Cuti Raya 2017, Korang dah plan ke perjalanan balik kampung?

kalender cuti umum

Cuti Raya 2017 wajib! hhahaha konon 2017, tiap-tiap tahun memang kena plan kot. Yer la pernah sekali tu balik dari Seri Kembangan tahun 2012 ambil masa 18 jam kot! Masa tu anak seorang, la ni anak 4 orang! Huh agak-agak sanggup ke nak hadapi masa yang panjang gitu?

kalender cuti umum
Kalender cuti raya 2017 . Kalau nak balik kampung jauh macam Ummi, wajib sangat -sangat untuk rancang percutian.

Cuti Raya 2017 memihak pada siapa?

Ummi ni, raya ada rotation. Dan tahun ini ikutkan kami beraya di sebelah Mr Suami a.k.a sebelah abah. Tapi, kebiasaannya, anak-anak sendiri nak mula pandai memilih nak beraya di mana. Depa dah awal-awal bagitahu Ummi untuk beraya di kampung. Pulak tu kalau tanya “Along nak beraya di mana?” “Di kampung la Ummi”. “Eh, kampung mana?” “La, Ummi ni buat-buat tak tahu pulak, kampung Along PERLIS la”. Sudah!

Angah pula “Angah nak beraya di mana tahun ni?” ‘Angah nak raya dengan tok PERLIS”. “Eh, Angah , kesian la abah, abah nak beraya dengan mak dia juga. Dengan opah , dengan tok abah”. “Ummi, kesian juga dengan Amin, Amin nak raya dengan tok kampung”. Ha kau! Ni nak cakap Ummi mengajar ke? Haish jauh sekali tau.

Sebab apa depa nak beraya di PERLIS? Antara sebab Ummi boleh senaraikan adalah :

Pertama:  Depa semua manja dengan tok. Nak apa, tok masakkan. Tok masak sedap di kampung. Bila balik kampung, Ummi masak terus tak sedpa! Tapi duk Semenyih , Ummi masak apa semua hadap. Alasan !

Kedua: Sepupu sepapat dan jiran tetangga yang ramai. Ini antara penyumbang sebab depa nak balik raya di kampung. Yer la, kawasan rumah tok tu , banyak rumah sewa yang tok lang sediakan. Jadi ramai anak-anak penyewa yang beraya di situ. Meriah tu tak dapat nak cerita. Ummi pun dapat rasa macam zaman kami beraya masa kecik.  Berbeza dengan raya di sebelah Abah.

Shopping raya di : Shopee Online Berhantu , shopping tak ingat dunia bila macam-macam ada!

Ketiga :  Sepupu pula ramai. Walaupun jarang jumpa dan mungkin kakak-kakak sepupu dan abang sepupu balik beraya tempat lain, tapi masih ada lagi kerabat di kampung yang dapat melayan depa main. Ini termasuklah Adam anak sepupu Ummi. Walaupun dah 2 pupu, tapi mereka boleh duduk main sama-sama. Biasalah suasana kampung kan. Tu yang excited nak balik kampung sangat-sangat tu.

Keempat : Ada bunga api. Hhehehe ini susah nak cerita sebab tahun ini tak pasti ada orang noleh belikan atau tidak. Tapi depa ni yakin, kalau balik kampung ada jer habuan mereka. Dah tu beli RM50, boleh main setahun kot!

Kelima : Jiwa mereka serasi dengan “kampung”. Ummi pernah dicaci “orang kampung”! Hhahaha lantaklah kau nak caci aku! Tapi pastinya orang kampung macam aku lebih berjaya kot daripada orang bandar macam “engkau orang yang duduk tengah bandar, SPM pun macam tak lepas!” Kami memang orang kampung, jiwa kami jiwa kampung. Sebab tu , pertalian sedara kami, ukhwah kami akrab walaupun setahun dapat jumpa dalam 3 atau 4 kali sahaja. Orang bandar macamna? – Senyum jer la.

Jadi tahun ini cuti raya 2017, memihak kepada pihak mana? Kalau lah cuti dapat diawalkan , maka dapat la berbuka dengan mak a.k.a tok kampung pada saat akhir. Dan jika cuti raya 2017 tidak memihak ke PERLIS, maka kami akan beraya di Semenyih- Desa Baiduri-Masjid Bukit Aman-Semenyih. OMG! Kena hadap lagi rasa sunyi!

Tok abah sebelah Mr Suami tinggal kat kuarters polis Desa Baiduri jer. Dah tu tok pun duduk dengan paksu kat Subang. Nak ke Subang belum tentu tok ada, mungkin balik beraya di kg Mak Su. huhuhhu, maka prepare jugalah mood nak beraya di MESS Bukit Aman, beraya sebagai perantauan! Hahahaha

Bagi yang nak balik beraya , boleh baca artikel berkaitan:

OPERASI RAYA BESAR-BESARAN OLEH PDRM KEMALANGAN MAUT KETIKA RAYA SATU TRAGEDI PILU KENA UBAH MIND SET BAB DUIT RAYA!  MEMANDULAH DI LORONG KECEMASAN JIKA NAK LIHAT LEBIH RAMAI ANAK DAN ISTERI MENANGIS, BERAYA TANPA SUAMI DAN ANAK-ANAK.

Mood raya : PART 1:PERSEDIAAN RAYA AIDILFITRI 2016,  Part 2 : SOLAT SUNAT HARI RAYAPart 3: SUASANA HARI RAYAPart 4 : HARI RAYA KEDUA LEBIH MERIAH

 

Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge