pkp sambung lagi

PKP sekarnag nampak sangat longgar kalau banding dengan PKP 1.0 . Masa tu sunyi sepi. Kini nak tengok suasana sunyi lepas 8 malam. Semalam balik dari suntik Vaksin, dalam 8 pm dari MITEC memang sunyi.

Cari McD pun tutup, apa-apa kedai makanan pun tutup. Last balik makan dirumah je la. Dan kalau nak isi minyak kena lalu atau isi kat highway. Jadi kami isi minyak di highway Grand Saga, itu je yang buka selepas 8malam.

Kalau PKP sambung lagi;

  1. Sokong- sebab kawal pergerakan orang ramai, tak ada lah yang berani nak merantau sana sini. Jenuh tengok frontliners kerja.
  2. Boleh sambung , sebab dengan syarat ramai yang WFH buat kerja masing-masing. Dan perbankan dan lain-lain operasi penting dibuka walaupun pada skala kecil. Ini tetap memudahkan urusan orang ramai.
  3. Masih boleh cari rezeki , tengok ramai orang buat food panda , grab food dll. Cuma ini bukan masa nak deman gaji atau bayaran yang mahal.
  4. Buat je apa-apa kerja, kalau dapat bayaran lebih rezeki. Peniaga makanan, buat marketing online kat group wassap dll, ramai je nak beli tu. Sebab macam kami , masih bekerja macam biasa, namapun frontliners. Cuma kalau pejabat lebih 5 org positif baru WFH.
  5. Kongsi rezeki dengan orang yang tiada. Mudah , dan tak semua perlu disebarkan pada siapa kita memberi. Jangan berprasangka yang membisu tak membantu.
  6. Pembelajaran – PDPR 3.0 ? Kalau rasa anak tak boleh catch up dengan cikgu, sebab asyik-asyik bagi kejra rumah tanpa mengajar – daftar anak ke Fly High Training Centre. insyaAllah tak banyak tapi kelas berjadual dan lebih fokus. InsyaAllah.
  7. Lain-lain kalau PKP sambung lagi, tak ada isu, tak perlu nak simpan stok bertahun, Malaysia masih mampu suply makanan dengan baik. Cuma kalau geng preppers tu okay, persediaan jangka masa panjang. Boleh je buat.

Lain-lain kita doakan COVID19 segera hapus dari bumi kita. Amin

3 thoughts on “PKP disambung lagi?”
  1. memang dah runsing covid19 nih. nak sangat balik ke norma baru tapi bila tengok data macam susah jer sbb kilang2 byk kerja lagi kan.

  2. Banyak masa lapang dan perkara berfaedah boleh laksanakan sepanjang BDR ni kan UN, mcm juju pun sama byk mencuba resipi variasi makanan luar negara. Secara tak langsung dpt hilangkan sedikit kerinduan travel tu hehe

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *