kedai beg berjenama online

Bismillahirrahmanirrahim. Ya betul beg apapun sama je, beli pakai lama-lama jadi lusuh dan jemu nak tangok..kan ? Kita je tahu kenapa kita beli untuk apa dan bagaimana keadaan kewangan kita. Jadi, kalau baca apapun orang share, nikmati dan doa semoga satu hari aku miliki apa dia miliki. I did it. Dan kalau siapa pernah baca tentang impian UN yang Un buat, salah satu dari segi material adalah beg. Maka, kalau kita usaha insyaALLAH satu hari kita akan dapat apa yang dihajati. Niat, usaha dan doa. Bersangka baik dengan ALLAH. Kali ini UN nak share kedai beg berjenama online kualiti outlet yang UN suka pergi cuci mata, melawat dan terbeli atas keperluan tertentu.

Kedai beg berjenama online ; survey sebelum beli

Zaman sekarang semua hujun jari, tekan sahaja dah dapat apa nak dicari. Dan kita sebagai pelanggan ada hak untuk cari sesuatu yang kualiti best dan harga pun berbaloi.

kedai beg berjenama online -

Contoh 2 beg yang sama, harga jauh berbeza. Sebagai pelanggan ada hak untuk kita survey. Tengok-tengok dulu, mana sesuai buat perbandingan harga. Maka dah jumpa yang berkenan sesuai dengan harga barulah boleh beli beg berkenaan. Dalam gambar ini maybe ada tulis large and medium, tapi UN tengok saiz yang UN dapat pun large bukan medium dengan HARGA rm399.00 shjj.

Michael Kors Sady Medium NS Top Zip Tote in Black (GHW) ; Beg kerja

Beg ini dah lama UN survey. Kami dalam pasukan bagi pegawai wanita tak boleh pakai back pack dan tak dibenarkan untuk pakai beg galas/begpack. Jadi tote adalah yang sepatutnya guna.

Macam ni je bleh guna atau galas. Ada etika. Atau gunakan handbag yang kerajaan issue.

Hahahaa dia bebel…
Ingatkan kata beli beg kerja harga Rm60-80.. geleng kepala en husband. Alasan, beli yang kualiti elok sikit.. tahan lama..
Betui ke tu…

Tips tak benar : Beli dulu baru habaq…kah kah kahh..

kedai beg berjenama online

CIARA Micheal Kors (beg kecil hitam) UN Beli untuk kegunaan harian. Ini pun best dan praktikal di pakai pada setiap masa.

Jadi kalau korang ada bajet nak beli handbeg yang agak berkualiti dan masih harga mampu milik, boleh beli di kedai online seperti @Sellection.com , kalau dah berkenan apa salahnya, yang penting kepuasan dan apa yang nak kita dapat. Lagi, belilah apapun atas kemampuan bukan kerana nak tunjuk pada sesiapa. Kita yang pakai simple ke apa kita yang puas hati. Jauhi penghargaan manusia dan hargai nikmat yang Allah swt beri.

Semoga Sellection.com terus beri beg-beg lawa dan kualiti supaya lebih ramai orang mampu miliki beg idaman. InsyAllah .

One thought on “Kedai beg berjenama online ; kualiti outlet dan harga berbaloi”

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *