Alhamdulillah selesai dose 1 untuk Vaksin Covid19. Un je la, suami dan mak dah setle kedua-dua nya, dose 1 dan 2. Pengalaman Cucuk Vaksin , tak terasa pun , macam kena jarum biasa. Cuma selepas seharian rasa kebas sahaja pada bahagian bahu.
Kisah UN Cucuk Dose 1 Vaksin Covid 19
1650 hrs, masuk wassap – senarai nama sekian-sekian perlu hadir untuk Vaksin petang ini 8Jun 2021 di MITEC.
Monolog: eh silap ke betul tarikh ni?
Tiba-tiba ada panggilan masuk , “Puan, hari ini nama Puan naik untuk cucuk Vaksin, sebelum jam 9mlm yer Puan”.
Hahaha, apa lagi, tak ada lah melompat, tapi terus solat dan suami bawa i naik SYM 200 jer la selesa sikit untuk merempit ke MITEC.
Terus jam 6 petang macam tu sampai sana.
Pendaftaran dan pengisian borang:
Proses daripada pengambilan borang sehingga cucuk sambil masa hampir 2 jam. Ini borang yang perlu diisi. Baca betul-betul segala nya sebelum sign TANDA. Penting untuk tahu tahap kesihatan diri.
Bila saya tanya Dr di kaunter, “Dr, saya ada sejarah PRE-EXCLAMPSIA , boleh ke ambil vaksin?”
Dr tersebut seraya menjawab, ” Boleh puan, Pfizer yang paling selamat dan boleh diberikan kepada yang ada tekanan darah tinggi,golongan berisiko dan warga tua”.
“Owh, okay la, saya ikut sahaja. Kalau Dr kata boleh , saya ikut je”.
So korang jangan takut, pergi je dulu kalau nama dah naik. Apa-apa Doktor akan advise untuk kita.
Kisah Kons Zati
Cik Zati – Ini salah seorang staff UN. No giliran 468 , tiba-tiba daripada 460-467 semua ikut urutan, 468 tidak dipanggil sehingga 480.. angin la dia, terus Sjn Yani jumpa voluneers untuk betulkan panggilan nombor. 🙂 hahaha kalau tak berangin la kawan! hahaha Zati dan lawak tak dapat dipisahkan.: )
Pengalaman Cucuk Vaksin untuk warga emas
Untuk ibu ayah nak belum vaksin, pergilah. Tidak merbahaya. Ramai yang dah ambil vaksin dan selamat. Semoga mak ayah kita semua dilindungi. Kita yang jauh ni hanya mampu berdoa sahaja. Semoga kita smeua dilindungi oleh Allah swt.
Sekurangnya ambil vaksin dan membantu untuk imunisasi badan kita daripada penyakit terutama Covid19. Tahniah kepada mereka yang dah ambil vaksin, yang belum doakan nama anda segera terpilih untuk vaksin. Semoga pengalaman kami semua menyakinkan anda untuk ambil suntikan Vaksin Covid19.
Jom sebarkan, ambil vaksin tidak merbahaya. InsyaAllah. – Kesan Vaksin Dose ke-2
Tahniah kak umminani.
tq Aisya
Baru je pagi tadi mak dapat cucuk vaksin 2nd dose . Senyum manjang mak bila lengkap dah dose.. dan pada awalnya tak nak gak dia amik vaksin ni … orang tua gitula..
betul org tua ni depa takut, kita kena bagi semangat.
alhamdulillah. semoga lepas.ni second dose pun takde kesan negatif lepas kena vaksin. stay safe stay healthy UN
amin, itulah semoga 2nd dose pun okay nnt
Alhamdulillah.. kita pun tggu kot dipanggil.. tapi parent kita dah settle dua dos.. lega
lega kan bila dah cucuk . moga ramailah dpt herd immunity skrg ni
Hi there
I wanted to reach out and let you know about our new dog harness. It’s really easy to put on and take off – in just 2 seconds – and it’s personalized for each dog.
Plus, we offer a lifetime warranty so you can be sure your pet is always safe and stylish.
We’ve had a lot of success with it so far and I think your dog would love it.
Get yours today with 50% OFF: https://caredogbest.com
FREE Shipping – TODAY ONLY!
Cheers,
Winona