Skip to content

Umminani

Lifestyles

Menu
  • Home
  • PENULIS
    • Umminani /Lifestyles
    • Rencah Hidup
    • Cuti/Travel
  • KBBA9
    • Review/Isu
    • Makanan/Resepi
  • Penafian
Menu

Ecoramic Frying Pan Diamond Coating Media Shop TV AL Hijrah

Posted on 08/11/201707/12/2019 by umminani

Hi semua, salam Jumaat. Assalamualaikum. Tengah buat apa tu? Tengah masak ke? Ehm, kalau nak resepi boleh usha kat sini , Ayam masak merah paling sedap, apa resepinya?, Resepi kari daging yang simple dan cepat dimasak, Resepi Gulai Lemak Ikan Tongkol Ringkas Dan Mudah. Ini sebahagian jer, nak banyak lagi resepi boleh ke blog NinaMirza.Com atau Saidila.com. Tapi bukan nak cakap pasal resepi hari ini, isunya nak cerita Mr Suami terjebak membeli di Media Shop TV Al Hijrah , yang dibelinya adalah Ecoramic Frying Pan Diamond Coating.


Ecoramic Frying Pan Diamond Coating

Yang Ummi excited nak cerita tau sebab apa? Ehm, serius berbaloi beli masa siaran. Kos semua ni baru RM279.00 Kalau nak beli masa bukan waktu siaran langsung, huh! Peluh jugak.. harga boleh tahan! Jika sebelum ni dah ada magic pan Vantage la dan juga ada periuk jenama sama, tapi kualitu tak best sangat. Melekat juga bila masak! Stress wei, masa beli promoter siap cakap tak melekat, tapi hampeh!

Bila mula-mula dapat tu, excited nak simpan… hehehe bukan excited nak gunakan. Tapi bila masuk dapur, ehm..ni macam wajib rasmi jer Ecoramic Frying Pan Diamond Coating ni. Yer la, masak asyik melekat jer kalau guna kuali biasa. Tambahan kalau masak Ayam Masak Merah ke atau seangkatan dengannya, sementara nak tunggu masak tu, bawah asyik kena kacau jer tak bagi hangit.

Tapi bila guna Ecoramic Frying Pan Diamond Coating , serius mudah. Kiranya kalau ada kena vote Ummi bagi 5* tau. Mudah gila buat kerja rumah dengan Ecoramic Frying Pan Diamond Coating ni. Thank you sayang , lovely husband yang hadiahkan Ummi set ini.. Heheheh dalam erti kata lain, suami nak suruh rajin masak! 

Saiz Ecoramic Frying Pan Diamond Coating

Bagi Ummi untuk keperluan harian seisi rumah memang sesuai sangat set ini. Saiz kira dah cantik sangat. Tengok gambaran kat atas ini. Ini Ummi biasa gunakan untuk nak buat roti canai segera, goreng telur dadar , boleh juga buat lempeng(tak melekat 200% ) serius mudah.

Dan kalau yang dalam sikit ni, seperti gambar kat bawah tu boleh goreng mee dalam 3 bungkus maximum. Kalau buat kari, boleh masuk 2 ekor ikan talapia yang dah siap potong dan juga bendi serta tomato. Kiranya tu sebab Ummi cakap , saiz menang sesuai untuk keluarga 5-6 orang.

Bagi yang lain-lain pula, memang untuk kegunaan harian. Ummi baru gunakan 3 biji ni jer, yang lain simpan. Sayang sangat. Owh ya, lagi satu, set ini ringan tau. Mudah cuci dan kalau dah basuh tu, lap bagi kering, boleh terus sangkut jer. Tak jatuh walaupun gunakan hanger atau penyangkut yang beli kat DIY jer. Heheheh kemas dan tersusun jer rumah dan dapur.

Ecoramic Frying Pan Diamond Coating

Sebab Ummi dah cuba dah beli dan diyakini, Ummi percaya ramai lagi kat luar sana yang nak miliki set ini. Ini Ummi sertakan link untuk belian di website. Tapi kalau masa siaran langsung lagi murah. Jadi doakan masa menonton tu ada siaran tentang Ecoramic Frying Pan Diamond Coating ni. Boleh terus call jer. Masa penghantaran 3-5 hari waktu bekerja. Ummi bayar cash on delivery, wajib sediakan cash tau. Mudah sangat. Ummi dah ada dan guna. Jadi yang dah teringin lam atu , boleh masukkan dalam wishlist untuk miliki set ini. Atau sesuai untuk hadiahkan pada kawan-kawan yang nak berkahwin.

Link untuk belian  : http://mediashop.qstore.my

Itu jer nak share, nanti kalau sempat masa Ummi masak menggunakan Ecoramic Frying Pan Diamond Coating , Ummi snap gambar yer. Okay  bye.. jumpa lagi yer sayang-sayang.

BELILAH ECORAMIC PAN

Update : oleh Dr Rizal

Hari ni seronok lain macam. Wok granite coated with ceramic dah sampai. Lama dok cari akhirnya bertemu juga di dunia online.
.
Kita mungkin tak perasan antara penyumbang toksid kepada makanan ialah peralatan dapur yang kita guna. Kita punyalah jaga bab makan minum. Tetapi terlepas bab kuali, periuk dan wok yang kita guna setiap hari.
.
Selalunya tradisional cookware macam wok, periuk dan kuali diletak teflon coating. Tujuan dia tak nak kasi melekat. Ada jenis cookware dari aluminium dan copper. Semua ini dedahkan kita pada bahaya sebab kemampuannya lepaskan bahan kimia yang dapat mengubah hormon kita.
.
Saya ni bila nak beli peralatan cookware baharu mesti pening. Yang dijual selalunya non stick cookware. Saya memang akan elak beli non stick cookware sebab bahan kimia macam PFOA dan PTFE.
.
PFOA ni ialah “perfluorooctanoic acid”, sintetik ciptaan yang juga diguna untuk fabrik dan karpet kalis kotor. PFOA akan diserap ke dalam tubuh dan persekitaran kita. Itu yang bahayanya.
.
PFOA dikaitkan dengan gangguan kepada sistem endokrin dan risiko kepada kanser. Bukan itu sahaja. Ada penyakit lain lagi macam tinggi cholesterol, gangguan pada pundi kencing, kerosakan pada buah pinggang, kanser testicular pada lelaki, kerosakan liver dan darah tinggi.
.
Itu yang menakutkan. Macam silent killer tengah bekerja secara senyap. Kita ingat kita sihat. Tiba tiba diberitahu ada penyakit.
.
PTFE pula ialah for “polytetrafluoroethylene”, sejenis fluoropolymer yang mengandungi karbon dan fluorine. Dia nilah bagi non stick tu. Bahayanya tidak jauh dari PFOA.
.
Ada yang pilih guna copper cookware. Bahaya pada otak sebab copper toxicity.
.
Jadi nak selamat carilah cookware batu, berlian (haha kalau mampu), marble, Seramic, titanium, dan porcelain. Jenis jenis ini lebih selamat sebab selamat dari coating toksid dari teflon.
.
Granite cookware lebih selamat sebab dibuat dari batu dan disalut dengan seramik. Jadi bebas dari teflon, PFOA dan PFTE.
.
Untuk keselamatan kita kena tahu cara guna. Kena pastikan:
.
1. Kita panaskan pada api medium dan tinggi. Kaedah ini pastikan jangka hayatnya lebih panjang.
.
2. Sekiranya guna minyak, pastikan minyak yang sama diguna pada suhu medium dan tinggi ini. Jangan panaskan tanpa minyak.
.
3. Guna spatula kayu. Elakkan yang besi atau aluminium.
.
Kalau dah tercalar atas apa sebabkan pastikan wok kita campakkan dalam tong sampah. Memang mahal. Tapi kesihatan kita lebih mahal. Dan Cukai kesakitan itu lebih tinggi dan mahal lagi.
.
#DrRizal
P/s: saya juga berkongsi di grup telegram secara percuma. Boleh subscribe di https://t.me/neuroversiti.

13 thoughts on “Ecoramic Frying Pan Diamond Coating Media Shop TV AL Hijrah”

  1. dorsett pink says:
    08/11/2017 at 2:02 pm

    kita memang suka benda alah ni . dah lama mengidam nak beli ni, tapi tunggu tabung ayam penuh dulu, baru boleh beli. skrang ni masukan dalam #wishlist dulu

    Reply
    1. umminani says:
      08/13/2017 at 8:57 pm

      Bagus, masukkan dlm wishlist. Yang pasti ni beli sendiri bukan review berbayar. puas hati pakai, senang cuci periuk

      Reply
  2. anuar says:
    08/12/2017 at 7:13 am

    Tak sabar nak tunggu hasil masakan Umminani dengan menggunakan pekakasan dapur yang baru..
    anuar recently posted…3 Cara Buat Duit Melalui UBER!My Profile

    Reply
    1. umminani says:
      08/13/2017 at 8:56 pm

      Hahaah, masak jer selalu, cuma tak sempat la.nak ambik gambar bagai.hahaha

      Reply
  3. Husna says:
    08/13/2017 at 3:39 pm

    Kualiti dia terjamin ker…ada warannty ker….

    Reply
    1. umminani says:
      08/13/2017 at 8:55 pm

      warannty saya tak ingat berapa.lama, taoi quality tip top. Goreng mee atau masak sambal biar lama pun tak berkerak yang melekat tu. Kakau goreng telur dan buat lempeng memang best.

      Reply
  4. Pencari Makan says:
    08/15/2017 at 2:28 pm

    wahhh.. banyak nyopping ni… heheeh

    Reply
  5. Chandra Keshwar rao says:
    10/20/2017 at 3:24 pm

    Thank you Umminani.com and Others who bought or frying pan. We always need your support and Review for us to Improve. Thank you Kawan- Kawan Kalian.

    Kami Ada live telecast di tv alhijrah Setiap hari jam 10:30 – 11:00 AM & 2:00 -2:30 Pm.

    Reply
    1. rohaya says:
      12/13/2020 at 5:09 pm

      how to buy or ada phone number tak?

      Reply
      1. umminani says:
        12/14/2020 at 10:52 am

        Sory Puan, as i looked at website, sold out.then i dont have enough information how to get it.

        Reply
  6. raisyarayyan says:
    12/11/2017 at 11:17 am

    harga masa live dengan masa biasa ada beza ke

    Reply
  7. maz says:
    01/15/2020 at 8:18 am

    dalam kotak dapat berapa kuali ye?..rasenye masa siaran di TV dapat 2 + 1 (free kuali)..
    maz recently posted…Mengintai anak sekolah, seminggu pertama, perlukah?My Profile

    Reply
    1. umminani says:
      01/21/2020 at 4:18 pm

      un punya dapat 5 kuali tapi harga mahal drp yg iklan sekarang ..dalam 300 + rasanya

      Reply

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badgeShow more posts

Kelab Blogger Ben Ashaari

POST TERKINI

  • Happy Birthday Along
  • 15 Tahun sebagai pegawai polis
  • Jalan-jalan ke Hatyai 2023
  • PERKEP Masak Bubur Asyura 2023
  • Jalan-jalan di Alor Setar , Kedah

UMMINANI

BLOG KAWAN MAYA

  • Siaran Langsung Live Streaming JDT vs Negeri Sembilan Piala Malaysia 2023 (QF-2)
    Published on 2023-09-21 By Azhafizah MN
  • East Coast Trip (KB, KT, Ktn) - Day 2 Breakfast di NASI DAGANG ATAS TOL
    Published on 2023-09-21 By Azian Elias
  • Amazfit Balance Bawa Keharmonian dan Kesimbangan Dalam Kehidupan
    Published on 2023-09-21 By Bro Framestone
  • Ini 6 Alternatif TERBAIK Gantikan Susu Lembu!
    Published on 2023-09-21 By Dr Rizal Abu Bakar
  • Aiskrim tempatan rasa nostalgia , Pal Litt dari Langkawi
    Published on 2023-09-20 By Ana Jingga
August 2017
M T W T F S S
 123456
78910111213
14151617181920
21222324252627
28293031  
« Jul   Sep »

Meta

  • Log in
  • Entries feed
  • Comments feed
  • WordPress.org

Meta

  • Log in
  • Entries feed
  • Comments feed
  • WordPress.org
August 2017
M T W T F S S
 123456
78910111213
14151617181920
21222324252627
28293031  
« Jul   Sep »

Carian

Arkib

© 2023 Umminani | Powered by Superbs Personal Blog theme