Grannies Nasi Dagang Delivery KL ; Terlaris Di KLCC

Assalamualaikum. Craving NASI DAGANG ? Dah terasa nak jalan-jalan ke Terengganu , nak menikmati keenakkan rasa makanan di sana? Yer kan? Sis pun sama, cuma dalam keadaan sekarang , masa masih tidak mengizinkan. Pasa masa yang sama, UN sendiri teringin nak makan nasi dagang yang pernah UN cuba satu ketika dulu iaitu Grannies Nasi Dagang yang terlaris di KLCC. Mudahnya sekarang mereka dah buat delivery dalam Lembah Klang, Putrajaya sehingga Dengkil sana.

Grannies Nasi Dagang Delivery KL ; Terlaris Di KLCC

Menikmati rasa nasi dagang ni tak boleh sorang-sorang, kena ada geng, barulah bila berebut tu rasa nikmat makanan kan. Jadi untuk makan dengan family, sekarnag ni mereka ada buat promo, Grannies Jumbo Fiesta KENYIR dan KUALA. Kami yang ambil Kenyir pun dah cukup untuk 6 orang makan. Lauk-lauknya sangat banyak.

Grannies Nasi Dagang Delivery KL ; Terlaris Di KLCC

Bab rasa :

Rasa nasi dagang Grannies ini, memang rasa asli air tangan ibu. Rasa original , Grannies Nasi Dagang @ Nasi Dagang Nenek.

Grannies Nasi Dagang Delivery KL ; Terlaris Di KLCC

Untuk 1 family besar , set ini sangat berbaloi Udang / Ayam / Ikan dan Telur memang cukup sedap. Spesial Grannies Nasi Dagang ni menggunakan beras brasmathi terbaik. Jadi makanan memang sedap dan berbaloi untuk kita beli dan menikmati dengan keluarga.

Grannies Nasi Dagang Delivery KL

Grannies Nasi Dagang Delivery KL ; Terlaris Di KLCC
Tempahan untuk rakan pejabat, brunch la kami dengan nasi dagang ni.

Sempena PKP ini, mereka tawarkan Nasi Dagang Delivery di Kuala Lumpur /Lembah Klang / Putrajaya dan kawasan sekitar. Kalau kos penghantaran ikut rate speedy delivery ya. So, kalau ramai-ramai ini, kongsi bayar kos penghantaran pun sangat berbaloi dah.

Grannies Nasi Dagang Delivery KL ; Terlaris Di KLCC
Grannies Nasi Dagang Delivery KL ; Terlaris Di KLCC

Kalau dah rasa nak cuba nasi dagang ni, awal pagi order terus, dan bagi tahu masa delivery, kalau nak sampai 10 pagi, memang tepat 10 pagi sampai tau. Korang jangan salah send location sudahlah. Nanti kelaparan menunggu nasi tak sampai-sampai.

Untuk set Value Pack dan Jumbo Pack ini, pakej ini sangat ideal dengan kita yang berkerja. 1 set pun dah kenyang untuk brunch atau makan waktu lunch. Cuma lagi sedap, dapat je makanan, terus makan. Memang sedap, nasi dagang di balut dengan daun pisang betul-betul daun yer, memang bau pun dah sedap.

Rata-rata kawan-kawan pejabat yang beli hati tu , mereka kata sedap. Memang terasa ‘Nasi Dagang Asli’. Jadi kalau korang pun teruja nak cuba nak makan nasi dagang, zaman PKP ini banyak kedai masih tutup. Jadi order je online, insyaAllah dapat pada masa yang tepat. Apa-apa ada details di Instagram dan Facebook depa. Selamat menjamu selera

Grannies Nasi Dagang : (Cerita Sebalik Kejayaan Grannies Nasi Dagang) .
IG : Grannies Nasi Dagang Premium

FB : Grannies Nasi Dagang Premium

One thought on “Grannies Nasi Dagang Delivery KL ; Terlaris Di KLCC”

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *