Kain Norwex ; ragu-ragu betul ke berkesan seperti iklan?

Kain Norwex untuk gym dan bersukan

Perjalanan dengan kain Norwex . Yes Un pun sama, awal dulu ragu-ragu dengan kain Norwex. Ceh jual mahal je, kain buruk je pun, harga boleh tahan mahai. Ingat nak try, tapi asyik tertangguh je. Tetiba MamaKembarTiga offer nak bagi try 2 lai jugalah mama bagi. 1 face and body cloth dan kitchen cloth. UN actually tak minat bila ada bab review kitchen cloth yang depa pecahkan telur dengan sengaja tu. Eh, entahlah sengaja ke tak sengaja, tapi telur pecah molek je, sayang betul dengan makanan tu. Okay2 dah bebel Nooraini oii! Ni nak sambung kisah perjalanan dengan kain Norwex ni.

Kain Norwex ; First try- niat nak review kain lap kayangan kain Norwex yang viral tu je..

Jujur memang ada niat nak try nak sentuh. Ada la cakap kat suami, nak tengok juga kain yang depa viral-viral tu, Cuma bila duduk rumah sesaja mana ada jumpa orang yang promot tunjuk kat kita depan mata kan. Entahlah bagaimana boleh tergerak hati Kak Nani @ Mama Kembar Tiga nak bagi cuba. Dari selai dia bagi 2 helai.

Kain pertama cuba adalah lain lap Face and Body Norwex. Ha, ini sebab hari-hari kalau main kat treadmill memang lencun. Kalau sebelum ada kain Norwex, UN guna je tuala mandi. Lepas guna terus la basuh. Tuala biasakan berat, tapi okay la sebab pakai dryer. Jika tidak ada dryer mungkin macam sukar jugalah kan. Bila dah ada kain ni, ehhhh lebih praktikal. Dah la bentuk comel, kain tak besar mana tapi kadar serapan tinggi. Tak lencun pun. Satu body lap pun tak lencun. Eh, korang baca ni faham ke, huhuu susah lah nak terangkan kepuasan peribadi guna kain ni. Tapi as conclusion, wajib try Kain Norwex Face and Body untuk mereka yang suka bersukan, kerana :

Kain Norwex tak berat

Saiz kecil tetapi berbaloi untuk guna secara hairan.

Boleh bawa letak dalam beg tangan untuk lap air anak-anak dalam kereta.Boleh jadikan kain lap kat office selepas wuduk. Kalau macam kami yang uniform ini, memang berguna, baju tak ada lah lencun. Dan boleh buat lain lap tempat xx juga hahahahaha. Lembutkan kain dia dan tak basah sangat kalau selepas lap selepas berwuduk tu. Tahu lepas wuduk tak payah nak lap, tapi ada keadaan yang perlukan kita lap, takkan basah-basah tu nak lalu depan orang, nanti orang kata  ‘eh tu nak tunjuk lah alim , nak solat pula… “. Hahahah eh, jujurnya aku kali ini.

Gambar ini kat rumah; kain ni boleh guna lap peluh lencun lepas atau semasa bersukan.

Korang tak payah sibuk cari tisu dah demi nak keringkan baju uniform. Lagi kalau guna tisu baju kita yang biru ni kadang ada putih-putih tisu.Tak selesa jadinya.Bila guna kain ni, jimat dan bila dari office nak p toilet tu orang tak tahu pun awak p toilet buat apa kan? So keep it secret. Ini tidak nak p toilet sibuk nak cari tisu, terutama kalau stok kat office atau almari sendiri tak ada stok, mula bising kat kawan-kawan. Hahahah sorry-sorry, jika terlanjur kata. Maka, gunalah kain Norwex Face and Body ni.

Kitchen Cloth ; betul ke boleh serap semua?

Ini Un ambil masa nak try, sebab pertama sayang ooo kain lawa, harga kayangan. Takkan masa Un masak , nak lap minyak-minyak dan kuah-kuah tumpah kan. Macam satu kegilaan la juga ibarat harga kain macam beli shawl tau. Takkan nak guna lap dapur. Tapi, ku nekad sebab kalau tak try memang takkan tahu sejauh mana iklan yang diwar-warkan tu benar-benar terjadi dan berkesan.

Bila kita nak makan benda berkuah atau ada risiko air tumpah sila ada selai kain ni, berguna 200%

Maka, tiba masa #UnMasak, ku rasmikan kain Norwex yang label Kitchen Cloth tu. Taklah sesaja nak try pada makanan yang sengaja ditumpahkan, tetapi penggunaan pertama adalah dengan cara guna untuk lap pinggan mangkuk kayangan yang dibeli daripada European Kitchenware tu. Haahaha

Okay berkesan. Dan senang guna jugalah. 2nd try, lap minyak di keliling dapur. UN try juga pada cermin tempat cuci pinggan, not bad. Ada kesan percikan yang terkena pada cermin tu UN lap, keluar lah juga. Next guna lap dapur gas Takayama yang UN beli di Wow Shop tu, berkesan bermakna tidak lah bercapuk minyak tu. Lepas lap-lap , pusing-pusing dapur dah bersih. Ini yang buat UN macam terpikat jugalah.

Bab basuh, memang kita cuci air biasa je, kain dah berish tak ada keluarkan warna keruh. Tetapi nak suci dan bersih sebab nak guna lap pinggan lebih baik rendam sabun UPP tu dan cuci bersih. Barulah bertambah yakin.

Bila try berkesan, apa lagi terus shopping beli kain lain-lain untuk memudahkan kerja-kerja dapur.

Dari trial terus shopping body and face cloth Norwex, dust mint dan kitchen cloth. Selepas tu riki-riki lagi, adoi banyak pula berkenan, terus la reg as Consultant. Hahaha ini selepas puas hati dengan penerangan oleh Mamakembartiga. Sebab nak diskaun extra kan, dan kalau ada kawan-kawan nak beli boleh la tolong lepas ni. Konsep mudah, beli, guna dan share. Apa yang baik kita sama-sama share, yang tak elok simpan.

Next nanti UN free, UN share lagi perbezaan kain microfiber biasa dan Norwex. Memang ada beza. Berani cakap sebab dah try. Korang kalau nak beli boleh contact K.nani atau nak tanya pada UN boleh juga. Setakat boleh jawab UN cuba okay!

Untuk order boleh direct dengan Mama Kembar 3 atau UN sendiri :

DM atau wassap ke : www.wassap.my/60133935052/norwexblogUN

Umminani : www.wassap.my/60124430338/norwex

6 thoughts on “Kain Norwex ; ragu-ragu betul ke berkesan seperti iklan?”

  1. sebelum ini memang tak teringin nak beli, tapi baru ini kwn amik order sebab harga sehelai jadi rm30 lebih… untuk yg lap di dapur… akak pun order jugak… tak sabar nk cuba hahahha

    nak merasa jugak la sehelai kan

  2. Terima kasih UN! Happy bila dapat share benda elok yang kita suka dengan kawan-kawan juga. Sangat best kan Norwex. Tak dak satu pun produk Norwex yang akak beli pastu menyesal, semua berguna dan berbaloi baloi! 🙂

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge