Resepi kari daging yang simple dan cepat dimasak

Assalamualaikum, apa khabar? Ehm..duk pikir nak masak apa hari ini. Anak-anak dah jemu dengan sambal ayam / masak merah ayam jer… jadi dok pikir-pikir resepi teringat nak cuba resepi kari daging yang simple dan cepat dimasak yang mak ajar. Kami  adik beradik kalau kari , memang nombor 1.. huhuu kalau rindukan ayah, kari la yang mengingatkan kami. Tambahan kalau mak, air tangan dia sangat jauh beza dengan sesiapa tau!

Rahsia nya, mak giling cabai tapi anaknya tidak..heheh untuk buat resepi kari daging simple dan cepat dimasak ini. Mak ajar Ummi  masak daging dengan teknik tradisional.. nak tau tak? Resepi rempah giling nanti entry lain Ummi share okay.

Bahan-bahan kari daging yang simple dan cepat dimasak

1 kilo daging , pilih yang isi merah-merah , tanpa lemak..lemak tak elok tau!
5 ulas bawang merah kecil –  mayang halus
2 ulas bawang putih – mayang nipis

Halia – 1 inci – dihiris halus panjang-panjang.

Rempah untuk tumis :
1 biji cengkih
3 cm batang kayu manis
2 biji bunga lawang

5 sudu besar rempah kari, kali ini Ummi guna rempah kari ayam dan daging Babas, bancuh dengan sedikit air dan gaul.

2 biji kepala, ambil santan pekat dan yang kali kedua tapis. Ummi biasa beli 2 biji, rendam air panas dan bila sejuk sikit, blend pakai mesin, lepas tu tapis dan perah.
Kerisik 5 sudu besar.
Daun kari 4 tangkai – bagi wangi.
5 biji kentang  potong 4
Garam secukup rasa
Air ikut kepekatan.
Minyak untuk menumis 4 sudu makan

Cara memasak Kari daging yang simple dan cepat dimasak.

Pertama : Panaskan minyak dalam periuk. Boleh pakai periuk biasa  jer. Bila minyak dah panas, tumis bawang merah, bawang putih , halia, daun kari dan rempah ratus yang dah disediakan . Gorang sampai bau wangi dan semerbak.. hati-hati jangan pula leka, nanti hangit. Bila dah naik bau, masukkan rempah yang dah di gaulkan dengan air. Masukkan sikit santan dalam 2 senduk. Buka api perlahan , dan kacau sampai rempah masak.
Kedua:  Bila rempah dah nampak macam masak dan sikit pecah minyak, masukkan santan yang masih ada , ikut nak kepekatan macamana dan juga kerisik. Kacau sampai sebati dan masukkan daging.  Tips: Masukkan sudu besi dalam periuk. Biarkan jer dalam periuk tu… rebus sampai daging tu empuk dan lembut.
Ketiga:  Masukkan ubi kentang dan biarkan seketika. Akhirnya, masukkan sikit garam, rasa tau. Lepas tu, tutup beberapa ketika sebelum dihidangkan.
Siap… ambik masa dalam 15-20 minit kalau kena daging yang mudah empuk.
Kari Daging Yang Simple ini boleh dimakan dengan nasi panas dan air asam. Malah kalau diutara, resepi ini wajib di hari raya sebagai pencicah ketupat. Jadi beza dengan kari daging untuk makan dengan nasi adalah potongan daging tu. Kalau nak cicah ketupat dan roti jala, potong daging macam dadu. Mudah nanti nak makan.
Huishh terliur sudah ! Ehm, apa lagi  kalau dah rasa terliur , save dan share resepi ini untuk dipanjangkan ke lebih ramai orang. Bezanya resepi kari daging ini dengan resepi kari daging lain adalah kerisik. Wajib cuba!
Resepi lain :
Nak makan di luar:

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge