Skip to content

Umminani

Lifestyles

Menu
  • Home
  • PENULIS
    • Umminani /Lifestyles
    • Rencah Hidup
    • Cuti/Travel
  • KBBA9
    • Review/Isu
    • Makanan/Resepi
  • Penafian
Menu

Renovation rumah kali ke dua 2017 – Kos sederhana tapi nampak berbaloi

Posted on 08/12/201708/11/2017 by umminani

Ehm, sebenarnya duk fikir lagi betul ke tindakan nak renovate rumah lagi ini? Dulu tahun 2015 dah renovate sikit, dengan bina dinding di sebelah kanan rumah, bukan apa nak selesa sebab bila nak sidai baju atau duduk kat luar rumah tu tak la setip masa kena bertudung, dan 1st renovation rumah hari tu buat sekali awning depan. Ini masa 1st renovation : https://umminani.com/2015/05/renovation-rumah-2015/

Tahun ni kami decide untuk buat mozek kat depan dan sikit renovation kat bahagian ruang tamu. Sejarah kami beli rumah ni tahun 2012 dan masuk ke rumah sekarang tahun 2013 dalam bulan 7 macam tu. Masa beli rumah ni , rumah 2nd atas owner india dan harga masa tu hanya RM280K sahaja.

Puas hati sebab owner lama dan buat renovation sambung bahagian belakang sampai hujung dan juga wall kat ruang makan dah letak mozek sampai atas. Alasan owner lama, mudah untik di bersihkan. Sekarang harga rumah sini dah cecah RM400K, rasa berbaloi sebab tak salah buat pilihan masa nak beli rumah dulu.

Renovation kali ke dua 2017 – Kos sederhana tapi nampak berbaloi

Tahun ini kami laki bini decide nak ubah beberapa perkara tentang rumah.

Pertama :

Bahagian luar rumah kami nak masukkan full mozek supaya anak boleh bermain dengan tenang dan boleh jadi mini hall untk buat jamuan atau open house. Kat bahagian depan ini kami decide nak pasang 2 kipas , 1 kipas syiling dan 1 kipas pada tiang. Jadi kalau buat makan-makan ruang depan ini masih lagi selesa untuk tatamu kami.

Kedua:

Proses mengecat keseluruhan rumah. Kami masukkan sekali kos mengecat ini untuk ruang depan. Warna? Ehm, nak buat tema kontemporari, ala-ala kelabu atau coklat. Tapi masih belum finalize warna apa nak cat. Yang pasti gabungan dengan warna putih. Pintu juga akan di ubah kepada warna putih. Nampak la seri lain sikit.

Ini cat sedia ada yang dah berkulat dan berkuping. Mata tak ada nafsu langsung nak memandang , sebab tu kami pilih untuk cat semula rumah.

Ketiga :

Cat semula bahagian dalam , atau ruang tamu dengan sikit proses pembaiki syiling rumah. Sebab rumah kami dah lama, jadi mungkin cat dah expired atau juga mungkin ada kebocoran. Tapi ikutkan tukang rumah, taka da kebocoran sebab taka da tanda air yang menyebabkan syiling jadi kuning. Jadi kami decide untuk kikis dan cat semula.

Keempat:

Pada bahagian luar rumah ini, ramai sangat duk mengadu ada orang masuk ambil basikal dan lain-lain sejak kebelakangan ini. Jadi Ummi bercadang untuk naikkan diding tu sebelah kanan rumah dan sebahagian lagi pasang macam pagar kayu. Ehm… ini masih dalam perbincangan, rasanya macam on je. Sebab kos tak mahal. Bukan apa nak elakkan orang boleh panjat. Kita hanya usaha, yang mengizinkan sesuatu Allah swt. Semoga rasa selamat itu lebih menebal , apapun yang penting sebelum tinggalkan rumah baca doa.

Kelima :

Kali ini Ummi cadangan nak pasang rak kasut pasang siap. Mudah bila dah lekatkan kat diding. Dan masih nak kekalkan cadangan nak gunakan tukang yang sama. Bahagian tiang ni Ummi minta tukang pasang mozek, supaya nampak lebih kemas dan senang nak cuci. Kalau tidak kebanyakkan rumah Ummi nampak lama kelamaan jadi kotor. Kat bahagian dalam dekat tiang ni, kami minta buat mini sinki  supaya mudah nak cuci tangan atau nak cuci sesuatu bila ada tetamu datang. Takkan semata-mata nak cuci tangan kena masuk ke dapur kan. Mudah.

Keenam :

Ini macam mahal, tapi kami wajib lakukan demi keselesaan anak. Ummi dengan abah decide nak pasang air cond pada hall dalam , dalam bilik utama nak tukar dan 2 bilik lagi pasang aircond juga. Semua cost kami dah survey dalam RM7K. Dan bila kami laki bini duduk bincang, yes air cond perlu diteruskan. Bukan apa selesa dan tetamu yang datang dengan bawa anak kecil semua akan lebih selesa. Barulah dapat sembang dan berukhwah dengan lebih lama.

Ketujuh:

Wiring, Ummi minta tukang buat plug 3 biji tambahan kat bahagian luar, supaya esok-esok nak buat barbeque semua senang nak pasang daput elektrik dan kalau nak update blog malam-malam kat luar pun ada tempat nak cas bateri. Tambahan kalau ada nak buat majlis, satu hari nanti nak pasang karaoke ke, mudah la, dah ada plug kat luar. Hehehe rancangan baik aje!

Okay, itu setakat ini yang dirancang. Kos renovation semua RM8K dan aircond dalam RM7K , jumlah dah jadi RM15K. Masih dalam bajet. Owh, kalau mai rumah Ummi, perabit memang tak banyak dan semua perabot lama yang masih kami pakai selagi elok. Ummi tak suka barang banyak dan yang kecil-kecil seperti hiasa dan lain-lain memang taka da di rumah Ummi. Sebab ada masa dalam rumah jadi padang bola..hahaha harap memahami mak anak 4 ni yer. Bukan tak suka berhias , cuma limited. Bila ada anak kecil, semau faktor keselematan perlu diambil kira.

Setakat semalam dan hari ini bahagian depan dah nampak perubahan. Doakan semua berjalan lancar yer. Lepas ni rumah dah selesa boleh la kerap buat jamuan ringkas. InsyaAllah.

5 thoughts on “Renovation rumah kali ke dua 2017 – Kos sederhana tapi nampak berbaloi”

  1. anuar says:
    08/12/2017 at 9:56 am

    Alhamdulillah.. lepas ni makin selesa dan ceria rumah.. tkper berbaloi.. rumah ku Syurga ku..

    Reply
    1. Umminani says:
      08/13/2017 at 9:00 pm

      betul tu, tak sabar nak tunggu rumah siap
      nak selesa, bila hati tenang ,jiwa bahagia hidup rasa lebih sempurna..hahaha, semogarumah dh selesa ,ibadah jyga terjaga. amin

      Reply
  2. TATI MANSUR says:
    08/13/2017 at 2:47 pm

    Alhamdulillah.. mesti seronok bila rumah dah jadi lebih berseri dan selesa..

    Reply
  3. Hafiz Rahim says:
    08/15/2017 at 3:31 pm

    Renovate rumah memang nampak mahal tapi tak apa..puas hati. hehehe

    Reply
  4. Lya says:
    08/21/2017 at 9:48 pm

    Dah siap ker renovate rumah nani .. bestnya dapat renovate umah jadi cantik2.. kak lya pon ingatnya nak renovate jugak tapi bila tu tatau laa lagi..kena kira bajet dulu..

    Reply

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badgeShow more posts

Kelab Blogger Ben Ashaari

POST TERKINI

  • Happy Birthday Along
  • 15 Tahun sebagai pegawai polis
  • Jalan-jalan ke Hatyai 2023
  • PERKEP Masak Bubur Asyura 2023
  • Jalan-jalan di Alor Setar , Kedah

UMMINANI

BLOG KAWAN MAYA

  • Siaran Langsung Live Streaming JDT vs Negeri Sembilan Piala Malaysia 2023 (QF-2)
    Published on 2023-09-21 By Azhafizah MN
  • SPX Celebrates Record Women Empowerment
    Published on 2023-09-21 By Papa Amyzal
  • Pengedar Motor di Melaka Cipta Rekod Shopee Live
    Published on 2023-09-21 By Huda Halid
  • East Coast Trip (KB, KT, Ktn) - Day 2 Breakfast di NASI DAGANG ATAS TOL
    Published on 2023-09-21 By Azian Elias
  • Happy Birthday To My Darling Daughter Insyirah
    Published on 2023-09-21 By Lya Imtiyaz
  • Amazfit Balance Bawa Keharmonian dan Kesimbangan Dalam Kehidupan
    Published on 2023-09-21 By Bro Framestone
  • Hotel in Ipoh, Perak : RPGC Garden Hotel
    Published on 2023-09-21 By dorsett pink
  • Ini 6 Alternatif TERBAIK Gantikan Susu Lembu!
    Published on 2023-09-21 By Dr Rizal Abu Bakar
  • Rawatan Masalah Kulit Ekzema di Klinik Dr Bazilah
    Published on 2023-09-21 By Lisa Nurulain
  • Drama Luruhnya Bunga Cinta: membesar sebagai adik beradik rupanya..
    Published on 2023-09-21 By azni
  • Aiskrim tempatan rasa nostalgia , Pal Litt dari Langkawi
    Published on 2023-09-20 By Ana Jingga
August 2017
M T W T F S S
 123456
78910111213
14151617181920
21222324252627
28293031  
« Jul   Sep »

Meta

  • Log in
  • Entries feed
  • Comments feed
  • WordPress.org

Meta

  • Log in
  • Entries feed
  • Comments feed
  • WordPress.org
August 2017
M T W T F S S
 123456
78910111213
14151617181920
21222324252627
28293031  
« Jul   Sep »

Carian

Arkib

© 2023 Umminani | Powered by Superbs Personal Blog theme