Alhamdulillah hari ini ada kesempatan masa untuk update sikit berkenaan apa lah yang dilakukan sepanjang hari minggu. hehehe tapi banyak nak cerita tu.

Hari Sabtu lalu, sepagi sibuk mengemas rumah termasuk stor barang. Semua stroller dah bagi kepada pengasuh untuk kegunaan cucuanda. Bukan apa anak-anak Ummi dah tak gunakan. Kalau nak jual memang la untung, tapi lagi untuk jika bersedekah. Bagi jer kat anak-anak sedara.

https://www.instagram.com/p/BXMVmgpDk0a/?taken-by=muazamnawawi

Dah settle berkemas, apa lagi terus siap kan anak dan solat untuk jemputan ke majlis doa selamat DSP Afif, sempena beliau akan berangkat menunaikan haji pada 5 hb Ogos nanti.

https://www.instagram.com/p/BXMRR_jjlp_/?taken-by=ummi_nani

Selepas beberapa ketika kami duduk dan menjamah, terus bergerak ke rumah Puan Roswati, sahabat yang jumpa masa kursus ESQ 2015 dulu. Rupanya rumah kami tak jauh, cuma tak pernah pergi jer. Tahniah juga untuk Puan Ros dan keluarag dah dapat pertukaran keluar ke IPK Kedah. Dapatlah bersatu kembali satu keluarga setelah suami bertukar beberapa bulan awal. Syukur.

https://www.instagram.com/p/BXMVuB-jR37/?taken-by=muazamnawawi

Tak melepaskan peluang untuk pergi meraikan anakanda Nadia , staff Ummi kat Seremban selepas ke rumah Puan Ros. Yer la, Nadia banyak juga bantu Ummi, pergi pun tak jauh…boleh merapatkan ukhwah .. Seronok berkumpul staff-staff Ummi.

Balik petang tu, semua dah kepenatan. Dan hari ini Isnin kat pejabat Ummi pula yang buat gila…adeh.. dah la banyak benda tak betul pagi ini…  Pertama, tak bawa stokin hitam..alhamdulillah ada spare yang kelabu kat pejabat. Kira halal lah, nampak juga seakan-akan. 2nd, rantai yang menghubungkan visel dengan baju terlupa bawa. Aduh! Mujur ada yang pinjamkan Ummi rantai aksesori baju uniform ini. Hisshhh!

Meting sepanjang pagi tadi, sehingga 1230 baru habis. Selesai jer meting, Ummi pergi makan dengan Mr Suami. Kebetulan nak uruskan mood nak bertukar ini, wassap Insp Tony Bat 4 Semenyih, katanya ada 1 kekosongan. Terus wassap ASP Nasir. Tapi, Ummi di cadangkan untuk bertukar ke IPD Kajang. Ya ALLAH , rasa syukur, sebab nasihat diberikan supaya ke Kajang, pertukaran satu Jabatan lagi mudah kan urusan. Syukru yang amat!

Terus isi pertukaran permohonan dan minta boss luluskan , termasukkan ACP Zulkifli Jonit. Ummi direct jer jumpa , Timb. Pengarah Ummi ni. Bukan apa lagi mudah urusan. Cakap jer terus beliau minta PA klik kat HRMIS “sokong”. Syukur yang amat ! Next tunggu ASP Nasir bawa permohonan ini kepada pengarah. Doakan Ummi yer, nak tukar sangat ini, semangat dah ni. Gila trauma tu, naik motor jauh-jauh. Harap lepas ni lebih selesa dan mudah urusan Ummi hendaknya. Amin

 

2 thoughts on “Syukur tak terhingga..”

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *