raya haji 2019
Masam Manis "Life"

Raya Haji 2019 – kenangan aku sendiri di lapor polis!

Throwback story Raya haji 2019 kami sambut kat Perlis. Dan sememangnya ia adalah lokasi wajib tahunan. Cuma balik lambat ke kampung, UN kena selesaikan tugas OPs SJR di Gombak.

Jem oiii!

Jalan sesak gila nak balik pagi Sabtu tu, kami gerak lepas subuh dah tu. Sampai kat KL, fuh jlan boleh tahan, ubah plan lalu jalan dalam.. highway yang lalu Puncak Alam bagai..alamak lupa.. sini pun ingatkan okey.. jem juga.. pusing-pusing kami jumpa Kelly Castle.

Adoii..memang 6 jam juga dari Semenyih ke Kelly Castle. Penat jangan dikatalah. Tapi better kot dari guna Plus Highway- ada yang sangkut sampai 9 jam perjalanan nak sampai Kuala Kangsar.

Area Gopeng kalau tak silap masa snap ni.

Raya haji kami tahun ini elok je. Dan kami maca biasa korbankan kambing 1 ekor. Gambar sebagai kenangan suasana beraya raya haji 2019

Beraya di rumah arwah tok

Ini majlis sambut keluarga bakal besan makcik. Kami kendurikan kambing untuk jamuan disini .

Kes kena lapor polis-aku sendiri jadi suspek!

Balik kali ini every thing elok je, cuma sahari sebelum balik ke KL, ada “makhluk” buat laporan tak puas hati kat aku. Puncanya, sebab aku cakap suara tinggi.

Ehm, jenuh kena ulang aling ke IPD Arau, ambil 112. Gila punya orang. Aku rekod je sebagai kenangan. And kes apa aku kena silent. Peringatan kat aku sendiri, kalau bukan dalam tugas, nak bantu orang awam sekali pun kena ada had. Seriusly, dengan tanggungjawab di bahu, walaupun dengan suci hati nak bantu orang, tapi kalau silap gaya kena balik kat diri sendiri.

So, lepas ini kena banyak alert dan hati-hati. Sentiasa waspada wpun nak bantu orang lain. Sebab kecelakaan atas diri sendiri boleh berlaku pada bila-bila masa.

Sekian.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *