Ehm..dok pening nak makan apa lah selain nasi dan lauk pauk..kalau masak nasi biasa kadang 2 pot pun tak habis makan 6 orang kami. Jadi Ummi dok pikir nak masak apa yang budak-budak suka. Terfikir nak masak kuah lodeh dan makan dengan nasi impit. Sekali masak jer, dan masa pun tak guna banyak masa nak masak sayur kuah lodeh ni.
Ini Ummi nak share dulu menu Kuah Lodeh Ummi biasa masak, simple jer.
Bahan-bahan kuah lodeh :
1 keping pucuk
segenggam suun
4 batang kacang panjang
4 tauhu lembut
2 paket tempe
2 biji kentang
sayur kubis segenggam
2 batang serai – di ketuk
1/2 inch lengkuas – ketuk jercarot / lobak merah 1 biji
Santan kelapa 1 kotak yang saiz besar.
Serbuk kunyit – agak-agak
Cara memasak Kuah Lodeh :
Panaskan kuali dan masukkan air bersama dengan santan paket bersama serai, lengkuas. Masak sehingga wangi .Ummi guna santan paket yang man mudah. Boleh disimpan lama, jadi tak membazir jika lambat digunakan. Malah boleh masak kuah lodeh bila-bila masa suka.
Lepas air dan santan mendidih, masukkan bahan-bahan tadi yang telah di potong dan dicuci. Biarkan seketika sehingga lembut dan tutup api. Masukkan sikit garam. Siap..main campak-campak jer dah siapkan.. boleh la makan dengan kuah kacang. Serius terasa nikmat, bila jemu makan nasi berlauk, inilah resepi Ummi. Asalkan apa sahaja simple dan best dah cukup untuk kami sekeluarga.
https://www.instagram.com/p/BVPN9OTDf2A/?taken-by=muazamnawawi
Kuah Lodeh dan orang Perlis:
Ini cerita menarik, Ummi dulu masa tinggal dan belajar di Perlis memang tak ada pengetahuan tentang kuah lodeh ini. Jadi, bila dah kahwin dan mula merantau baru tahu yang kuah lemak ini di panggil kuah lodeh. Mula-mula bagitau mak dan masakkan untuk mak berbuka puasa awal 2010 dulu, mak kata ni kuah sayur lemak. Dia kata “awat ampa macam macam nih?”
“Macam-macam aih makanan ampa!” “hahaha memang pun kuah lemak jer, tapi sedap mak bila makan dengan nasi impit. Ada pula kuah kacang dengan sambal sotong kering, best mak!” . Fuh terangkat nak habaq kat hampa. Mak masa tu tak dapat terima lagi masakan kuah lodeh ini. Sampailah…..la ni boleh dah makan sikit-sikit.
Kami pula, la ni bila masak kuah lodeh , dah jadi kebiasaan dan kegemaran satu keluarga. Kuah lodeh ini sangat asing bagi orang PERLIS, yang depa tau bila raya makan ketupat dengan kuah gulai. hehehe tu Ummi lah.. nampak kan perbezaan budaya boleh menyemarakkan rasa dan cinta.
So mungkin boleh masak kuah lodeh untuk hari raya akan tiba nih. Perkenalkan budaya orang Selatan kepada orang utara..hehehe ini idea Ummi. Boleh kut kali ini open house kat Perlis nak masak Lodeh.. agak-agak tekak depa boleh makan ke? Yer la, menu asas kalau raya di PERLIS , antaranya bihun sup, laksa utara atau nasi tomato. itu jer la… ehm, nak tukar idea lah kali ini, kejutan untuk orang PERLIS. heheheh
tapikan , UMMI beria …masalahnya Cuti Raya 2017, Korang dah plan ke perjalanan balik kampung? hahaha kami ni tak tahulagi nak balik mana!!! Idea banyak! Doakan impian anak-anak tercapai untuk beraya di kampung pilihan depa.
Resepi lain:
Kuih Keria Gula Melaka Yang Jadi Trending Di Media
Resepi donut mudah, pertama kali Ummi buat gebu gebas
Resepi Gulai Lemak Ikan Tongkol Ringkas Dan Mudah
Ikan Singgang Simple Dan Mudah Di Masak
sedapnya kuah lodeh, macam mudah je nak buat, nak try la nanti!
try la, mudah sangat campak-campak dah siap..heheh maskaan senang untuk ibu busy mcm Ummi