Ayam masak merah paling sedap, apa resepinya?

Assalamualaikum, hi semua.. masih mood makan-makan ker?  Kalau Ummi, dah habis dah mood raya, open house tahun ni kena pospone dulu, banyak hal kena uruskn. Kini dalam urusan nak renovate rumah, jadi segala agenda makan-makan di rumah hold sehingga raya haji. Boleh kan?Biasa kalau open house dan Ummi perlu masak nasi, Ummi akan masak resepi ayam masak merah paling sedap yang mak pernah ajar. Ini memang rare bagi Ummi, dan paling sedap sepanjang zaman.

ayam masak merah

Resepi Ayam Masak Merah Paling Sedap

Bahan-bahan yang diperlukan (Resepi untuk  1 ekor ayam sahaja)

Ayam bersih dan dipotong 16 seekor – goreng separuh masak supaya tidak mudah hancur bila dimasukkan kedalam kuah.

Kisar  :

Serai sebanyak 5 batang

Halia – 3cm

Bawang besar kuning atau merah 3 biji

Bawang putih 5 biji

Bahan-bahan lain : 

Santan 1 biji -@ 1 Paket

Cili kisar atau cili kering kisar – 3 cawan -senang nak ukur

Minyak 1 senduk untuk menumis

Cara-cara memasak resepi ayam masak merah:

Kisar semua bahan di atas dan satukan dalam satu bekas. Panaskan minyak dengan api perlahan dan bila dah panas minyak tersebut, tumis bahan yang dah di kisar. Apabila dah naik bau wangi tersebut, masukkan cili kisar dan masukkan sikit air. Bila ak mendidih masukkan santan pekat. Ianya seakan memasak rendang, tapi bezanya tiada kerisik dan juga daun kunyit.

Biarkan cili kisar dan juga bahan yang dikisar tersebut masak dengan api yang perlahan. Perlu memastikan kuah ini masak elok, supaya makanan lebih tahan lama.

Bila kuah dah pekat dan nampak naik minyak, maka masukkan ayam yang telah digoreng separuh masak tadi. Ini bagi  memastikan ayam tidak hancur.

Biarkan dalam tempoh 5 minit, dan tadaa…. dah siap masak ayam masak merah yang paling sedap ini. Mudah kan! Wajib cuba.

Sayur Campur Mudah :

Bahan yang Ummi gunakan ialah bawang putih, bawang  merah yang di mayang halus. Tumis dan masukkan sikit air dan perasa bersama 1 sudu sos tiram . Lepas tu, masukkan sayur yang dah dipotong biarkan seketika dan siap! Mudah jer kan.

Tada ini dia menu penuh kalau Ummi masak. Tapi masakkan macam ni samada hujung minggu atau pun pada hari Ummi cuti jer la, hari hari nak masak mewah-mewah begini tak ada nya. ada juga Ummi dah tulis resepi

Ikan masak lada hijau, menyengat wehhh !

Boleh cuba menu masakkan yang Ummi share ye. Dan harap menu ni kekal sepanjang zaman, anti tua-tua anak-anak pula masakkan untuk Ummi. Okay selamat memasak. Tata!

Lain-lain menu best terjah blog : www.ninamirza.com okay!

Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge