Alhamdulillah , walaupun dalam suasana PKP, masih ada rezeki untuk kami sekeluarga melaksanakan ibadah korban raya haji 2021. Kami memilih untuk melakukan korban di Perlis, lokasi sama dengan lokasi kami lakukan setiap tahun. Yang bezanya, kami sekelaurga tidak ada di kampung, kami meraikan raya haji 2021 di Semenyih.
Alhamdulillah, ini kambing korban untuk 2021. Semuanya diaturkan melalui wassap sahaja dengan Cik Didi. Alhamdulillah kambing ni sihat dan hensem.
Korban Raya Haji – Proses Korban Ikut S.O.P
Kami selesa memilih lokasi ini untuk laksanakan korban. Alhamdulillah dah beberapa thaun buat disini.
Ibadah korban hanya boleh dilakukan pada 10,11,12, dan 13 Zulhijjah. Ia bertujuan untuk mendekatkan diri kepada Allah, menghayati semangat pengorbanan agung Nabi Ibrahim ketika Allah menguji Baginda supaya menyembelih anaknya.
Tahun ini kami lakukan pada 11 Zulhijjah. Alhamdulillah.
Kerja-kerja mereka sangat tertib dan harmoni. Binatang korban di sembelih dengan baik dan proses melapah pun ada tatacaranya. Syukur, dalam suasana PKP masih lagi dapat melaksanakan ibadah ini dengan mengikut S.O.P yang ditetapkan.
Agihan daging korban – mak uruskan di kampung
Alhamdulillah, dengan bantuan anak saudara, Akram usaha untuk korban di jayakan dengan baik. Seawal jam 7am Akram dah sampai ke pusat sembelihan. Selesai pun dalam jam 9 pagi juga lah. Dah tu , mak paketkan untuk di agihkan kepada jiran-jiran dan penerima daging korban.
Alhamdulillah, selesai juga. Walaupun kami tidak di kampung, orang kampung masih boleh makan daging korban seperti tahun sebelumnya. Seronok boleh sedekah kepada jiran tetanggan yang majoriti orang sewa di sekeliling rumah mak. Seronok.
Jika tuan-tuan masih mencari daging untuk buat aqiqah dan korban boleh juga memilih Aqiqah Centre. Mereka juga menawarkan servis yang baik untuk memudahkan urusan korban dan aqiqah. InsyaAllah.
Jadi jika anda antara yang berhajat untuk laksanakan ibadah korban dengan nak buat sembelihan kambing, boleh berhubung dengan Cik Didi di nombor : 019-4575502 . Owh ya, lokasi untuk sembelihan ini, jalan MRSM Beseri tidak jauh dengan Bukit Keteri, ikut jalan belakang. Wassap Cik Didi untuk maklumat lanjut. – Waktu afdal Niat Korban (baca disini) .
Alhamdulillah musim PKP kali ni dapat juga melaksanakan ibadah korban. Mudah ada yang uruskan.