Skip to content

Umminani

Lifestyles

Menu
  • Home
  • PENULIS
    • Umminani /Lifestyles
    • Rencah Hidup
    • Cuti/Travel
  • KBBA9
    • Review/Isu
    • Makanan/Resepi
  • Penafian
Menu

Kuala Lumpur International Hotel Saji Masakan Kampung Sejati sempena ramadhan 2017

Posted on 06/03/201706/02/2017 by umminani

Sebaik melangkah masuk ke restoran, barisan sajian bufet pasti menggamit selera dengan  beberapa sudut  ‘live cooking’ yang menjanjikan keenakan dan keaslian masakan tradisi.  KLIH mengalukan kedatangan semua tetamu yang inginkan selera kampung bagi berbuka puasa.

Masakan Kampung Sejati di KLIH

Saat berbuka lebih menyelerakan dan terasa seperti menikmati hidangan di kampung  apabila nasi panas dihidang bersama deretan lauk pauk pelbagai jenis. Opss, baca doa tau! takut tersalah serbu!

Antaranya kari kepala ikan, ketam kari ala bonda, sotong tumis jintan, siput sedut lemak keledek, daging kurma utara, gulai ikan tongkol, daging salai masak lemak, gulai nenas ikan masin dan ikan kembung dan pari panggang dibalut daun pisang dan air asam. Haish semua makanan ni nampak sedap kan? Tergugat iman tak? Eeerr…tak caya la kalau tengok saja, tapi tak terliur kan??

Kerabu sangat sinonim dengan hidangan masakan Melayu

Kerabu sangat sinonim dengan hidangan masakan Melayu  dan setiap kali teringat masakan emak di kampung, kerabu pasti dalam senarai. Kerabu mengandungi pelbagai bahan, antaranya kelapa parut, kerisik, serai, bawang, cili padi dan udang kering yang digaul bahan utama ulam ulaman yang segar. Perah sedikit air asam di atasnya dan dimakan dengan nasi panas-panas, memang membuka selera. Percaya kan, kalau makan kerabu bukan sekali kita bertambah nasi, kadang tu boleh terlajak! Huh!

Begitu juga sambal yang disediakan ringkas tetapi rasa dan kepedasannya menambat rasa. Keenakkan sebanyak 30 aneka jenis kerabu dan 15 jenis sambal yang dihidangkan berbeza setiap hari  pastinya membuka selera.

Selepas solat maghrib, manis-maniskan selera dengan kuih-muih tradisional ; tako, seri muka, kole kacang, lopez dan cucur badak. Atau nikmati bubur kacang hijau, pengat labu dan bubur lambuk. Juga disediakan agar-agar aneka rasa dan puding dengan variasi warna menarik dan rasanya yang pelbagai. Sesuai sangat sebagai pencuci mulut. Best kan?

Sambil menunggu solat Terawih, menu diteruskan dengan roti jala dicicah kari ayam atau serawa durian, sago gula Melaka atau goreng pisang, keledek dan keropok lekor.

Akhiri dengan Lok-Lok yang terdiri daripada telur puyuh, bebola ikan, udang, isi ketam, sotong dan tauhu yang enak dimakan bersama soso cili dan sos manis.. Ini kegeramaran Ummi, memang sukan sangat kalau dapat makan, untung makan buffet boleh makan Lok-lok banyak, kalau beli di pasar mahal..hahahah.

Jangan lupa air buah-buahan bermusim yang dibancuh sedap, segar dan menyelerakan hingga ke titisan terakhir. Nak yang mana? Cuba pilih? Ehm..meah nampak menyelerakan , betul?

Sajian buffet ramadhan oleh Chef berpengalaman:

Sajian bufet Ramadhan disediakan oleh Chef berpengalaman yang terkenal dengan air tangan bonda,    Eksekutif Chef, Kasim Man yang telah 36 tahun di dapur hotel. Dibantu Pembantu Chef, Kamal Ariffin, Azlan, Izwan, Izwani dan Zaharah.

Harga Sajian Buffet Ramadhan Di Kuala Lumpur International Hotel

Sajian Buffet Ramadhan ini bermula seawal hari pertama bulan Ramadhan sehingga menjelangnya malam Aidilfitri, setiap hari dari jam 6.30 petang – 9.30 malam.  Kadar harga untuk dewasa adalah RM 69.00 bersih dan RM 35.00 bersih untuk kanak –kanak 4-12 tahun ( termasuk 6% GST ).

Khas untuk kakitangan PDRM : PDRM / KPD / Kop Mantap Mon – Thu : RM 50.00 nett  Fri – Sun : RM 60.00

Kemudahan yang disediakan :

https://klitel.com.my/promotion/room/

Sebagai tanda penghargaan pihak hotel turut menyediakan pelbagai insentif dan promosi ditawarkan bagi memeriahkan promosi tahun ini. Nikmati promosi Diskaun Kredit Kad, Pakej Bilik Mesyuarat Percuma, Pakej berkumpulan,  pakej Ahli Facebook, Pakej Penajaan, Baucer Pra-bayar dan  Set Pakej Katering ‘Take- Away’.

Bagi kemudahan pelanggan, KLIH juga tak terlepas daripada menganjurkan sembahyang Maghrib, Isyak and Tarawih berjemaah di surau yang akan dipimpin oleh Imam bertauliah yang dijemput khas.  Kaunter zakat fitrah pula akan beroperasi di lobi hotel pada 20 – 27 Ramadhan yang dikendalikan oleh pegawai Pusat Pungutan Zakat.

Disamping itu, pihak hotel juga menyediakan acara moreh secara percuma setiap hari kepada para jemaah yang menunaikan olat Terawih di surau KLIH.Disediakan juga aktiviti harian lain sepanjang bulan Ramadhan ini, antaranya  tazkirah sebelum waktu buka puasa dan pengedaran surah Yassin.

Untuk mendapat keterangan lanjut tentang promosi ini, boleh berhubung dengan En Azli bin Ariffin, Pengurus Jualan & Pemasaran ditalian www.wasap.my/60193822100 atau layari www.klitel.com.my.   Fb – www.facebook.com/klihotel  IG : www.instagram.com/klinternationalhotel .

Apa kata BEN ASHAARI :

Teringin berbuka puasa dengan masakan kampung sejati ? Jom ke Kuala Lumpur International Hotel !

Menarik untuk di masak :

Resepi Gulai Lemak Ikan Tongkol Ringkas Dan Mudah

Resepi donut mudah, pertama kali Ummi buat gebu gebas

15 thoughts on “Kuala Lumpur International Hotel Saji Masakan Kampung Sejati sempena ramadhan 2017”

  1. Miera Hassan says:
    06/03/2017 at 6:09 am

    Sedapnya berbuka dengan masakan kampung..

    Reply
  2. shark says:
    06/03/2017 at 6:17 am

    bnyak jugak promosi KLI Hotel ni untk bulan puasa..
    rate untk bilik tu nampk murah.

    Reply
  3. TATI MANSUR says:
    06/03/2017 at 6:21 am

    Sesekali berbuka dengan aneka sajian makanan kampung mesti best. Tambah pulak boleh makan dengan tenang sebab tak payah tergesa gesa nak balik kejarkan solat terawikh.. thank you ummiNani..

    Reply
  4. Anuar says:
    06/03/2017 at 8:54 am

    Fuhhh… Sedapnya koleksi masakan kampung ni…
    Kena baca blog ni waktu malam baru best.. Boleh makan sekali… 😉

    Reply
  5. JULIA JOHARI says:
    06/03/2017 at 10:20 am

    Bestnya harga khas utk kakitangan pdrm untung. Sedap2 menunya.

    Reply
  6. Afiq Halid says:
    06/03/2017 at 10:22 am

    Menduga betul tengok lauk2 yang mereka sediakan. Thanks for sharing.

    Reply
  7. Nina Mirza says:
    06/03/2017 at 10:23 am

    Alahai… Kerabu dia menggoda sungguh!

    Reply
  8. Daus Redscarz says:
    06/03/2017 at 10:33 am

    Perghh pagi-pagi dah terliur… sedapnyaa siput sedutt..

    Reply
  9. qaseh says:
    06/03/2017 at 10:42 am

    Fuh telan ailioq tengok makanan2 depa ..

    Reply
  10. shiqeen sattar says:
    06/03/2017 at 10:51 am

    Jom lah Kita gi sama2

    Reply
  11. mas saari says:
    06/03/2017 at 11:20 am

    Perghhh semua menu masakan kampung, memang menyelerakan! Harga bufet pun berpatutan.

    Reply
  12. Firzz radzi says:
    06/03/2017 at 11:25 am

    Ini baru betul makanan kampumg…

    Reply
  13. lisak says:
    06/03/2017 at 12:16 pm

    wahh menu menarik ni.. rasa nak berbuka kat sana . haha lok-lok tu lisa ingtkan steamboat tadik

    Reply
  14. Farahin Esa says:
    06/03/2017 at 1:11 pm

    Di bulan puasa ini, siput sedut tu nampak menarik sekali. T_T

    Reply
    1. umminani says:
      06/04/2017 at 12:13 pm

      setuju, kalau yang pdas tu boleh 2/3 kali tanbah nasi

      Reply

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badgeShow more posts

Kelab Blogger Ben Ashaari

POST TERKINI

  • Happy Birthday Along
  • 15 Tahun sebagai pegawai polis
  • Jalan-jalan ke Hatyai 2023
  • PERKEP Masak Bubur Asyura 2023
  • Jalan-jalan di Alor Setar , Kedah

UMMINANI

BLOG KAWAN MAYA

  • ORDER NASI GANJA SECARA ONLINE, MUDAH DAN SENANG
    Published on 2023-09-25 By Nadia Johari
  • 15 Hotel Near KLIA (Kuala Lumpur International Airport) Sepang
    Published on 2023-09-25 By dorsett pink
  • Majlis kesyukuran cucu pertama
    Published on 2023-09-25 By Ana Jingga
  • Style with Waist Trainers – The Perfect Solution for Workouts
    Published on 2023-09-25 By Ana Suhana
  • 9 Kebaikan Minum Teh Oolong Untuk Kesihatan
    Published on 2023-09-25 By Dr Rizal Abu Bakar
  • 10 Pilihan Sunscreen Watsons yang jadi pilihan
    Published on 2023-09-25 By azni
  • Hair Removal Laser Treatment Terbaik Di Klinik Dr Bazilah Bangi
    Published on 2023-09-25 By Eyqa Hasnan
  • LIRIK LAGU PEJAM - KHAI BAHAR & ADIRA SUHAIMI
    Published on 2023-09-25 By Azhafizah MN
  • Travelog Thailand 7 : Cerita Sambung Konvoi Kelab Aruzr ke Hatyai
    Published on 2023-09-25 By Marina Bashah
  • Pengalaman Sertai Larian FITMALAYSIA Kuala Lumpur 2023
    Published on 2023-09-24 By Bro Framestone
June 2017
M T W T F S S
 1234
567891011
12131415161718
19202122232425
2627282930  
« May   Jul »

Meta

  • Log in
  • Entries feed
  • Comments feed
  • WordPress.org

Meta

  • Log in
  • Entries feed
  • Comments feed
  • WordPress.org
June 2017
M T W T F S S
 1234
567891011
12131415161718
19202122232425
2627282930  
« May   Jul »

Carian

Arkib

© 2023 Umminani | Powered by Superbs Personal Blog theme