Ikan masak lada hijau, menyengat wehhh !

Hi semua, assalamualaikum, apa khabar? Sihat kan? Hari hari masak dah jemu tak tau nak makan apa.. dan sesekali teringin pulak nak masak Ikan Masak Lada Hijau. Resepi ini kesukaan suami. Dan masa bibik ada, tiap-tiap minggu ada menu ini , wajib! Rindu bibik!

Resepi Ikan Masak Lada Hijau

Bahan-bahan :

10-15 biji cili hijau

bawang besar 2 biji – Ummi pakai yang warna kuning

asam jawa – 2 susu besar

gula –  1 sudu kecil

garam secukup rasa

air

Cara-caranya : 

Blend semua bahan diatas sehingga hancur. Panaskan minyak kat atas dapur, bila dah panas tuang bahan dah di blend  tadi, tutup dan masukkan sedikit air supaya tak kering. Masak sehingga naik bau, dan akhir sekali masukkan bawang besar yang di potong bulat. Biarkan seketika.

Bila sambal kita dah naik bau dan masak, apa lagi, tuangkan atas ikan yang dah siap digoreng.  Walla dah siap… jangan lupa yer, makan dengan nasi yang panas.. fuh meletopss! Hahahaha siap dah, mudah jer kan resepi simple ni. Cubalah.

Okaylah , ini menu yang simple ikan masak lada hijau. Lepas ni rajin-rajin lah masak tau.. heheh air tangan isterikan pengikat kasih suami.. ops! Okaylah .. bye

 

Menu :

Donut Simple dan Ringkas

Ikan Singgang Simple Dan Mudah Di Masak

Resepi Gulai Lemak Ikan Tongkol Ringkas Dan Mudah

Biskut raya paling senang

Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge