Alhamdulillah Yeayy..Jumpa tote bag yang sedang². Reka bentuk simple kualiti cantik dan yang penting sesuai pakai dengan pakaian kerja. Warna hitam wajib jadi pilihan. Boleh pakai p kerja, boleh bawa casual² juga. Hari Jumaat lepas ( 23 April 2021 ) bawa geng. Heeehhe e barulah meriah kan, sambil memilih, bergelak sakan!
Sebenarnya dah tengok di website, tapi tak yakin betul ke saiz ini saiz idaman i. Dan ini sebenarnya nak cari beg yang besar sikit, mudah campak-campak barang dalam tu, tak mau banyak compartment, dan nak cari beg yang luas. Dah lama mencari, tapi biasanya Sellection bawa beg tote coach yang ada signature design. Kalau ada pun design tu UN tak berapa suka even tak ada corak.
Cuba lihat 2 beg kat atas ni, harga pun ada beza, dan design pun berbeza. Keluasan sama, tetapi UN lebih suka kate spade trista yang sebelah kiri. Mungkin sebab UN sejenis yang lurus kot, hahaha tak lah, UN suka beg structure. Tak suka beg yang mudah kepek atau lembik. Kalau tengok koleksi beg sedia ada pun memang majoriti stucture beg dan bentuk keras.
Beg macam ni nampak lebih profesional, ewahh.. ntahlah, sebab memang suka yang ‘terletak’ !
Kate spafe trista ni ada 2 warna , ada biru dengan black. Semestinya UN pilih hitam lerrrr, wlaupun sebenarnya biru tu lagi lawa dan nampak casual.
Kenapa nak beg besar ?
Okay beg besar ni mudah bawa kalau UN kena hadir kursus ke/ latihan dalam perkhidmatan ke.. gitu, senang naj sumbat pencil case, beg make up , buku nota dan lain-lain kelengkapan untuk masuk kelas. Nampak?? Banyak kan bendan nak bawa… hehehe Maka, bertambahlah koleksi beg UN, bertambah happy gitu. Alasan mantap kan.. walaupun dah ada pun beg kerja , tapi ini agak kecil, tak muat nak masukkan pencil case dan lain-lain barangan yang diperlukan atau di maksudkan. Ini koleksi ke ….entahlah kena kira. Tak banyak tapi ada , dan kegunaannya ikut keperluan tugas, fuh alasan ..mantap kan alasan i : ) Sellection Berhantu! Hahahaha
Kenapa beli di Sellection.Com?
Okay Un actually memang banyak kali beli di Sellection.com. Paling best bila kerap shopping disini, dapat kumpul point. Daripada point yang terkumpul, maka dapat tukarkan kepada sejumlah nilai wang. Contohnya, hari ni beli beg yang berharga Rm820, lepas tolak point dapat ler Rm720.. seratusss tu , itu yang syok shopping di Sellection.
Dapat diskaun banyak. Sebelum ini beli belt kat suami dan juga wallet pun dapat juga diskaun RM50.00 every item purchase. Best-best, kalau korang memang kaki handbag, boleh daftar sebagai VIP member. Kita shopping sambil menabung untuk belian item seterusnya. Haaa.. dah keluar istilah baru, menabung!
OMG kan.. korang jangan , jangan ikut macam UN, tapi kena ikut prinsip UN dengan Puan A, kat dalam gambar atas tu.
Katanya , “Puan kita dah kerja penat-penat, sesekali kena rewards juga diri sendiri, kesian diri sendiri, penat kerja. Shopping barang idaman ni , macam bagi hadiah untuk diri sendiri dan menghargai penat lelah diri leee..”.
Fuh i setuju 200% you! Terus kami gelak ketawa dalam kereta..hahaha jenuh aih sekepala macam ni, tapi best la..
Waktu rehat kadang tu , pasal sellection pun boleh jadi topic untuk sembang, tengok-tengok jam 15-30minti berlalu, heheheh !
Kami dah , awak bila lagi… sila, sila.. fuh macam ajak masuk rumah 🙂
sila masuk : www.sellection.com
atau boleh beli secara ansurans : https://ansuran.sellection.com/