Skip to content

Umminani

Lifestyles

Menu
  • Home
  • PENULIS
    • Umminani /Lifestyles
    • Rencah Hidup
    • Cuti/Travel
  • KBBA9
    • Review/Isu
    • Makanan/Resepi
  • Penafian
Menu

Sambung belajar untuk penjawat awam, berapa kos perlu?

Posted on 07/16/202107/22/2021 by umminani

Jika ramai yang mungkin sedang mencari peluang untuk sambung belajar, ada pelbagai pilihan sebenarnya.Cuma semuanya bergantung kepada kos dan bajet yang ada. Kos ini bermakna adakah kursus yang ditawarkan sesuai dengan diri dan kelayakkan. Sambung belajar untuk penjawat awam? nak tahu cara? Saya kongsikan khas seperti mana saya lalui ya.

Sambung belajar untuk penjawat awam

Untuk UN, yang sebelum ini ada Diploma Perakaunan dan Diploma Eksekutif Sains Siasatan, UN boleh sambung di univerisiti yang menawarkan mana-mana kos yang sesuai. Sebenarnya ada je UiTM dan pelbagai Universiti lain, tetapi UN pun tak kaji Universiti lain tu.

Selepas tamat Diploma Eksekutif Sains Siasatan di UMCCED, UN sekarang sedang menyambung pengajian di UPM iaitu dengan UPMet dalam bidang komunikasi.

Kos Pengajian Di UPMet :

Ini anggaran kos pengajian di UPMet.

Sambung belajar untuk penjawat awam:

Sambung belajar untuk penjawat awam
Gambar hiasa sahaja. waktu kerja kita kerja sungguh-sungguh. Waktu hujung minggu belajar sungguh-sungguh. Kalau buat apa pun bersungguh pasti berjaya.

Untuk penjawat awam seperti saya, kena lah memohon dengan ketua jabatan. Bila dapat kelulusan semuanya mudah nanti, mudah untuk dapatkan cuti peperiksaan dan pelbagai lagi kemudahan lain, insyaAllah. Macam saya di PDRM, saya mohon dahulu dengan UPM, selepas itu saya mohon melalui Ketua Jabatan saya dan saya seterusnya memohon kelulusan dengan bahagian Latihan Bukit Aman.

Sambung belajar untuk penjawat awam ; Bolehkah Diploma terus buat Master?

Ya boleh, dengan kelayakan APEL. Ini boleh dilakukan dengan mendaftar di CITY Universiti atau OPEN Universiti seperti OUM dll. UN pula memilih untuk sambung pengajian di peringkat degree sahaja, ikut step by step, walaupun lambat tetapi masih dengan universiti awam yang dilihat lebih ber’kredibiliti. Ini pendapat UN kenapa memilih untuk buat degree yang mana makan masa sehingga 4 tahun.

Kos yang ditawarkan di UPMET ini pun ada macam-macam. Tetapi setelah pertimbangan di buat, UN memilih untuk buat Degree Komunikasi. Ini lebih kepada sastera/ bacaan dan kefahaman tentang budaya dan negara. So, mengambil kira minat, peluang di masa depan, maka Ijazah Sarjana Muda Komunikasi menjadi pilihan UN.

Biarpun apa juga kata-kata orang, seperti lambat, buang masa dsbnya, tetapi saya yakin, mendaki perlahan-lahan lebih selamat dan kurang risiko. Insya Allah semua orang pasti boleh belajar jika ada iltizam yang tinggi. Ada tujuan hidup dan fokus nak berjaya, pasti akan berjaya. What we focus, will expand. Ingat ayat ini.

Bolehkah SIJIL SPM beberapa tahun kebelakangan di gunakan untuk memohon PJJ atau kemasukkan Universiti?

Jawapan untuk persoalan ini berdasarkan pengalaman saya sendiri, BOLEH. SPM ni macam sijil yang laku sepanjang hayat tau. So wajib ada SPM untuk semua. Ada juga terbaca dalam satu laman web, katanya disitu kalau tiada SPM pun boleh buat Diploma tetapi mesti lulus APEL. Ini anda kena google sendiri ya. Sebab saya tiada experience bab ini.

Tetapi kalau berdasarkan pengalaman , saya ambil SPM tahun 2002. Jadi sehingga nak memohon kemasukkan Degree di UPMet pun laku. Cuma bila dah ada DIPLOMA , sijil diploma juga perlu disertakan. Kelebihannya, kalau ada rezeki dapat pindah jam kredit dengan sejumlah kredit hours yang banyak. Ini bergantung kepada kelulusan pihak Universiti.

Jadi, kalau nak sambung belajar, SIJIL SPM adalah penting untuk kemasukkan diploma. Jadi untuk sesiapa pun , penting pastikan SPM ini dapat keputusan yang baik. InsyaALLAH , nak belajar ni perlukan komitmen dan kesungguhan. JADI biarpun lambat its okay, asalkan tujuan kita nak belajar tu betul dan tepat, bukan semata-mata kerana nak buktikan kepada sesiapa, tetapi cukup untuk buktikan kepada diri sendiri yang kita belajar kerana Allah swt demi masa depan yang lebih baik.(mungkin).

All the best untuk semua yang memohon atau berhajat untuk sambung belajar. Semoga berjaya mencapai impian yang dicita-citakan. Amin

Ini portal untuk penjawt awam – Portal eSILA

13 thoughts on “Sambung belajar untuk penjawat awam, berapa kos perlu?”

  1. Mrs. A says:
    07/16/2021 at 2:37 pm

    Di mana ada kemahuan di situ ada jalan.
    Setuju sijil SPM sepanjang zaman hehehe Mrs. A tamat SPM 1992 sambung belajar 2009 masa apply guna SPM
    Mrs. A doakan UN berjaya mendapat ijazah yang diingini.

    Reply
    1. umminani says:
      07/17/2021 at 11:03 am

      Betul dimana ada kemahuan di situ ada jalan, jgn berhenti belajar, tak mau susah susah, belajar masak , belajar buat roti pastry semua pun boleh.

      Reply
  2. M.Z. says:
    08/01/2021 at 7:59 am

    Salam puan. Saya juga penjawat awam kumpulan pelaksana, berminat untuk sambung ke peringkat degree dengan memohon HLP.
    Soalan saya, kelayakan tertinggi saya adalah SPM. Dengan sijil SPM bolehkah terus memohon ke kursus bidang sains di Universiti Awam?

    Reply
    1. umminani says:
      08/03/2021 at 8:42 am

      Cik me njawab kepada persoalan Cik, Jika kelayakkan tertinggi adalah SPM, cik boleh sambung Diploma Sains, jika bidang aliran SPM adalah sains. Apapun Cik hubungi universiti yang cik nak pergi, mereka pastinya lebih mahir, saya pula menulis berdasarkan pengalaman saya sahaja.

      Reply
  3. pkah says:
    08/04/2021 at 12:59 pm

    Assalamualaikum…saya berkhidmat 1/2/2019 sebagai penjawat awam. tahun depan baru cukup 3 tahun. saya nak sambung degree kos pendidikan di UPSI. saya nak tanya tempoh syarat untuk sambung belajar berapa ye. sebab saya da cari merata syarat2 untuk sambung belajar masih tak jumpa. dan saya nak tanya macam nak apply sambung belajar

    Reply
    1. umminani says:
      08/14/2021 at 4:06 pm

      Cik, waalaikumusalam kalau UPSI saya tak pasti, tapi blh tanya dengan member https://yanieyusuf.com/ , dia kerja di UPSI

      Reply
  4. umi says:
    01/31/2022 at 2:54 pm

    assalam sy jururawat masyrakat sy da ad stpm/diploma sy bercadang nak smbung beljar pjj tanggung sendiri… tp dlam bidang sains sosial dan psikologi… tp bukan dlm bidang nursing… perlukah sy bgthu jabatan ..
    jika penyelia x membenarkan sy sambung belajar… boleh atau tidak…

    Reply
    1. umminani says:
      03/05/2022 at 3:14 pm

      wasalam, cik jabatan tidak ada hak untuk tidak memberikan kita penjawat awam untuk tidak sambung belajar, kerana ianya juga untuk kemajuan kerjaya. Cumanya sebagai pekerja kita mestilah bertanggungjawab untuk mengutamakan pekerjaan dan kerja hakiki. Ianya adalah dibenarkan selagi kita mengutamakan kerja hakiki. Apapun atas budi bicara jabatan, kerana jadual tugas dan juga keperluan lain boleh diubahsuai mengikut kesesuaian. Jika ada pegawai yang tidak membenarkan cik puan sambung belajar atas alasan munasabah ok, tetapi jika alasan tidak munasabah sebaiknya minta nasihat daripada kaunselor tempat kerja cik puan.

      Reply
  5. Nooratika says:
    03/02/2022 at 6:52 pm

    Salam sejahtera,saya nk tanya saya nk sambung belajar,boleh ke ajar kan step2 permulaan nye

    Reply
    1. umminani says:
      03/05/2022 at 3:07 pm

      boleh, tapi untuk kos apa ye cik?

      Reply
  6. Mona Binti Adnan says:
    03/09/2022 at 3:11 pm

    Assalamualaikum,

    Saya berminat untuk memohon tawaran yang JPA keluarkan pengajian sepenuh masa.
    Pelawaan Program Penajaan Kumpulan Pelaksana (PPKP) Secara Sepenuh Masa Tahun 2022. Syarat nya mesti tidak melebihi umur 45 tahun pada 1 Januari 2022. Saya genap 45 tahun pada 13 September 2022. Rasanya masih berkesempatan. Bole tak guide saya macam mana prosedur saya perlu mulakan dulu. Saya berminat sambung dalam bidang Psikologi & kaunseling. Saya dah pun ada diploma komputer sains. Cuma nak teruskan ijazah dalam kaunseling sebab saya sangat berminat bidang ni. Bole tak guide saya.

    Terima kasih.

    Reply
    1. umminani says:
      03/12/2022 at 10:19 am

      Puan, saya sambung masa tahun 2019, saya mohon melalui jabatan untuk tawaran JPA. Untuk semakan kalau kami dalam PDRM adalah melalui unit latihan Bukit Aman. Untuk jabatan lain saya tak pasti.

      Reply
  7. anne says:
    03/24/2022 at 1:53 pm

    Hi puan, saya berminat untuk sambung belajar ke degree. Blh guide saye.

    Reply

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badgeShow more posts

Kelab Blogger Ben Ashaari

UMMINANI

INSTAGRAM

ummi_nani

SELAMAT HARI GURU #selamathariguru2022 #SelamatHa SELAMAT HARI GURU

#selamathariguru2022 #SelamatHariGuru #kbba9 #raudhahislamicschool
SESSI Bersama CIKGU BOB di bengkel PKSK/UKKM anjur SESSI Bersama CIKGU BOB di bengkel PKSK/UKKM anjuran Flyhigh Training Centre . Seronok anak² dpt jumpa Cikgu Bob secara live. 

Tak habis² Along cerita best ya belajar bersemuka dengan Cikgu Bob. Terima kasih cikgu sebab  share tips & ilmu yang bermanfaat.

#bengkelpkskukkm #MRSM #sekolahberasrama 
#flyhighteducationcentre
#anakanakumminani #kbba9
DAY - 2 , bagi semangat untuk bangkit dan networki DAY - 2 , bagi semangat untuk bangkit dan networking dengan sahabat yang luar drp lingkungan sekolah. 

Belajar hari ini pun, ada saingannya. Nak ke MRSM , nak ikut jejak Umi? Nanti Umi pikirkan, yang mana sesuai. Tetapi untuk masa sekarang, grab sahaja ilmu dan peluang yang ada. 

Kita hanya usaha, tetapi Allah yang menentukan.
Load More... Follow on Instagram

BLOG KAWAN MAYA

  • Selamat Hari Guru 2022
    Published on 2022-05-16 By Azhafizah MN
  • Kari Kambing Tanpa Santan ? Sedap Ker ?
    Published on 2022-05-15 By Saidila Abdul Rahman
  • Muat Turun Aplikasi Marry Brown dan dapatkan tawaran menarik serta diskaun.
    Published on 2022-05-14 By Sue Izza
July 2021
M T W T F S S
 1234
567891011
12131415161718
19202122232425
262728293031  
« Jun   Aug »

Meta

  • Log in
  • Entries feed
  • Comments feed
  • WordPress.org

Recent Comments

  • Farah Wahida on Permohonan ke MRSM 2023
  • Nina Mirza on Permohonan ke MRSM 2023
  • Darcy James on Beli emas online di Kedai Emas Hajjah Halijah ; Halijah Jewels
  • azni on EM Drink + apa khasiat dan kebaikkan?
  • Nina Mirza on EM Drink + apa khasiat dan kebaikkan?
  • Syasya on Crystal Skin by Rish Beauty – kulit sihat dan cantik
  • anne on Sambung belajar untuk penjawat awam, berapa kos perlu?

Meta

  • Log in
  • Entries feed
  • Comments feed
  • WordPress.org

Mingguan Wanita Disember 2020

Sambungan – Singapura

Mingguan Wanita OKT 2016

Harian Metro 4 Ogos 2019

team tarik tali ipd kajang

Harian Metro 11 Mac 2018


pemantauan udara pdrm

TUMIT TINGGI – RTM TV 1

https://youtu.be/ZQxjM9u91lc

NONA TV3

https://youtu.be/uX_GaKd3G-g

Jemputan ke TV Al Hijrah

https://www.youtube.com/watch?v=qx8TFD-bWSo

MHI – MC0 2020

https://youtu.be/2jP1sn9rMGc
July 2021
M T W T F S S
 1234
567891011
12131415161718
19202122232425
262728293031  
« Jun   Aug »

Carian

Arkib

© 2022 Umminani | Powered by Superbs Personal Blog theme