Skip to content

Umminani

Lifestyles

Menu
  • Home
  • PENULIS
    • Umminani /Lifestyles
    • Rencah Hidup
    • Cuti/Travel
  • KBBA9
    • Review/Isu
    • Makanan/Resepi
  • Penafian
Menu
MEJA MAKAN SKOGSTA IKEA

Meja makan Skogsta IKEA (ala-ala jerrr) , ganti meja lama

Posted on 06/09/202106/09/2021 by umminani

Meja makan kami ini dah berusia lebih 10 tahun . AZAM beli masa dia bujang lagi. Dah 4 kali pindah, dari Sg Petani/ Kulim/ Seri Kembangan/ Semenyih. Masih kekal elok. Tapi bila anak-anak dah besar, meja makan 6 orang macam kena upgrade lebih panjang dan selesa. Jadi kami decide nak beli yang 8 seater, plan nak Meja makan Skogsta IKEA, tapi tak jadi, kos lagi mahal.

Kenangan meja makan 6 seater

Meja makan lama, akhirnya jadi rezeki jiran tertangga

Puas mencari siapa nak terima meja makan ini. Masih utuh dan cantik. Tapi sebab nak tukar juga, jadi kami kena let go meja makan yang sedia ada. Ini bukan rumah kampung yang boleh simpan semua benda. Lagi pula, beri kepada mereka yang memerlukan adalah lebih baik daripada tersimpan rapi kan.. ?

Bila tanya dalam group -group yang UN ada, ramai yang ada kekangan nak ambil set meja ini. Kebetulan tanya kak jiran kami, selorong la dengan kami. TANPA banyak soal, dia nak, Allah rasa bersyukur ada yang nak terima. Itu pun rezeki juga, orang nak terima dan jaga pemberian kita. Syukur rezeki kami mudah nak clearkan rumah, dan rexeki dia dapat meja makan untuk keluarga. UN sejenis tak reti jual barang 2nd hand, tapi suka hadiahkan saja.

Motor Sym untuk Sahabat

Meja Skogsta IKEA ( ala-ala jer laa) ! Meja makan 8 seater

1 MAY 2021
Tada dah siap pasang.
Malam adik datang berbuka puasa, malam yang sama meja sampai. TAPI sebelum tu kena berbuka di bawah, sebab meja sampai malam lepas maghrib. 🙂

Dan, inilah meja makan pilihan UN untuk gantikan meja makan yang lama. Alhamdulillah rezeki lebih dapat juga meja idaman, walaupun bukan lah daripada IKEA. Tapi konsep lebih kurang sama dengan Skogsta tu. Dapat la juga setelah sekian lama memendam perasaan. Cewah.

Bunga meja dan side table

Meja makan ini diserikan lagi dengan bunga meja hasil gubahan daripada sahabat UN. Kalau perasan meja hujung tu, ada 2 biji kerusi dan 1 meja bulat. Ha, bila dah tak ada orang dapat datang beraya, maka UN pindah jadikan side table letak seperti gambar dibawah. Okay lah untuk duduk seketika untuk rehat sambil melayari henset.

Pinggan lawa ni daripada : European Kitchen Ware . Dalam wish list portmeirion kitchen ware. Sikit lagi kena penuhkan tabungan, nak beli tapi dah terjebak dengan KEHH! hahaha hancus!

Set ini dalam 1 harga dengan set meja makan. So secara tak langsung dapat side table juga.

Meja makan Skogsta IKEA ( hahaha berangan ), tapi meja ini selesa dan lebih luas , pelbagai guna

Meja makan Skogsta IKEA

Alhamdulillah tak risau lagi menerima tetamu ramai. Nanti lepas PKP jemput datang ya, kita buat open house lagi 🙂

Meja makan Skogsta IKEA

Walaupun tak mewah seperti syurga orang lain, tapi ini syurga kami. KAMI meraikan kehidupan kami seadanya. Tapi ingat banyak mana gaji , jangan silap melabur kepada benda yang tidak pasti. Gaji kita untuk meneruskan kehidupan harian biasa, tidak mewah tetapi boleh hidup. Jangan silap melabur terutamanya kepada kenderaan H atau apa-apa jenama yang membuatkan anda terbeban dengan hutang, akhirnya benda jadi susut nilai. Tapi melaburlah kepada sesuatu yang bernilai seperti emas atau rumah.

Meja makan Skogsta IKEA
Meja makan Skogsta IKEA

Syukur dengan rezeki kami ada. Ini pun sekarang meja makan ni juga jadi meja belajar untuk anak-anak sepanjang PDPR. Kalau hari Umi kerja, sebelah untuk letak makanan, another side untuk belajar. Jadi semua terhidang atas meja. Tiada alasan tidak belajar dengan baik. Ini pun siang malam, kelas dengan Fly High Training Centre pun kat atas meja yang sama. Semoga keselesaan ini akan memberikan anak-anak semangat untuk belajar lagi baik. Amin.

11 thoughts on “Meja makan Skogsta IKEA (ala-ala jerrr) , ganti meja lama”

  1. SalJohari says:
    06/09/2021 at 4:25 pm

    Teringin sungguh nak ada meja makan gitu .. dan yang dok ada kat rumah ni (reta gomen) pun banyak jasa sebab situla tempat meeting… situla tempat anak-anak study .. selain dari tempat makan . Gunakan sepenuhnya selagi boleh…hehehe

    Reply
    1. umminani says:
      06/09/2021 at 4:36 pm

      InsyaAllah kak , nnt pindah rumah sendiri dapt yg lagi elokdaripada ni.

      Reply
  2. azni says:
    06/09/2021 at 4:25 pm

    pasnih tukar sofa pulak hehehhheheh…. racun .. racun …

    Reply
    1. umminani says:
      06/09/2021 at 4:38 pm

      kak , sofa baru beli juga ni tahun 2019 , tunggu sat bagi buruk sikit. 🙂

      Reply
  3. Huda Halid says:
    06/09/2021 at 5:11 pm

    cantik rumah UN..tahniah dpt beli meja baru.

    Reply
    1. umminani says:
      06/09/2021 at 5:34 pm

      tq Huda. alhamdulillah tempat berteduh

      Reply
  4. Hafiza Aizzawa says:
    06/10/2021 at 11:45 am

    Cantiknya meja makan, hipster gitu.. rumah UN pun kemas la.. selesa btui..

    Reply
  5. Julia Johari says:
    06/19/2021 at 3:10 pm

    Cantik un, 8 seaters puas ramai orang boleh duduk.
    Ahamdulilah.

    Reply
    1. umminani says:
      06/19/2021 at 9:49 pm

      YA ALHAMDULILLAH . doakan covid lekas habis ,

      Reply
  6. Aisya Ismail says:
    06/29/2021 at 11:24 am

    Ai suka meja makan kayu macam tu. Cantik sangat.

    Reply
  7. ket says:
    12/22/2022 at 1:14 pm

    Salam,
    Mohon share beli mana meja ni, cantik…

    Reply

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badgeShow more posts

Kelab Blogger Ben Ashaari

POST TERKINI

  • Happy Birthday Along
  • 15 Tahun sebagai pegawai polis
  • Jalan-jalan ke Hatyai 2023
  • PERKEP Masak Bubur Asyura 2023
  • Jalan-jalan di Alor Setar , Kedah

UMMINANI

BLOG KAWAN MAYA

  • Sambal ikan bilis belimbing buluh
    Published on 2023-09-26 By Ana Jingga
  • 9 Kelebihan Celtic Sea Salt (Lebih Baik Daripada Himalayan Salt!)
    Published on 2023-09-26 By Dr Rizal Abu Bakar
  • Siaran Langsung JDT vs PDRM Live Streaming 27 September 2023 LS22
    Published on 2023-09-26 By Azhafizah MN
  • Bila ada anak dan rumah sentiasa bersepah
    Published on 2023-09-26 By cikguzim
  • ORDER NASI GANJA SECARA ONLINE, MUDAH DAN SENANG
    Published on 2023-09-25 By Nadia Johari
  • Style with Waist Trainers – The Perfect Solution for Workouts
    Published on 2023-09-25 By Ana Suhana
  • Travelog Thailand 7 : Cerita Sambung Konvoi Kelab Aruzr ke Hatyai
    Published on 2023-09-25 By Marina Bashah
  • Pengalaman Sertai Larian FITMALAYSIA Kuala Lumpur 2023
    Published on 2023-09-24 By Bro Framestone
June 2021
M T W T F S S
 123456
78910111213
14151617181920
21222324252627
282930  
« May   Jul »

Meta

  • Log in
  • Entries feed
  • Comments feed
  • WordPress.org

Meta

  • Log in
  • Entries feed
  • Comments feed
  • WordPress.org
June 2021
M T W T F S S
 123456
78910111213
14151617181920
21222324252627
282930  
« May   Jul »

Carian

Arkib

© 2023 Umminani | Powered by Superbs Personal Blog theme