Toshiba 7KG Sensedry Tumble Dryer TD-H80SEM

Toshiba 7KG Sensedry Tumble Dryer TD-H80SEM Review – Ramai yang mencari Dryer untuk kegunaan dirumah. Berbaloikah untuk miliki Dryer toshiba ini? Ya , kalau pandangan peribadi untuk kegunaan seisi rumah. Kami dirumah ini kapisiti 6 orang, dengan kegunaan harian sehari sekurangnya 2 kali , boleh dikatakan amat berbaloi untuk digunakan. Walaupun dryer membantu, tetapi sidai kain di bawah cahaya matahari juga ada faedahnya.

Toshiba 7KG Sensedry Tumble Dryer TD-H80SEM – Video Review

Video ini setelah setahun gunakan dryer ini, Alhamdulillah setelah setahun, sangat puas hati memakai Dryer Jenama Toshiba ini. Beli online di Lazada atau di mana2 kedai elektrik. – Toshiba 7KG Sensedry Tumble Dryer TD-H80SEM

Dimana nak beli Dryer ini?

Toshiba 7KG Sensedry Tumble Dryer TD-H80SEM

Dryer ini boleh dibeli secara online di Kedai Elektrik atau di LAZADA / Shopee. Harga bergantung kepada promosi semasa. Kami beli ketika itu dengan harga RM899.00 dan kos penghantaran RM34.30. Berbaloi? Yer sekali lagi memang berbaloi untuk di beli.

Penghantaran terus ke PINTU

Toshiba 7KG Sensedry Tumble Dryer TD-H80SEM

Penghantaran agak lambat kerana ianya mengikut trip lori. Jadi jangka masa penghantaran dalam tempoh 1 – 2 minggu. Masih berpuas hati juga, delivery selamat dan terjamin barang sampai di tangan dengan keadaan baik.

Toshiba 7KG Sensedry Tumble Dryer TD-H80SEM

Overall, untuk yang berhajat memiliki dryer ini, tahniah dan saya akui boleh di percayai seller ini dan barang samoai dengan baik. Dari segi kualiti panas dan juga keselamatan, alhamdulillah setahun sudah pakai dryer ini, masih elok dan nampak masih baru. Tidak susah untuk menggunakan dryer ini.

Awas!!

Kalau baju terlebih 7 kilo selepas spin, jangan masukkan dalam dryer ini. Kapasiti dryer hanya 7kg. Jadi bahagi kepada 2 bahagian dan masukkan seperti mana saranan supaya dryer ini kekal lama dalam keadaan baik dan terus berkhidmat untuk keluarga.

Toshiba 7KG Sensedry Tumble Dryer : Bagaimana kami sekeluarga gunakan dryer ini?

Paling lambat kami cuci pakaian harian adalah menjelang maghrib setiap hari. Selesai solat maghrib, baju kotor akan dicuci. JADI dalam tempoh 40-45 minit , baju siap dibasuh dan baju dipindahkan ke dalam dryer. Tindakan ini boleh dilakukan oleh kanak-kanak biasa juga tanpa mengira umr.

Masukkan baju yang telah di spin dengan kapasiti yang disyorkan. InsyaAllah, pakaian yang dicuci dapat dikeringkan dalam tempoh 1 alam tanpa perlukan ampaian dan juga hangger yang banyak.

Masih nak tahu berbaloi atau tidak, Ya berbaloi!

Selamat membeli belah, sekian review daripada saya.

Baca juga :

Ecoramic Frying Pan

Russell Taylor Bread Maker

7 thoughts on “Toshiba 7KG Sensedry Tumble Dryer TD-H80SEM Review”
  1. Wishlist jugak ni !! Cuma lom ada rezeki lagi. Tambah bila keluarga besar..macam dah satu keperluan kena ada dryer . Taklah pening kepala sangat kalau hujan

    1. ya kak , pastu tugas tu serah kat anak yang sulung untuk monitor adik2 lipat kain .. kita rest , gitu.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *