Wed. Aug 4th, 2021
RESEPI PAU KUKUS

Assalamualaikum. Tengah mencari resepi pau? Rindu nak makan pau kat highway kan? Mahal pun beli juga sebab rasa dia sedap. Sebiji pau, RM1.80 – RM2.50 dah sekarang ni. Mana ada murah. Jadi nak makan sedap, memang kena buat sendiri la jawabnya. Resepi Pau Kukus kali ini, UN share style UN buat, main campak-campak je dalam bread maker 🙂

Resepi Pau Kukus Buat Sendiri

Resepi Pau Kukus

Resepi pau :

1 kilo tepung pau

1 suduh baking powder

11 gm yis atau 1 peket (i guna yis SAF)

2 Sudu besar susu pekat

Air – 2 1/4 cawan

Gula 1 sudu besar

Telur 1 biji (apa2 saiz)

Minyak masak – 1/2 cawan

Pewarna – pandan atau strawberry

Inti – beli ready made je di Pasaraya / Kedai Bakery

Pau Kukus Lembut ; Cara Saya

Campur je semua, lepas tu uli dalam breadmaker Rusell Taylors – menu knead 11 – 35minit

Bila dah siap, uli kecil-kecil dalam 35-40gm.

Biar seketika dalam 10 minit, baru letak inti.

Lepas tu biarkan naik 1x ganda, dalam 30-40minit. Lepas tu kukus, siap.

Boleh sejukkan dan masukkan dalam bekas, frozenkan. Nak makan, panaskan semula dalam steamer. I guna steamer Noxxa, lebih mudah di gunakan dan selamat daripada air menjadi kering. hahaha!

Hasil Pau Lembut :

Resepi Pau Kukus

Ini hasil pau kukus, ini tengah panas ni dalam steamer lagi. Jadi gebu elok. Geram tengok. Buat masak-masak ni seronok buat, makan tak seberapa. Cuma bila ada tu, anak-anak nak makan je, semua dah ada siap.

Pelbagaikan :

PAU KUKUS JADI ROTI COKLAT

Ini octopos ke, paru ke entahlah .. macam-macam bentuk ada. I guna adunan yang sama untuk cuba buat roti, tapi perlu ambil masa yang agak lama untuk kembang. Rasa okay je. So kalau nak buat pau kukus, boleh guna resepi ini. Untuk buat roti, memang kena guna adunan roti, baru lembut dan sedap di makan. Cuma kalau guna adunan pau kukus ini, doh tak berapa lembik, senang nak urus doh. Yer la, 11gm yis untuk 1 kilo, memang le lama nak tunggu naik. Kalau roti 500gm tepung dah guna 11gm yis. 🙂

Selamat mencuba. Seronok main-main doh ini. Tambahan bila ada anak-anak kecil bersama-sama, depa nak je belajar sambil bermain. Jom la, cuti sekolah dah ni, boleh la cuba bersama anak-anak. : ) – Resepi Pau Berlauk

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge