Isu Masyarakat,  Saya dan keluarga

Persediaan raya cara kampung, meriahnya balut ketupat dan sembelih ayam

Hi semua, apa khabar? Masih beraya ke? Ehm, kami dah balik ke Bandaraya ini. Cuti berbaki lagi 2 hari. Tapi apakan daya.. kena balik sebab Mr Suami dah mula kerja. Dah sampai ke Terengganu dah saat ini. Kerja kena diutamakan..yer dak?

Bila dah balik sini, mula dah ni rindu suasana kampung. Sebabkan di kampung, masa dengan keluarga lagi penting, jadi Ummi memang kurangkan membelek telefon waima wassap. Kecuali penting sangat baru lah balas. dan… kali ini Ummi nak cerita persediaan raya kami tahun ini.

Sembelihan Ayam Kampung 

Pagi sehari sebelum raya, kami dah bangun awal pagi bersiap sedia untuk buat preparation masak ketupat dan kari ayam. Sini di utara masak kari ayam , tak ada rendang .. Kalau tak biasa memang tak dapat telan. Tapi bagi kami yang dah biasa, sedap owh.

Raya tahun ini, kami sembelih sendiri ayam. Biasanya kami hantar kat rumah paklang. Tapi tahun ini paklang dah tak berniaga ayam proses, Pak Lang sakit. Jadi semua proses tradisional. Anak-anak la best, dari kejar ayam, sampailah sembelih ayam.. malah, cabut bulu pun depa buat. huhuuu, cer teka siapa lagi berani, Along ke Angah?

Along tolong panaskan air, untuk celur ayam. Bia dah celur, bulu ayam mudah untuk di cabut. Semua ini Ummi ada share kat instagram Ummi.

Mesin Nyior dan Balut Ketupat Palas

Kalau kat kampung, dari kupas nyior dan sampai lah mesin dan perah semua buat sendiri. Kalau kat bandar semua tu pergi kedai, tunjuk-tunjuk dan RM3.00, mudah dan cepat. Tapi buat kerja di kampung rare. Serius, keluar peluh dan best sangat. Lepas dah bahan semua siap, barulah masak pulut separuh masak. Dah siap masak , sejukkan sekejap. Lepas dah boleh pegang, baru boleh balut.

Sessi balut ketupat 

Tahun ni mak balut ketupat dengan kak Anis. Lain-lain tu menumpang jer. Anak-anak seronok main, tok bagi daun satu dan ketupat sikit. Seronok kak cik bila berjaya buat ketupat. Ummi pun tak banyak balut tahun ini, sikit-ikit jer, sebab pagi tu lepas mesin nyior, terus ke pasar.

Huh, lepas dah ready, kiraan ketupat semua 150 biji dapat. Kalau ikut kilo, 4 kilo pulut semuanya. Buat banyak sebab nak buat open house 2nd day raya. Nanti pula la Ummi update 2nd day RAYA , apa yang meriahnya Rumah terbuka kami. Okaylah, siapa yang beraya, selamat beraya.

2 Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *