Hi uols, sat jer kan masa berlalu..dah masuk minggu pertama kita berpuasa. Selama seminggu berpuasa apa resepi masakan yang dah dimasak? Kalau Ummi , buat masa ni masih lagi masak menu simple.

Hari pertama nasi tomato, hari kedua lontong hari ke3 nasi berlauk simple, hari berikutnya bihun sup dan juga nasi impit. Lain-lain masak  makanan simple macam Ikan Singgang Simple Dan Mudah Di Masak . Ada juga masakan sambal tumis ayam dan telur puyuh. Hari ini duk terfikir nak masak apa.. masih mencari menu.. dan hinggap di kepala nak masak Talapia 3 rasa tempoyak.

Resepi Talapia 3 Rasa Tempoyak : 

Bahan-bahan :

1 ekor ikan talapia di goreng

3 ulas bawang putih – dikisar

5 ulas bawang merah-dikisar

5 sudu besar cili kisar

4 sudu cili sos

5 sudu tempoyak

1 biji bawang besar , dipotong bulat

1 biji tomato, nenas dan brokoli

dan 1 batang serai

Cara Membuat Talapia 3 Rasa Tempoyak :

Biasanya Ummi akan panaskan minyak dan tumiskan bahan-bahan yang dikisar (serai,bawang merah dan bawang putih). Lepas dah naik wangi tu, terus masukkan sos cili, cili kisar dan tempoyak. Kacau seketika , lepas itu masukkan bawang merah/bawang besar yang dipotong bulat. Lpeas dah masak sambal, masukkan sayur seperti brokoli, tomato dan nenas. Sukatan sayur mengikut keperluan dan kesukaan. Dan lepas dah siap, angkat dan tuangkan ke atas ikan yang dah siap di goreng.

Ummi dengan abah sukakan pedas, bila dah masak untuk anak, biasanya sambal yang lebih Ummi akan tambahkan dengan cili padi yang dah siap di kisar. Fuh, bila pedas baru masa makan tu rasa nikmat tak terhingga.

Tips Minum Air di Bulan Puasa : Untuk air minuman, Ummi hanya galakkan anak-anak berbuka dengan air masak dan selepas berbuka an solat , baru diberikan air manis. Ini juga cara memastikan perut sentiasa bersedia dan bagus untuk tenaga. Anak-anak yang kurang minum gulam, akan kurang hyperaktif. Kan bagus, lepas tu boleh bersolat dama-sama. Macam Ummi dengan Along, kami akan baca Yassin sama-sama lepas solat terawikh.

Bila parents dapat berikan contoh terbaik untuk anak-anak, yakin dan percaya generasi kita akan terikut. Sebab ianya budaya, elakkan budaya banyak minum air manis dan makanan manis. Kuih muih juga eloklah di pilih untuk memastikan makanan tersebut berkhasiat.

Selamat memasak dan berpuasa.

 Berkaitan :

Ramadhan Buffet di Restoran Rallegra Putrajaya Equestrian 2017

Buffet Ramadhan 2017 bertemakan International IFTAR di PICC

Shangri La Hotel Putrajaya Buffet Ramadhan 2017 Lebih Menyelerakan

2 thoughts on “Talapia 3 Rasa Tempoyak Pembuka Selera”
    1. kak dah update, kak blend sekali dengan bawang, kalau potong dan cincang anak2 tak makan rugi serai tu.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *