
Kelayakan Menjadi Polis, Gaji Dan Tugas Inspektor Polis
Tahun 2008 , kelulusan Diploma daripada mana-mana universiti yang diiktiraf masih layak sertai PDRM sebagai inspektor polis. Tapi kini tahun 2017 tidak lagi, hanya mereka yang ada ijazah sarjana Muda sahaja layak untuk menjawat jawatan Inspektor Polis. Kelayakan menjadi polis , gaji dan tugas Inspektor Polis kini telah berbeza dengan tahun sebelumnya. Oleh sebab gaji juga boleh dikatakan tinggi, ianya salah satu sebab menarik minat anak muda sertai pasukan PDRM.
Kelayakan Menjadi Polis:
Pemohon-pemohon hendaklah mempunyai ukuran fizikal dan pancaindera seperti berikut :-
i) Tinggi sekurang-kurangnya 1.63m (lelaki) dan 1.57m (wanita) tanpa sepatu.
ii) Berat badan sekurang-kurangnya 50kg (lelaki) dan wanita sekurang-kurangnya 48 kg.
iii) Mempunyai ukuran indeks jisim badan (BMI) di antara julat 19 hingga 26.
iv) Ukuran lilitan dada biasa 81 cm (normal) dan semasa menarik nafas 86 cm (lelaki sahaja).
v) Lulus ujian penglihatan bagi mata kiri dan kanan yang diuji berasingan dengan ketetapan V/6/9 tanpa atau dengan menggunakan alat bantuan (menggunakan cermin mata atau kanta lekap).
vi) Pengecaman warna dan pendengaran yang tidak cacat.
vii) Diperiksa dan diperakui sihat untuk berkhidmat oleh pengamal perubatan berdaftar.
Akademik :
Ijazah Sarjana Muda Perakaunan yang diiktiraf oleh kerajaan daripada institusi-institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.
Gaji Inspektor Polis
Tangga gaji Inspektor berbeza menurut kelayakkan dan juga jurusan ketika di Universiti. Secara amnya permulaan gaji adalah antara RM2329 sehingga RM8883. Ini adalah gaji yang belum di campur dengan elaun khas kerajaan dan juga kos sara hidup.
Tugas Inspektor Polis :
Kebiasaannya tugas sebagai Inspektor Polis lebih banyak di lapangan. Antara tugas paling selari dan dominan sebagai Inspektor Polis adalah sebagai pegawai penyiasat tidak kita Jenayah mahupun kes Trafik. Bagi saya sendiri, bermula kerjaya seorang Inspektor Polis adalah sebagai Pegawai Penyiasat Trafik, di Balai Polis Jalan Bandar, Kuala Lumpur selama 3 tahun.
Sebagai seorang Pegawai Penyiasat Trafik, hati, jiwa dan perasaan mestilah kental dalam menghadapi kemalangan maut dan juga mati on the spot. Setiap serpihan mayat dan juga darah adalah satu perkara yang wajib dihadapi dengan penuh keberanian. Bukan mudah, tapi saya pasti ramai orang mampu lakukan dengan terbaik dan niat membantu mereka yang terlibat dengan kemalangan sebaiknya.
Semoga tulisan ini dapat menjadi sebahagian daripada rujukan adik-adik yang minat untuk sertai pasukan PDRM .
Menarik : Kenapa Aku Pilih Tyzara
http://shiqeensattar.com/jawatan-kosong-polis-diraja-malaysia/
Artikel berkaitan :


27 Comments
Khairuddin
Info yang bermanfaat..skrg ni ramai tgh xde job..
Jom singgah n Like:
Web: http://www.omgmediahub.my
Pg FB : OMG Media Hub
Admin
yer, ramai yang suka2 minta..asalkan.ada.kerja..
rozita
biarpun selalu bergelumang dengan bangkai haiwan tp masih belum sanggup lagi nak punggut mayat agaknya.. huhu.. salute polis!
Mama Kembar 3
Respek! I tak berani kot huhu
anazarin
Dulu 2x dapat lepas sehingga interview…tp tulah saya tak minat badan beruniform…pergi pun sebab bapa paksa…last2 sekarang kerja juga ngan badan beruniform tapi org awam yg kerja dengan tentera..hehehe
Bro Framestone
Kalau ikutkan, mampu… Cuma… part ketinggian tue dah fail.. Tue yang xde kenyakinan nak apply..
Dah cuba banyak kali untuk upkan ketinggian, malangnya perut pula makin kedepan hahaha
Admin
hahaha, masa nak minta dulu saya 90kg, lepas training slim..la ni “maintain”.
naniey
Good sharing kak.. Bagus utk orang yang nak cri info tentang kerjaya. 🙂
YB SHEHAN
hehe. berat x lepas. hukhuk
stanley gandang
saya berminat tapi umur dh masuk 30.boleh apply lagi kalau umur dh melebihi 28?terima kasih
kepten meow
salam, kalau umur masih 27 tahun 3 bulan masih sempat kah saya? boleh ke pakai sijil sarjana muda multimedia kreatif (bidang lari jauh) ? ketinggian sy 181 dan berat yg masalah sikit 100kg (cuba turunkan) bukan kategori gemok cuma rangka besar bab kesihatan lain ok serta tidak merokok, berminat la sy
Ika
Saya berminat tapi tu la xtahu temuduga terbuka ny bila..kadang2 dapat tahu bila da trlepas
nadya
macam mana nak tau ada bila ada temu duga terbuka ?
umminani
NADYA, biasa ada hebahan di radio dan juga surat khbar
Gim Kuang
Salam sejahtera, Saya ada satu pertanyaan, Adakah memakai cermin mata layak untuk memohon dan memasuki jawatan Inspektor dalam pasukan PDRM? , ataupun ada syarat dan kadar tertentu apabila memakai cermin mata..mohon pencerahan..Sekian Terima kasih
umminani
Maaf cik, kalau pakai spec setahu saya tidak diambil.
Imran
Salam puan. Bolehkah puan kongsikan maklumat tentang tugas yang di lakukan oleh pegawai penyiasat trafik, apakah yang di sebutkan tentang rule 10? Dan apakah tugas pentadbiran trafik?
Imran
Salam puan. Bolehkah puan beri pendedahan tentang siasatan yang dilakukan oleh AIO trafik sewaktu melakukan siasatan, tentang rule 10? Dan tentang pentadbiran trafik? Terima kasih.
umminani
apa yang en nak tahu yer…klau sesuai saya jawab
Fyzz
Salam puan, bagaimana nak mohon? saya ada degree dalam sains politik. Minat sgt nk masuk badan beruniform tapi tak tahu jalan.
umminani
Boleh mohon dekat SPA.Sekarang degree apa pun layak masuk polis.
Boi
saya sudah berumur 31 tahun sedang bekerja sebagai kakitangan awam di PDRM..masih bolehkah sy memohon untuk menjadi pegawai polis?
ahmad boi
Assalam puan..sy sekarang bekerja sebagai KTA dlm PDRM..tetapi umur saya sudah 31 tahun..masih bolehkah saya memohon untuk menjadi pegawai polis?terima kasih
umminani
En Ahmad, 31 dah lepas umur kelayakkan
Syeraa
Salam , saya nk tnye sikit kalau index BMI lepas tinggi semua lepas tapi berat je tk lepas 68(perempuan) .. agak2 boleh dipertimbangkan tk ????
Wani
Nak tanya.. skrg konstabel.. contoh kalau smbg blajar smpai degree tapi umur dah 36 camtu.. still bole d terima atau melebihi had umur kelayakan??
umminani
Tak sure , sebb umur dah lanjut .. pm di instagram Unit pengambilan