Ikan Singgang Simple Dan Mudah Di Masak

Hi, ehm..mesti awal-awal pagi ini dok mencari nak masak  apa petang nanti kan? Ummi suka nak share masakan yang simple, mudah dan cepat di masak. Yer la, anak kecik mana sempat duduk dapur berjam-jam. Asal masakan yang disediakan sedap dah cukup baik. hishhh, nak menaip pun terliur aishh!Kali ini Ummi nak share resepi dan cara masak ikan singgang. Eh, mudah dan simple tapi sedap tau…fuh, tambahan kalau lebihkan kuah, mau hirup sampai habis. Terangkat pinggan tu…

Bahan-bahan  Ikan Singgang :

1 ekor ikan tongkol di potong

2 inci lengkuas dihiris nipis . Ummi suka hiris nipis, sebab nanti mudah nak makan.

3 ulas bawang putih

3 keping asam keping

4 biji kacang bendi

4/5 tangkai cili kering

garam dan perisa secukupnya

ikan singgang
SUMBER : GAMBAR GOOGLE

Cara masakan IKAN SINGGANG ala Ummi :

Masukkan semua bahan dalam periuk kecuali bendi. Masak sehingga mendidih dan masukkan ikan. Tambahkan asam keping. garam dan perasa. Bila ikan dah masak dan rasa dah sedap, masukkan bendi dan tutup api. Mudahkan…campak-campak jer dah siap. Boleh la masak makanan lain pula.

Ikan singgang ini sedap dimakan dengan sambal belacan yang power. Huh! Ini bukan nak diet tapi menambahkan selera. Lagi best ada sikit ulam-ulaman boleh menyebabkan selera makan bertambah-tambah.

Ummi suka baca blog kak Nina Mirza dan juga tiffin biru .  Mereka dua orang ni kaki masak..Huhh.. boleh tergugat iman bila baca entry depa berdua masak.Ehm, kalau agak-agak buntu nak masak apa , boleh p baca blog depa. Mana tau bulan-bulan puasa nih dah kering idea , boleh la cuba masakan yang di syorkan di blog depa.

Untuk manisan boleh cuba buat :  Kuih Keria Gula Melaka Yang Jadi Trending Di Media

dan minum dengan kopi pegaga, semoga KHASIAT KOPI PEGAGA akan bantu menambahkan tenaga pada bulan puasa ini.

Untuk ibu-ibu yang nak cuba buat donut , boleh tengok  Resepi donut mudah, pertama kali Ummi buat gebu gebas.  Semua orang boleh buat, semua resepi Ummi mudah dan simple. Selamat mencuba!

 

Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge