Sintom bp high, 14 days after 2nd dos vaksin. 14 July 2021 1st time ke klinik selepas rasa pening yg teramat sangat. Bp that time 215 upper.Punca? Tak tahu sebab apa.Hanya untuk rekod – 2nd dose complete 29 Jun 2021. Semalam 18 Julai 2021, tak terasa pening, tapi dada sesak. Terus ke klinik, yg berdekatan rumah Bp di klinik 224 /s, 115/d. Adakah ini kesan vaksin 2nd dose Pfizer? – Pengalaman Cucuk Vaksin Pfizer Dose Pertama


Kesan Vaksin Daripada hasil bacaan UN :
Dalam percubaan Pfizer, mereka yang berusia antara 18 dan 55 tahun melaporkan mengalami kesan sampingan seperti demam, keletihan, sakit kepala dan sakit di bekas tempat suntikan lebih kerap berbanding mereka yang berusia 56 tahun ke atas.

UN pula selepas cucuk memang tak terasa sakit, sehinggalah pada 13 Julai 2021 dan akhirnya menyerah diri ke klinik pada 14 Julai 2021.

Semalam 18 Julai 2021 , bila ke klinik doktor terus nasihat ambil ubat darah tinggi untuk lower down bp. Bp monitoring semalam – masih 150-168/s, bawah paling rendah semalam selepas balik klinik 99 , average 99-115/d.
Masih lagi monitor bacaan bp, harap ada perubahan la. Masih banyak yang ingin di lalui untuk masa kedepan. Anak-anak masih memerlukan UN, mereka masih perlukan kasih sayang dan bimbingan ibu. Masa menaip ini pun ditemani air mata, betul lah, mak , anak mana boleh di pisahkan, sebut anak je walaupun dalam hati, terus meleleh air mata. Haishhh! Doakan UN kuat.
Nak kata tekanan ni sebab KESAN VAKSIN dose kedua, tak juga rasanya, cuma kene tu bila 14 hari selepas vaksin, maca ada perkaitan, tetapi doktor kata okay je, its happen suddenly, not because vaksin. Okay okay la dengar, cuma hati ini masih kacau bilau bila sakit, banyak lagi benda memikir. 🙂
Doakan saya. Minta maaf andai ada salah silap. Salam kemaafan.