Ehm, apa makanan kegemaran anak-anak? Kami satu keluarga suka makan capati, dan anak-anak, terutama Angah, dan Along suka makan roti canai. Gambar ini ambil masa balik kelas malam minggu lepas hari Jumaat. Dan seminggu snap, tapi tak sempat nak menulis. Ummi ingat nak masuk contest watson yang snap makanan Malaysia tu, hahaha rupanya salah baca, kena snap dengan kad #watsonsrewards. Ehm, tak jadi la masuk sebab tak ada card. Punya lah excited!

Keluarga kami ini besar dah ada 6 orang ahli. Ehm, masa kecik seronok kan duduk macam ni, harap sampai mati boleh makan sepinggan satalam. Bukan senang nak didik anak-anak duduk macam nikan. Ummi dengan abah amat tegas bab ni. Ala, kalau bergadih bertekak tu biasa, tapi masa makan, wajib duduk walaupun gentel jer makanan tu. Sebab dari meja makan la akan mula belajar bersatu , selain daripada solat jemaah.

Hish adik ni, makan tak ingat dunia. Kembung pipi adik! Owh ya, sebab  rumah tengah renovate, jadi pilih untuk bersila la kat dapur. Lagi satu masa ni letih yang amat dah. Balik kelas malam , beli makanan , tup-tup tengok jam dah am 10malam.Kalau tak dilayan makan, nanti tengah malam depa kerap berjaga sebab lapar. Ehm, terpaksa layan selera.

Angah saja buat gitu! Konon nak pic tu jadi rare la, dan dapat menang contest..hahaha ampunkan ibu yer nak. Salah baca syarat untuk contest. Kesian Angah, tapi tak pa sebab angah memang suka camera. Even gig tak berapa menarik, tapi Angah sangat senang dengan camera, siap boleh posing dengan penuh yakin. Kalau la kita? Em!

Anak-anak ni kalau layan dengan baik makan baiklah depa. Cuma selalu minta maaf dengan jiran, bila Ummi jadi gergasi menjerit, hahaha terpaksa la jiran juga tadah telinga.Huhuuu, maaf yer kak , tengah proses nak insaf menjerit. Hahahah nampak cool kan, tapi time hangin, rasa  kalau kat padang kawad gegar padang tu! Okay lah dah masanya nak ambil anak kat rumah pengasuh, bye, jumpa lagi.  entry :17.8.2017 642pm

5 thoughts on “Roti canai dalam talam, meriah nya kami!”
  1. Biasa makan nasi dalam talam… kongsi bertiga atau berempat..
    Makan roti canai dalam talam ni belum pernah cuba lagi.. nampak menarik juga oi idea ni…

  2. Kak lya tgk gambar2 ni terus teringat kat si angah masa kat legend hahahha .. tang dia marah nani tak ikut dia nak.mandi tu kikiki.. marah bebenoo dia kan ..

    Wahh makan roti canai dalam talam tuu..bestnya laa kan makan ramai2..

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *