bakar
  • Eina Azman Bantu Bayar Kos Rawatan Kanak-Kanak Ekzema : Klinik Avicenna Menawarkan Rawatan Ekzema
    Published on 2023-05-22 By Marina Bashah
  • Klinik Avicenna : Mengatasi Masalah Ekzema Dengan Rawatan Terkini
    Published on 2023-05-22 By Qaseh Dalia
  • Cara masak tumis darat ..
    Published on 2023-05-22 By Ana Jingga
  • Permainan Video Usahawan, Perniagaan & Pengurusan Wang yang Menarik Dalam Talian Percuma untuk Kanak-kanak
    Published on 2023-05-22 By Mohaz Sue
February 2021
M T W T F S S
1234567
891011121314
15161718192021
22232425262728
« Jan   Mar »

Meta

  • Log in
  • Entries feed
  • Comments feed
  • WordPress.org

Meta

  • Log in
  • Entries feed
  • Comments feed
  • WordPress.org
February 2021
M T W T F S S
1234567
891011121314
15161718192021
22232425262728
« Jan   Mar »

Carian

Arkib

© 2023 Umminani | Powered by Superbs Personal Blog theme