Raya Haji 2018 di Perlis Meriah Bila Kambing Korban Kami Kendurikan Untuk Tetamu

Hi semua, kat mana raya haji 2018 tahun ini. Kami ada ni ha…dekat Perlis lagi. Sehari sebelum raya kami sembelih 4 ekor ayam. Semua buat manual. 

Pagi raya kami pergi solat dekat masjid Bukit Keteri. Barulah rasa suasana raya. 

Pagi raya semsa sampai masjid di Masjid Bukit Keteri

Pagi lepas sembahyang raya, kami pergi area Semadong. Dekat je, dalam 15minit dari rumah tok. kami masuk kebun getah ke kandang kambing.

SEMBELIHAN KORBAN RAYA HAJI 2018

Ini Kibas, tahun ini kami korbankan yang ini. Seekor Rm780.00
Sebelum sembelih anak-anak main dengan ZZ nama kibas ni.
Masa kami pergi kena tunggu turn. Sebab ada geng Nigeria yang dok belajar dekat Dar Quran Sg Jernih tu datang nak sembelih dekat 10 ekor kambing. Jadi kami lah yang last.

Lepas Abah budak-budak ini sembelih kambing, kami pergi ke tempat lapah kambing. Syukur rezeki kami mudah, kambing kami dilapah awal.

Kenduri Raya Korban – Makan bersama

Dalam jam 12 tengahari dah setle. Jadi sempat balik ke rumah masak kari sebelum jam 2 petang sebelum adik beradik datang. 

Ini dua pupu anak-anak duduk semeja menjamah makanan di hari raya.

Berkumpul Bersama Keluarga

Meriah sangat waktu raya haji macam ni. Adk beradik berkumpul dan bakar kambing dan makan bersama-sama. penat memang penat lah. Tapi syok. Abang long yang masih recruit bomba di Pusat Latihan Kuala Khubu pun balik juga. Tapi sekejap jer. Sempat la kami berjumpa buat seketika. 

Keluarga UN. Family abglong, family abg cik, UN dan adik.
Adik Hafiz dan adik Nana bersama Nabila, Nafisa Dan Nazifa

Kira tahun ini memang best raya. Raya puasa dan raya haji adik beradik UN berkumpul. Tu yang syok. Ha..kami ni memang beraya di Perlis setiap tahun. sini kampung pilihan kami anak beranak. 


Portrait anakanda Tercinta.

Along
Angah
Kakak

Ini sahaja cerita tatapan masa dewan untuk raya haji part 1. okaylah bye. Nak nikmati suasana  di kamlung lagi. 

Posts Tagged with…

Write a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge