Thu. Aug 5th, 2021
hari raya haji 2021

Selamat Menyambut Hari Raya Haji 2021. Kami di Semenyih tahun ni. Merayakan hari raya dalam suasana yang sederhana. Malah , dalam keadaan kepala tak berapa nak okay, masih pening lalat. B/p masih 140 keatas / bawah masih 109-113.

Tapi demi meraikan raya dengan anak-anak , dan suami semalam gigih juga keluar ke Super 7 untuk beli barangan rumah. Perancangan nak masak nasi ayam, tapi jadi anak beriani makan dengan rendang.

Ketupat raya haji / raya aidiladha 2021

Bagi raya kali ini, buat kali pertama UN buat nasi impit/ketupat nasi. Ha, forst time try pun menjadi. Belajar isi beras dengan orang jual daun ketupat. 10 biji daun RM8.00 , tapi petang raya ornag nak tutup kedai dah, dia bagi 10 biji lagi free daun. Buat 7 biji je, sebab nak try kan. Raya in future boleh la buat ketupat nasi macam ni, tak payah beli yang plastik lagi. menjadi elok , seronok tengok. Baru rasa kemeriahan raya tu, walaupun di Semenyih je ni ha.

Ketupat pulut ini beli masa raya aidilfitri. Frozen ka, boleh je makan. Tapi tak cukup la. Makan sorang sikit, ikut hati depa nak lagi.

Hantar Kek Jelita untuk Mak di Kampung

Meraikan raya kali ini, hantar kek Jelita ke Mak di kampung. Seronok la mak, bukan pada nilai tapi pada ingatan. Mak ini macamana pun suka kalau anak-anak ingat kat dia.

Selamat Hari Raya Aidiladha 2021

Hahahahah! Mana satu fake mana yang normal? Cer teka..

Apapun selamat hari raya daripada kami sekeluarga. Meriah walaupun dalam rumah. Anak-anak bangun awal dari Umi, jam 400am depa dah bangun , vakum dan kemas hall. Tak suruh rajin la pulak.

Raya yang suasana tak pernah terpikir dalam kepala pun. Biasa nya hari raya hari yang letih, berjalan, masak, cuci pinggan dll la. Kali ini raya duduk lepak dalam rumah. Owh inikah 2021 ? heheheh. Kesian anak-anak depa dah rindu nak beraya macam tahun terakhir beraya 2019. Beraya bersama keluarga besar.

Raya Haji 2011 @ 2012

Suasana Hari Raya Haji tahun dahulu dengan sekarang, jauh bezanya. Raya haji tahun 2019 / 2020 masih berpeluang balik ke kampung, 2021 terus di sekat. Sedih dalam redha. Semoga Covid 19 terhapus dari muka bumi kita dan kita semua dapat kembali hidup dalam norma biasa kehidupan. Buat masa sekarang, kita jaga kita, jaga diri dan elak lah daripada melakukan pergerakkan balik ke kampung. Jangan bawa wabak bahaya yang mungkin ada di sekeliling kita kepada orang tua di kampung. Sama-sama kita doakan semoga kita semua dapat kembali hidup normal.

Selamat Hari Raya Aidiladha 2021 daripada Umminani dan keluarga

2 thoughts on “Raya Haji 2021 ; sambut di rumah , kita jaga kita”

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge