Kita berjaya bukan kerana kita sendiri, tetpai sebalik kejayaan kita ada insan lain yang setiasa menyokong. Sebagai mak, Un selalu nasihat anak-anak , jangan merasa bangga kalau cerdik, jangan merasa bangga kalau kerja sekolah siap, cikgu puji. Ini kerana sebalik nak mengusahakan sesuatu, ada orang yang menyokong. Kita takkan berjaya kalau tiada sokongan orang lain, sokongan jelas atau pun secara tidak langsung. Walaupun kita kata , “i did my self”, percayalah ada orang lain yang mendoakan kejayaan tersebut. Bukan hanya kerana kita.
PDPR – berjaya kerana kitakah?
![](https://umminani.com/wp-content/uploads/2021/07/kejayaan-PDPR-sebalik-kejayaan-kita-ada-orang-yang-menyokong-2.jpg)
![](https://umminani.com/wp-content/uploads/2021/07/kejayaan-PDPR-sebalik-kejayaan-kita-ada-orang-yang-menyokong-3.jpg)
Ini contoh sahaja, Sarah setiap kali nak selesaikan kerja rumah, dia ada abang yang membantu. Yang sama-sama duduk, menulis dan mendengar. Tidak lain dan tidak bukan, Angah. Angah ni istimewa, sebab dia pantang kalah. Kelemahannya, dia cepat melatah, pantang kalah, tetapi melatah bila nak cepat, pasti ada silap. Itu yang kena di baiki, sebab cepat tak semestinay benar atau betul. Biar lambat tetapi selamat dan dapat result yang elok dan boleh ingat lam, bukan hanya untuk seketika. Ini yang kerap UN bebel pada anak-anak. 4 orang tak sama, ada kelebihan masing-masing, kemampuan pun berbeza.
Sanggup bersusah kerana orang lain.
![](https://umminani.com/wp-content/uploads/2021/07/kejayaan-PDPR-sebalik-kejayaan-kita-ada-orang-yang-menyokong-1.jpg)
Angah sanggup tolong tulis untuk kakak menghafal. Macam-maca cara Angah cuba bantu, nampak tak effort orang lain tu? Ini yang kita nampak, yang tak nampak , mungkin doa kawan-kawan kita, sedara kita, atau mungkin orang yang tidak dikenali. Jadi sebagai manusia biasa , sama-sama kita memberi , sayang tanpa syarat. InsyaAllah , hati senang hidup bahagia.
![](https://umminani.com/wp-content/uploads/2021/07/WWW.UMMINANI.COM_.jpg)
Hargai setiap orang sekeliling kita, kita bukan siapa-siapa. Hidup ini sentiasa perlukan keluarga dan rakan-rakan yang menyokong. Salam Aidil Adha, selamat hari raya.