Mengimbau balik memori lama, raya dulu-dulu memang meriah. Tahun demi tahun kita diuji dengan pandemik Covid19. Ini kalau baca semula persediaan raya 2017 lalu meriah sungguh. Untuk kami sekeluarga cipta kenangan Raya kami sendiri, UN akan pastikan gamabr-gambar bersama keluarga tersimpan rapi bukan sahaja i hati tetapi disini.
Semua berkumpul dan anak-anak pun masih dapat merasa kemeriahan raya seperti aku dibesarkan. Kini sejak pandemik covid19, semua dah berubah.
Kita hanya mampu meraikan raya dalam rumah. Sebelum keadaan ini berubah, aku nak abadikan kenangan raya disini.
Kenangan Raya 2010 – 7 Sept Along lahir/ 10 Sept Raya Aidilfitri
Ini moments beraya paling ‘win’ , sebab 3 hari sebelum raya tu bersalinkan Along. Nak juga moment raya, jadi apa kisah bersiap juga pakai baju raya untuk meraikan bersama. Tahun 2019 kahwin dan 2010 ni dah dapat baby sulung. Syukur.
kenangan Raya : Umminani Raya 2011 dan 2012
Umminani Raya 2013
Umminani Raya 2014
27 Julai 2014 Arwah ayah meninggalkan kami semua sehari sebelum raya. Jadi tahun 2014 adalah tahun kami kehilangan insan tersayang. 25 Julai 2014 Kami sempat berbuka puasa dengan arwah ayah sebelum arwah menghembus nafas terakhir.
Umminani Raya 2016
Umminani Raya 2017
Umminani Raya 2018
Kenangan Raya : Umminani Raya 2019
Tahun 2019 ada 2 persalinan , biru dan purple. Tak ingat tapi mungkin ada rezeki lebih atau masa ni semangat raya tu lebih. 🙂
Umminani Raya 2020
Ini raya semasa Perintah Kawalan Pergerakkan (PKP) disebabkan virus COVID-19, ikutkan tiada perasaan nak meraikan raya pun bagi tahun 2020. Tetapi memikirkan kenangan dan juga kemenangan puasa bersama keluarga, UN cuba buat yang terbaik. Baju raya pun masa ni beli last minit di Pusat Pakaian Hari-Hari.
Umminani Raya 2021
Ini pula tahun 2021, kami ambil kesempatan untuk buat Photoshoot di Bandar Rinching. Bergambar untuk kenangan masa ini.
Umminani Raya 2022
Tahun 2022 – UN menggunakan perkhidmatan Smart Shoot Photography . Rm80 / 30 minit. Antara semua gambar, untuk 2022 UN paling suka, gambar clear dan sangat jelas. Pula tu, ada 3 frame untuk kami bergaya sakan sebagai gambar bagi kenangan Raya. : )
Kenangan Raya Bersama Keluarga.
Hidup kita, susah atau payah adalah bersama keluarga. Mereka adalah orang yang perlu kita raikan bukan sahaja di hari raya, tetapi setiap hari. Bagi UN, tanpa anak-anak siapalah Ummi. Anak-anak pelengkap hidup kami suami isteri. Anak-anak yang dibelai dengan kasih sayang akan terus mengingati dan menghargai ayah dan ibu. Jadi, mak ayah, kita ni dapat rezeki pun kerana anak-anak, hargai mereka untuk kita diingati saat kita tua kelak.
Kenangan Raya ini akan terus disimpan untuk lebih mensyukuri setiap nikmat dalam hidup , setiap detik dan saat. InsyaAllah.