Beberapa hari lagi kita bakal menyambut hari raya korban. Dalam suasana pandemik COVID19 ini, pastinya kita semua berkorban. Frontliners masih berjuang di medan kerja, membantu pesakit di hospital dan juga menjaga ketenteraman awam di jalan dan juga pelbagai lokasi. Terima kasih frontliners. Bagi orang awam, kita berkorban juga, menikmati hari-hari yang dilalui dengan penuh kesabaran dan juga berkorban dengan duduk dirumah melalui sessi PDPR dengan anak-anak dan juga menikmati saat bekerja dari rumah. Dalam kekecewaan ada hikmah nya. Untungnya di Perlis, ibadah korban di perlis di benarkan, dengan syarat patuhi S.O.P.
Ibadah Korban di Perlis
Bagi yang berhajat untuk laksanakan ibadah korban di PERLIS khasnya, ini adalah lokasi yang biasanya kami lakukan ibadah korban di Perlis.

Kami dengan Cik Didi dan keluarga mereka ini, dah banyak kali bekerjasama. Perusahaan mereka pun dah maju. Dulu kawasan ini dikelilingi kebun getah sahaja. Syukur, semakin hari semakin maju. Dulu pun tak ada rumah yang sedang dibina ini. Tahniah Cik Didi.

Boleh laksanakan korban di Perlis
Jika di tempat ini, orang yang nak lakukan ibadah korban boleh memilih untuk buat sembelihan sendiri atau juga wakilkan kepada Keluarga Cik Didi.
Harga kambing 2020 : seekor kambing korban – RM775.00 + Permit sembelihan RM50.00
Tahun 2021 : seekor kambing korban – RM 875.00 Termasuk dengan permit

Ini adalah gambar kami melakukan korban pada tahun 2020. Suami UN memang sembelih sendiri. Alhamdulillah, cuma tahun ini sahaja kami tak berpeluang balik dan melakukan sendiri.


Diyakini dan selamat, ibadah ini pun dilakukan dengan tertib dan mengikut S.O.P yang ditetapkan. Siapa yang masih mencari tempat untuk sembelihan kambing korban di Perlis, boleh la buat disini.
Pengalaman masa kecil
Ini namanya korbankan, kesian anak-anak kita beraya dalam suasana PKP tidak sama seperti beraya seperti dahulu kala. Tidak dapat lalui saat seperti ini lagi. Tahun ni pun beraya hanya dalam rumah, tiada kunjung mengunjung. Pengorbanan semua orang dalam suasana Pandemik Covid 19 ni. Dulu masa raya 2018 – raya haji kami meriah di Perlis.


Jadi jika anda antara yang berhajat untuk laksanakan ibadah korban dengan nak buat sembelihan kambing, boleh berhubung dengan Cik Didi di nombor : 019-4575502 . Owh ya, lokasi untuk sembelihan ini, jalan MRSM Beseri. Alamat penuh saya pun tak ingat, tahu p je. Apa-apa berhubung terus la dengan Cik Didi. Bagitau dia kak nani yang habaq ye.
Kalau nak masak pun Cik DIDI ada sediakan service masak, kalau tak minta je mereka sedekahkan dimana-mana. Macam kami, suruh anak sedara di kampung ambilkan daging korban ini dan nanti sedekah kepada mereka yang selayaknya. InsyaALLAH Kawasan rumah mak di kampung pun, majoriti orang sewa rumah, mereka layak menerima daging korban ini. Akhir kata selamat menyambut hari raya aidil adha 2021.