Hadiahkan motor kat orang …

Hadiahkan motor kat orang ; nekad dan rasa tenang tak boleh explain...

Bismillahirrahmanirrahim.. first sebelum aku tulis panjang lebar.. aku niat nak tulis ini untuk supaya anak-anak dan lebih ramai orang berani buat dalam bab sedekah, terutama anak-anak aku sendiri. Actually, niat datang secara tiba-tiba, masa tu otw dari ambil stok Kopi Pegaga di HQ.. masa otw balik rumah, sembang atas motor je dengan suami, kat highway Silk..ingat lagi. Ntah tak ingat apa topik kami, last2 rasa sebak..and UN kata kat suami, nak hadiahkan motor kat orang la.. tapi tak tahu siapa..kita ni kena buat banyak pahala. Kita bukan orang berada, kadang rezeki kita pun mungkin kerana orang lain.

Dan, lepas cakap-cakap tu, UN tak nampak lain dah, nampak KBBA9 sahaja. Dalam komuniti ini, kami bukan sahaja macam keluarga tapi saling support. Kami tak kenal satu sama lain pun asalnya, tapi jumpa dalam group wassap. Ada pelbagai latar belakang…

Hadiahkan motor kat orang , niat memberi , allah ganti yang lebih baik.

UN tanya dalam group, “Ada sesiapa nak motor? Free…”, mana ada orang percaya, tambah dalam keadaan ekonomi sekarang dan zaman sekarang ada ke orang nak bagi motor free. ada yang main-main la… its okay..depa tak tahu yang aku benar-benar serius. Masa atas motor tu pun, aiir mata bergelinang, aku pun tak tahu kenapa Allah swt lorongkan hati aku buat keputusan yang besar macam ni.

Hadiahkan motor kat orang ; orang kaya pun belum tentu…

Suami cakap apa, ” Sayang, betul ke? la ni orang kaya pun belum tentu buat gitu tau…apa benda la semua duit..!” aku jawab, ” Ye b, serius ..memang nekad… ada rezeki kita nanti.. mudahkan urusan orang lain”. Dan orang yang pertama serius dalam group tu adalah Qaseh.. and yes i know her too… aku wasaap dia tanya : Yerla, ada ke orang nak motor 2nd hand je kan…

Hadiahkan motor kat orang ; sedekah dan keajaiban

Serius laa.. dan aku memang nekad bagi kat Qaseh. Dia sampai tak percaya..aku lagi tak percaya. Suami sendiri pun macam tak percaya. Aku cakap apa kat suami, “Ingat dak , dulu kita bagi motor kat Pak Ndak E, 2014 gitu.. dan lepas tu rezeki motor kita banyak…” Kalau tak kurangnya space kat rumah macamna nak masuk yang baru kan… “.. Suami yakin dengan kata-kata aku. Dia support je apa aku buat walaupun selepas beli suami yang maintainance motor tu. Motor yang aku beli dengan kos RM5K tu aku bagi free je pada Qaseh.

Tak ada niat apa pun, ntah Allah lorongkan semuanya dalam hati aku. Aku harap mereka doakan aku dan keluarga sahaja. (rasa nak menangis tulis ni..bergenang air mata aku ..). Malam tu aku sembang dengan suami, aku cakap ini rezeki Qaseh, and kita ni tak tahu apa amalan dia dan suami sehingga Allah gerakkan semuanya berpihak pada dia..walhal benda berlaku “unplan”… Allah knows the best!

Hari yang dijanjikan – tiba juga

Hadiahkan motor kat orang ; nekad dan rasa tenang tak boleh explain...

Hari yang dijanjikan tiba juga… Sabtu 3 Oktober 2020, Qaseh dan suami datang rumah dan motor bertukar tangan.Aku tak ada apa apa perasaan pun, dah memang rasa lapang dada…something cannot explain. Even motor 2nd tapi aku rasa senang. RASA yang sukar nak explain. And aku niat kalau siapa-siapa dapat pun, moga dia gunakan untuk kearah kebaikkan. Aku tak minta apa-apa pun daripada penerima melainkan doa. Aku tahu ramai lagi tengah jalani hidup sukar..apa salahnya berkongsi kegembiraan. Jangan salah faham, bukan tak mahu bagi pada adik beradik, tapi kita lebih kenal adik beradik kita, dan siapa lebih perlukan. That’s all!.

Hadiahkan motor kat orang ; nekad dan rasa tenang tak boleh explain...

Aku harap semoga apa aku buat walaupun tak banyak dan bukanlah sesuatu yang besar, tetapi dapat memudahkan urusan mereka dan keluarga. Serta kami sekeluarga pula sentiasa murah rezeki.

naik pangkat Inspektor ke ASP
Naik pangkat Inspektor ke ASP , dari 2 ketul atas bahu jadi 3 ; 41 ke 44

Sambung… kejadian dealing nak bagi motor 15 Oktober 2020 , benar kata Allah swt , janji Allah itu pasti. 23 Oktober 2020 , dapat berita mengejutkan aku antara insan pilihan Allah swt , dapat naik pangkat dari Inspektor ke ASP.. suatu yang langsung tidak aku duga.. Adakah ini kurniaan Allah asbab aku bersedekah..hanya Allah yang tahu.

Posting ini bukan nak meletakkan ia sebagai riak, tetapi nak share betapa besarnya hikmah sedekah dan hikmah atas sesuatu yang Allah swt gerakkan dalam hati kita. Sebab kita tak tahu apa akan jadi kedepan , walaupun 5minit akan datang. Allah… Semoga jadi iktibar , dan didik jiwa kita untuk terus memberi walaupun sekecil-kecil perkara. Ikhlas dan tenang itu yang kita rasa, bukan apa yang orang lihat dan dengar. Allah..semoga bermanfaat. Aku suka lihat orang lain senang, atas apa mereka usahakan. Kita ini tiada apa-apa , semua pinjaman daripada Allah swt, cuma dengan aku > jangan bohong, jangan menipu..jangan cakap besar, aku pantang bab ini!.. Sekian. Wallahualam.

17 thoughts on “Hadiahkan motor kat orang …”

  1. speechlesss baca dan tgk apa nani n family buat,eddy pun kata payah nak jumpa org macam ni….semoga terus berjaya dunia akhirat ye.

  2. Berlinang jugak air mata ni baca. Qaseh harap qaseh pun ada sifat meredhakan dan melepaskan sesuatu dengan penuh keikhlasan hati . Tq so much again kak, semoga diperluaskan rezeki :’)

    1. tq Fir, jadi rakan dan sahabat yang baik.. amin semoga fir juga murah rezeki dalam pelbagai lapangan dan juga apa yang fir buat. Amin

    1. thank you mama, ya sama2 kita doakan orang sekeliling happy, dan tq juga mendoakan kami. InsyAllah semakin banyak reeki, allah buka lebih banyak ruang untuk sedekah.

    1. Dini, ya..Allah beri dan dia uji kita dengan pelbagai cara, asbab mungkin dari sini un dapat naik pangkat.. syukur, beranilah memberi wpun sekecil-kecil perkara. yang penting ikhlas.

    1. UN doakan semua orang boleh bagi yang terbaik pada orang lain, un ini sahaja yang termampu buat masa ini.

    1. ya AI.. semoga kita semua terus bernai ldm berbuat baik dan allah bukakan pintu2 rezeki kita semua. InsyaAllah

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge