Skip to content

Umminani

Lifestyles

Menu
  • Home
  • PENULIS
    • Umminani /Lifestyles
    • Rencah Hidup
    • Cuti/Travel
  • KBBA9
    • Review/Isu
    • Makanan/Resepi
  • Penafian
Menu
Interview kenaikkan pangkat ASP

Gaji Inspektor Polis 2022 ; kemasukkan degree

Posted on 06/08/202112/26/2022 by umminani

Ada yang bercita-cita hendak bekerja sebagai pegawai polis? Mohonlah , jika benar-benar berminat. Jangan hanya memohon untuk dapatkan pekerjaan kerana kekangan kerja dan faktor kewangan. Nawaitu bekerja biarlah seiring dengan niar dan kebolehan. Kerja kena ada jiwa dan perasaan , barulah kita semua dapat memberi perkhidmatan yang terbaik kepada masyarakat. Sekali dah masuk dan sarung pakaian uniform polis, ingat Slogan “Polis Sedia Berkhidmat”. Gaji Inspektor Polis 2021 ini hanya sebagai panduan awal. Tetapi gaji berbeza setelah anda pamerkan degree yang anda miliki. Rujuk bahagian pengambilan ya.

Bagi yang layak semua Warganegara Malaysia yang berkelayakan dengan memenuhi semua syarat yang telah ditetapkan dialu-alukan untuk memohon jawatan kosong dalam PDRM ini.

SEBElum hadir ke mana-mana interview, buat lah persediaan. Ambil tahu kepimpinan terkini PDRM dan juga isu-isu semasa. Penting untuk tunjukkan minat dan persediaan untuk menjadi sebahagian daripada warga PDRM.

Bagi yang memohon jawatan Inspektor, disarankan untuk mengambil tahu serba sedikit berkenaan deskripsi tugas bagi jawatan Inspektor Polis Gred YA13. Biasanya bagi kemasukkan baru , selepas latihan pegawai baru akan ditempatkan sebagai pegawai penyiasat PDRM.

Gaji Inspektor Polis 2022

Interview kenaikkan pangkat ASP  Gaji Inspektor Polis 2021

Jadual Gaji Jawatan Inspektor Polis Gred YA13

 Gaji Minimum RM 2,502.00
 Gaji Maksimum RM 9,803.00
 Kadar Kenaikan Gaji Tahunan RM 230.00
  • Elaun Tetap Perumahan: RM 450
  • Elaun Cola: RM100 – RM 350
  • Elaun Khidmat Awam: RM 300
  • Elaun Khas PDRM: RM 200
  • Elaun Seragam: RM 500
  • Elaun Istiadat (3 tahun sekali): RM 3050
  • Elaun Kasut: RM 300

Kelayakan Fizikal

Pemohon-pemohon hendaklah mempunyai ukuran fizikal dan pancaindera seperti berikut:

  1. Tinggi sekurang-kurangnya 163 sm (lelaki) dan 157 sm (wanita) tanpa bersepatu.
  2. Berat badan sekurang-kurang 50 kg (lelaki) dan wanita sekurang-kurangnya 48 kg. (Masa minta polis berat saya 100kg, diterima masuk dan keluar daripada recruit berat dicapai adalah 71kg).
  3. Mempunyai ukuran Indeks Jisim Badan (BMI) di antara julat 19 hingga 26.
  4. Ukuran lilitan dada biasa 81 sm (normal) dan semasa menarik nafas 86 sm (lelaki sahaja).
  5. Lulus ujian penglihatan bagi mata kiri dan kanan yang diuji berasingan dengan ketetapan V/6/9 tanpa menggunakan alat bantuan.
  6. Pengecaman warna dan pendengaran yang tidak cacat.
  7. Diperiksa dan diperakui sihat untuk berkhidmat oleh pengamal perubatan berdaftar (kerajaan).

Nasihat daripada saya insan yang baru 12 tahun dalam perkhidmatan.

Biarpun gaji yang ditawarkan seperti di nyatakan, jika anda di tawarkan menjadi sebahagian daripada warga PDRM, hargailah. Yang penting ada kerja, dan uruskan kewangan dengan baik. Adik-adik yang baru, plss, elak daripada ikut ikutan dalam kehidupan.

Pakailah semampu gaji , waima kenderaan atau pakaian. Sebab gaji ini cukup untuk makan dan pakai dan menyara keluarga. Namun, kalau anda ikut gaya hidup mewah yang meletakkan kenderaan sebagai kayu ukur, percayalah gaji banyak pun takkan cukup.

Usaha untuk memiliki rumah seawal dalam perkhidmatan. Biar nampak tak mewah, tapi selepas 10 tahun anda dah ada rumah yang mungkin boleh refinance dan boleh buat modal untuk setle hutang PTPTN atau apa juga hutang yang dibuat pada wal 10 tahun dalam kerjaya. JANGAN rasa terhina pakai kereta MALAYSIA, yang penting cukup makan dan ada rumah serta dana persaraan masa depan.

Sabar, kerja dengan ikhlas. Jaga Allah , Allah jaga kita. Usah berdengki dengan rakan sekerja, doakan mereka doakan diri sendiri, bila tiba masa kenaikkan pangkat Allah akan beri pada mereka yang selayaknya. Letakkan kepercayaan kepada Allah , dan bekerja kerana Allah swt.

Interview Kenaikkan Pangkat ke ASP

Jadual Gaji Jawatan ASP Polis Gred YA16

Gaji Inspektor Polis 2021
 Gaji Minimum RM 4009.00
 Gaji Maksimum RM 10,908.00
 Kadar Kenaikan Gaji Tahunan RM 255.00
Ini gaji basic belum di campur dengan elaun. Jadi overal selepas 10-12 tahun boleh cecah RM6-7K.

Permohonan Inspektor Polis boleh dibuat disini :

https://epengambilanpdrm.rmp.gov.my/login.aspx

Doa dan yakin bahawa setiap ketentuan itu Allah yang aturkan untuk kita. Jika masih mencari pekerjaan, semoga anda akan dapat apa yang diharapkan dan impian terlaksana. Jika masih berbelah bagi, doa banyak-banyak semoga jika pasukan PDRM adalah pilihannya, ia akan jadi kerjaya yang berkat dan memberikan manfaat untuk anda, keluarga dan masyarakat. InsyaAllah. All the best.

10 thoughts on “Gaji Inspektor Polis 2022 ; kemasukkan degree”

  1. azni says:
    06/08/2021 at 4:42 pm

    wah .. not bad jugak gaji inspektor polis nih .. patutlah nampak nani pun senang hehhee macam-macam shopping tu. Happy untuk nani and family.

    Reply
  2. Allene says:
    06/08/2021 at 8:46 pm

    Suka kerja beruniform cmni… Boleh share info ni dgn Kwn2…

    Reply
  3. SalJohari says:
    06/09/2021 at 4:36 pm

    Perkongsian yang menarik . Mudah nak refer . Nanti K.Sal share ngan student praktikal kat office. Mana tahu rezeki dyorang dapat masuk PDRM kan.

    Reply
    1. umminani says:
      06/09/2021 at 4:37 pm

      InsyaAllah kak , nnt pindah rumah sendiri dapt yg lagi elokdaripada ni.

      Reply
    2. umminani says:
      06/09/2021 at 4:37 pm

      WAH .. tq kak . nnt share le info gaji navy

      Reply
  4. Aisya Ismail says:
    06/12/2021 at 5:16 pm

    Baru tau gaji polis macam mana. Dulu-dulu pernah nak jadi polis, tapi bukan sebab minat sebab kawan ajak. hahaha. Tapi syarat awal-awal ah tak boleh join sebab tak cukup tinggi.

    Reply
  5. Muttaa says:
    10/23/2021 at 9:47 pm

    Pegawai atas sedap la..pegawai rendah ni langsung terbeban tau lg2 yg duduk kwsn bandar..gaji dgn komitmen mmg xcukup sbb tu la anggota polis byk terima rasuah..dh gaji pun ciput kerja mcm hamba 200-300 jam sebulan hurm..

    Reply
  6. Dr. Drew says:
    01/16/2022 at 5:18 pm

    Syukur dengan gaji yang ada. Basic gaji tu nampak ok dah, RM2.5k untuk yang fresh graduate degree. Manakala elaun tu agak memikat. Berbanding dgn mereka yang berkhimat di sektor swasta yang mana kebanyakan hanya bergaji basic sahaja.

    Reply
  7. Uverma says:
    09/11/2023 at 5:43 pm

    Lepasan degree…Mohon utk polis..lulus temuduga..masuk training kan?
    Training tu berapa lama ya..training fizikal dan bertulis ke?
    Masa training dapat Elaun tak?

    Reply
    1. umminani says:
      09/15/2023 at 10:32 pm

      Masa training dapat gaji basic/ zaman saya setahun training, 2008. Ada yang 9 bulan ada yang setahun. Training fizikal dan ada juga akademik (paper undang-undang).

      Reply

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badgeShow more posts

Kelab Blogger Ben Ashaari

POST TERKINI

  • Happy Birthday Along
  • 15 Tahun sebagai pegawai polis
  • Jalan-jalan ke Hatyai 2023
  • PERKEP Masak Bubur Asyura 2023
  • Jalan-jalan di Alor Setar , Kedah

UMMINANI

BLOG KAWAN MAYA

  • ORDER NASI GANJA SECARA ONLINE, MUDAH DAN SENANG
    Published on 2023-09-25 By Nadia Johari
  • 15 Hotel Near KLIA (Kuala Lumpur International Airport) Sepang
    Published on 2023-09-25 By dorsett pink
  • Majlis kesyukuran cucu pertama
    Published on 2023-09-25 By Ana Jingga
  • Style with Waist Trainers – The Perfect Solution for Workouts
    Published on 2023-09-25 By Ana Suhana
  • 9 Kebaikan Minum Teh Oolong Untuk Kesihatan
    Published on 2023-09-25 By Dr Rizal Abu Bakar
  • 10 Pilihan Sunscreen Watsons yang jadi pilihan
    Published on 2023-09-25 By azni
  • Hair Removal Laser Treatment Terbaik Di Klinik Dr Bazilah Bangi
    Published on 2023-09-25 By Eyqa Hasnan
  • LIRIK LAGU PEJAM - KHAI BAHAR & ADIRA SUHAIMI
    Published on 2023-09-25 By Azhafizah MN
  • Travelog Thailand 7 : Cerita Sambung Konvoi Kelab Aruzr ke Hatyai
    Published on 2023-09-25 By Marina Bashah
  • Pengalaman Sertai Larian FITMALAYSIA Kuala Lumpur 2023
    Published on 2023-09-24 By Bro Framestone
June 2021
M T W T F S S
 123456
78910111213
14151617181920
21222324252627
282930  
« May   Jul »

Meta

  • Log in
  • Entries feed
  • Comments feed
  • WordPress.org

Meta

  • Log in
  • Entries feed
  • Comments feed
  • WordPress.org
June 2021
M T W T F S S
 123456
78910111213
14151617181920
21222324252627
282930  
« May   Jul »

Carian

Arkib

© 2023 Umminani | Powered by Superbs Personal Blog theme