Wed. Aug 4th, 2021
kenapa pilih portmerion

Portmeirion ni, dia berada di suatu kedudukan yang istimewa di antara jenama pinggan mangkuk yang lain. Signature dia adalah bingkai hijau di keliling pinggan tu.Kualiti dia jangan cakap lah. Dengan harga yang ditawarkan , memang kualiti pun tip top , jadi mahal pun berbaloi. English design untuk set portmerion ini memang cantik. Kenapa orang suka portmerion ? Dan apa tips penjagaan portmerion set? Okay ini daripada hasil bacaan dan juga pendapat UN sendiri ye.

Sejarah atau asal usul portmerion set

Daripada bacaan satu blog ini – katanya Barangan Portmeirion ni dikeluarkan oleh sebuah syarikat British pottery company di Stoke-on-Trent, England. Ikutkan cerita di web tersebut, bapa kepada founder pottery company ni ada bina satu resort percutian bercirikan Itali yang terletak di utara Wales yang dinamakan Portmeirion Village. Daripada inspirasi Portmeirion inilah ada dikeluarkan merchandise yang lawa-lawa, termasuklah pinggan seramik yang berkualiti tinggi macam ni.

Koleksi Portmeirion Garden

Portmerion garden set

Kalau anda ada pinggan lain yang bukan seramik, jangan bezakan dengan pinggan ini. Ini kerana set pinggan ini agak berat. Tapi anak-anak atas 5 thaun dah boleh pakai, dengan syarat mestilah cermat.

Dah lama aim set pinggan portmerion ini. Memang lawa, kalau pakai, kita tahu qualitinya. Ada banyak desgin, kita tanya poket dan pilih.

Tips Penjagaan Portmeirion

Pernah baca yang untuk mengekalkan ketahanan portmerion ini, kena naik-baik dengannya. Kena jaga dengan manja-manja gitu. Kalau untuk bergambar, memang menarik sebab ada daun di sekelilingnya.

portmerion set

Ikutkan basuh pun kena guna dishwasher yang lembut dan ada juga yang rekemen basuh tanpa sabun. Bab ini dah try, boleh juga tapi gunakan kain Norwex. Barulah yakin, bersih, hilang minyak dan diyakini selamat untuk di gunakan semula. Un basuh je guna dishwasher macam biasa, guna sabun basuh pinggan harian tu. Elok setakat penggunaan.

Selain itu, untuk jaga kualiti, jangan letak benda panas atau mudah jangan cepat ubah suhu pinggan daripada panas menjadi sejuk.

Elakkan daripada masukkan ke dalam microwave. Ini memang UN tak buat, tak berani owh, sayang pinggan.

Harga portmeirion garden – set

Harga berlainan bagi setiap items, bergantung kepada apa barang yang menjadi kegilaan. Semasa UN beli 14 Jun 2021 , ada promosi , jadi UN jimat banyak juga lah. Total RM1620.00 – ada 6 biji soup plates, 6 dinner plates , salad plates dan breakfast mug pun ada 6 biji. Berbaloi dengan jumlah barangan yang UN dapat dengan harga. So, puas hati.

Actually, bila dah pakai pinggan lawa, anak-anak pun terus tertib semasa menggunakannya. Jangan risau , beli dan guna je.

Untuk dapatkan harga berbaloi beli di My Lovely Cupboard . Penghantaran pun cepat dan berbaloi.

Set pinggan mangkuk daripada European Kitchenware

Ini pula pinggan daripada European Kitchen Ware, cantikkan letak atas meja ala-ala skogsta IKEA, harga lebih murah berbanding Portmerion. So, nak pinggan mana pun, tanya hati tanya poket. Semua best.

Pinggan mahal atau murah bergantung kepada minat dan poket kita. Semua orang ada kehendak dia. Dan untuk pilih nak pakai pinggan apa, meja apa, baju apa, gajet apa, semuanya bergantung kepada penggunaan dan lastly mestilah bersesuaian dengan bajet. Beli bila kita ada bajet, elak berhutang dan elak daripada nak beli sebab orang. Setiap satu pemilihan yang dibuat, mestilah ada sebab dan kita tahu sebabnya.

kenapa pilih portmerion

Bagi UN , rumah segalanya. Pengikat kasih dan sayang. Meja makan mesti kemas, sedap dan meja makan tempat untuk keluarga bersembang dan bermesra. Penting untuk pastikan rumah selesa , keluarga bahagia. Terima kasih kerana membaca blog UN. Assalamualaikum. : )

6 thoughts on “Kenapa orang suka portmeirion ? Apa tips penjagaannya?”
  1. wah . wah. wah.. cantiknya port merion dia. setakat ni pakai corelle je sebab ringan. Tapi teringin juga port merion nih. kena tunggu baranga- barang yang dok ada ni clear dulu, hahahah tak muat tempat

    1. semoga ada ruang dpt dikosongkan kak. UN ni simpan sat corelle, anak2 dah besar ni dh berani guna pinggan mcm ni, dulu xder kesempatan , risau putih mata.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge